4 Mei 2010

Pahang gusar...Kelantan punya kelebihan

Pertembungan dua skuad pantai timur Kelantan menentang Pahang malam ini menjanjikan pertembungan dramatik.Pahang walaupun tidak segagah dulu mereka mempunyai barisan pemain-pemain muda dan senior yang mampu mendukacitakan skuad bimbingan B.Sathianathan jika tidak berwaspada.

Ketajaman serangan boleh dilihat melalui penyerang utama mereka iaitu Azamuddin Akil yang telah menjadi penyumbang utama gol untuk pasukan Pahang.Disamping itu mereka juga memiliki pemain tengah yang keatif seperti Jallaludin,Fadzli Baharuddin serta Mohd shahrizan yang banyak membantu jentera serangan setakat ini.

Benteng Kelantan seharusnya tidak boleh memandang mudah skuad bimbingan Dollah Salleh ini kerana mereka mampu melakukan kejutan seperti yang terjadi kepada Kedah yang telah diaibkan Pahang baru-baru ini.
Kelantan pula menyandarkan harapan kepada penyerang profilik Nor Shahrul Idlan Talaha yang telah menemui sentuhan berbisanya dilihat mampu merobek gawang Pahang yang dikawal Azraie.Jentera yang ditunjangi oleh Badri dan Shakir dlihat semakin menyerlah dan sudah mampu berkomunikasi dengan baik.

Kehadiran S.Chanturu juga melegakan peminat-peminat kelantan kerana kelincahanya pasti mengusarkan pertahanan Pahang sambil dibantu oleh Nor Farhan dan Akmal Rizal yang telah menunjukkan pningkatan dalam permainanya.

Kelantan juga tidak perlu pening kepala dengan kehilangan Daudsu yang terpaksa 'berehat' kerana menerima lima kad kuning dilihat masih mempunyai dua kereta kebal ampuh iaitu Rizal Fahmi dan Azizi Matt rose yang dibantu Subra dan bek kiri Zairul Fitree.

Bertuahnya pasukan Kelantan musim ini kerana mempunyai ramai pemain pertahanan mantap dan tidak mempunyai masalah jika ada pemain-pemain yang cedera atau mengalami pengantungan.

Kegentaran Dollah terhadap pasukan terserlah apabila 'meluahkan' dalam akhbar bahawa Pahang hanya menngharapkan keajaibanketika bertemu kelantan kerana mereka mempunyai masalah dibahagian pertahanan kerana ramai pemain utama mereka mengalami kecederaan.

Masalah ini mungkin menjadi alasan jika Pahang kalah kepada kelantan malam ini serta mungkin ingin memerangkap jentera serangan kelantan yang mungkin memandang mudah benteng pertahanan Pahang.

Tidak sampai lima jam lagi perlawanan akan berlangsung difahamkan peminat-peminat setia Kelantan sudah membanjiri stadium seawal 11 pagi untuk membeli tiket-tiket perlawanan.

Kepada The Red Warriors tunjukkan bahawa anda mampu membenam Pahang dan berada dilandasan yang betul untuk menjuarai liga super 2010 dan meleburkan hasrat Selangor mengapainya.

Tiada ulasan: