KELANTAN bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 3-3 ketika menentang Pahang dalam saingan pusingan kedua, Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam tadi untuk terus menghambat pendahulu, Selangor.
Ia terlaksana dengan ledakan dua jaringan pada lewat babak perlawanan menerusi S Chanturu pada minit ke-87 dan penyamaan oleh Mohd Nizad Ayub pada detik akhir selepas pelawat mendahului selesa 3-1 menerusi Azamuddin Mohd Akil, minit ke-34 dan dua jaringan Hasmizan Kamarodin (m-37 dan 46) untuk memadamkan gol pendahuluan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit keenam.
Terengganu pula gagal mengaut peluang selepas seri 1-1 menentang Kedah di tempat sendiri dengan penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat (gambar) membuka jaringan pada minit ketiga dengan ia disamakan gol pertama musim ini buat Mohd Khyrill Muhymeen Zambri pada minit ke-50.
Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan tewas 1-0 hasil jaringan minit terakhir pemain T-Team, Abdul Hadi Yahya selepas bertahan dengan 10 pemain tanpa kapten, Rezal Zambery Yahya yang dibuang padang pada babak kedua.
Di Stadium MBPJ, KL Plus seri 1-1 dengan Perak, Johor meraih hanya kemenangan ketiga mereka apabila menundukkan Perlis 3-2 manakala Kuala Lumpur menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Cheras. -BHarian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan