25 Mei 2010

Kelantan mampu tewaskan Kedah

Pertembungan musuh tradisi Kelantan dan Kedah malam ini bakal menyaksikan perlawanan menarik antara kedu-dua pasukan.Kelantan yang menghuni tangga kedua liga  sudah pasti akan cuba sedaya untuk menewaskan Kedah malam ini bagi memastikan matlamat untuk menjadi juara liga super tercapai.

Kelantan juga ingin membalas dendam akibat kekalahan 1-0 di gelanggang sendiri pada aksi pusingan pertama liga super dan ingin menebus kehampaan kerana kegagalan mara keseparuh akhir Piala FA ekoran disingkirkan Kedah dengan kiraan gol ditempat lawan.

Kelantan dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan mampu menewaskan Kedah ekoran penyerang utama Kedah kelahiran Kelantan,Azlan Ismail tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan dan Sabri Abu juga tidak dapat diturunkan kerana digantung perlawanan akibat menerima kad kuning.

Walaupun kedah tidak dapat menurunkan dua tonggak utama tersebut mereka masih mempunyai pemain-pemain berkualiti seperti Badrol Bakhtiar,Faizal Abu Bakar serta Saramsak dan Shafiq yang mampu merobek gawang Kelantan.

Dibahagian tengah mereka mempunyai barisan pemain seperti Azmi Muslim yang digarap dari rancangan realiti tv MyTeam serta pemain lincah seperti Kyril Muhaimeen dan dibantu oleh Shahrul Nizam serta Rozaidi yang boleh mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan.

Victor andrag mungkin menjadi halangan terbesar kepada barisan penyerang Kelantan yang diketuai Indra Putra dan sudah pasti akan menurunkan peledak utama Nor shahrul.Walaupun kehilangan Sabree Abu Kedah masih mampu mengagalkan jentera serangan Kelantan dengan mempunyai banyak pilihan pemain seperti Fazliata Taib,Shahril Faizal serta Khairul Helmi dan V.Thimurugan.

Barisan pemain pertahanan Kelantan dilihat perlu 'bekerja keras' bagi memastikan gawang Kelantan tidak 'dicerobohi' oleh pemain-pemain Kedah disamping mengharapkan barisan tengah yang diketuai oleh Badri Radzi serta diperkuatkan oleh Shakir shaari mampu menterjemahkan peluang kepada Nor shahrul,Chanturu,Nor Farhan serta Indra Putra.

Azizi Matt Rose yang 'berkelakuan aneh' sepanjang perlawanan menentang Perlis serta menimbulkan kontroversi kerana 'menghempas' jersi keramat Red Warriors sudah memohon maaf dan sudah pasti akan diturunkan bagi memperkuatkan barisan pertahanan yang dilihat agak tempang jika kehilangan beliau.

Semangat juang tinggi dari pemain-pemain amat diperlukan bagi memastikan Kelantan menang dalam perlawanan ini disamping mengharapkan penyokong-penyokong setia dapat memberikan sokongan padu walaupun Kelantan bermain digelanggang sendiri.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang tidak berkesempatan ke Alor Star sudah semestinya akan tertumpu kepada siaran langsung Astro Arena bagi mengetahui keputusan antara Pahang dan Selangor dan berharap anak didik Dollah Salleh mampu menewaskan Selangor dan seterusnya 'membantu' Kelantan untuk merapatkan jurang mata.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lagu mano kputusan male ni?

Tanpa Nama berkata...

napok gayo dok mampu-mampu jugok..

-kuyin-