11 Mei 2010

Kelantan mesti menang...Jika berhasrat pintas Selangor

Kelantan akan mengharungi perlawanan ke-14 liga super yang sudah memasuki 'separuh masa kedua' dan akan menentang pasukan selatan tanahair Johor.

Walaupun Johor bukanlah pasukan handalan peminat setia Kelantan tidak mahu pemain-pemain Kelantan memandang mudah perlawanan ini seperti yang terjadi ketika menentang Pahang tempohari yang menyaksikan Kelantan nyaris diaibkan oleh pemain-pemain muda Pahang kendalian Dolah Salleh.

Misi mesti menang seharusnya disemat didalam dada setiap pemain yang diberi kepercayaan oleh Sathianathan untuk menerajui barisan utama Kelantan menentang Johor malam ini bagi memberikan saingan kepada Selangor yang telah berjaya menjarakkan kedudukan dengan Kelantan dengan kelebihan 6 mata.

Johor yang menghuni tangga ke-2 tercorot liga ternyata bukanlah lawan sukar bagi Kelantan tapi harus diingat Johor juga mempunyai misi untuk menang bagi mengelakkan dari tersingkir ke liga perdana setelah diberi tempat oleh FAM untuk ke liga super musim ini.

Difahamkan juga Kelantan akan melakukan rombakan terutamanya melibatkan pemain-pemain yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan.Pemain-pemain dilihat seperti 'memprotes' secara senyap dalam perlawanan menentang Pahang di kuantan tempohari.

Disinilah keprofesionalan pemain diperlukan walaupun mempunyai masalah mereka seharusnya tahu menyelesaikan masalah secara diplomasi melalui perbincangan dengan pihak pengurusan atau jurulatih.

Oleh itu pemain-pemain harus memikul harapan tinggi penyokong-penyokong setia The Red Warriors yang sanggup ke hulu-hilir bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka tidak kira panas dan hujan serta sanggup berhabis wang ringgit.

Jadikanlah Johor sebagai medan 'pemanas' badan bagi mengharungi pertembungan getir dengan Terengganu sabtu ini digelanggang sendiri kerana rekod pertembungan dengan Terengganu sentiasa tidak menyebelahi kelantan.

2 ulasan:

farra ramli berkata...

tau xpe..kalo bercdg nk pintas selangor,kelantan kna teruskn prestasi menang tanpa seri..good luck,kelate..GKG~~

Tanpa Nama berkata...

barisan pertahanan perlu diperkemaskan,dgn kembalinya subramaniam maka hanya posisi left back yg mungkin bermasalah