5 Mei 2010

Menang tapi belum mantap

Semalam menyaksikan Kelantan meneruskan aksi cemerlang dengan kemenangan keempat berturut-turut,kali ini mangsaya adalah Pahang.

Kelantan bermula garang apabila Akmal Rizal melepaskan rembatan kencang diluar kotak gol seawal minit pertama namun sepakannya terkena palang gol.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan amat membosankan dihidangkan oleh pemain-pemain Kelantan terutamanya jentera tengah yang diketuai oleh Badri Radzi yang bergandingan dengan Wan Zaman gagal merencanakan sesuautu untuk Kelantan.

Kepincangan tersebut memaksa barisan penyerang terpaksa 'turun' sendiri untuk mendapatkan bola kerana tiada kerjasama dari bahagian tengah.Kehilangan Shakir  yang masih belum cergas memaksa Kelantan menggunakan Wan Zaman dan dalam dua perlawanan sebelum ini ternyata tidak memberi impak yang besar kepada dibahagian Kelantan.

Pahang pula turun selaku pelawat berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan dengan gerakan-gerakan menarik tetapi gagal memecah kebuntuan gol.Pujian seharusnya diberikan kepada anak-anak buah Dollah salleh kerana berjaya mengimbangi 'kekuatan' pasukan kelantan dan menunjukkan permainan menarik walaupun dilihat sedikit gemuruh dek melihat ribuan tentera merah menguasai stadium.

Kelantan nyaris dimalukan oleh Pahang pada minit ke-40 apabila Azimuddin melepaskan rembatan kencang tetapi berjaya ditepis keluar oleh Fahmi.

 
Akmal dan Nor shahrul watak penting gol pertama Kelantan

Kelantan memperolehi gol menerusi Nor Shahrul pada minit ke-43,Nor Shahrul yang dikawal ketat pertahanan Pahang berjaya melepaskan rembatan kencang setelah menerima hantaran lintang dari Akmal yang bermain cemerlang pada perlawanan ini tetapi ekoran tiada hantaran-hantaran menarik dari rakan-rakan beliau gagal menghasilkan gol.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan mengeluarkan Akmal yang dilihat mengalami kecederaan dan memasukkan Hairuddin Omar.

Pahang cuba mengatur strategi dengan melakukan lebih banyak serangan dan akhirnya berjaya memerangkap pertahanan kelantan apabila Mohd Fazli yang membuat larian pantas melorongkan bola kepada Nik Zul berjaya melepaskan rembatan kencang gagal diselamatkan oleh Fahmi.

Kelantan yang tersentak dengan gol tersebut cuba bangkit tetapi kekentalan benteng pertahanan Pahang serta kegagalan jentera serangan melakukan penyudah menyebabkan Kelantan gagal menjaringkan gol sehinggalah pada minit ke -73 Hairuddin omar yang menerima hantaran Badri Radzi menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Pahang.

Gol tersebut ternyata mengembirakan hampir 25000 penonton yang membanjiri stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Secara keseluruhan persembahan pasukan kelantan kali ini dilihat cukup membosankan walaupun menang mutu permainan pemain-pemain masih dipertikaikan oleh peminat-peminat terutamanya jentera tengah Kelantan yang kurang berfungsi setelah kehilangan Shakir.

 Zairul Fitri mengerang kesakitan akibat dibentes oleh pemain Pahang

Semalam juga menyaksikan mutu pengadilan agak mengecewakan kerana sekurangnya dua sepakan penalti sepatutnya dihadiahkan oleh pengadil perlawanansetelah Hairuddin omar dijatuhkan.Ini menyebabkan penyokong-penyokong Kelantan naik berang dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

Sekalung tahniah dari kami penyokong Kelantan kerana pemain-pemain berjaya mengekalkan momentum kemenangan dan memastikan kelantan menjadi pencabar musuh tradisi Selangor dipersada liga.

Tiada ulasan: