Walaupun Kelantan mencatat kemenangan bergaya 3-1 menewaskan Pulau Pinang di Batu Kawan semalam kemenangan tersebut seolah-olah masih tidak berharga buat masa sekarang kerana Selangor juga mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan lawan kelantan sebelum ini iaitu Perlis.
Bagi penyokong-penyokong setia The Red Warriors masih menaruh harapan agar ada mana-mana pasukan yang mampu menyekat penguasaan Selangor yang ternyata begitu gah dengan rekod cemerlang mereka musim ini.
Hakikatnya kita harus menerima kenyataan bahawa Kelantan belum cukup bagus kerana terlalu banyak mencatat keputusan seri berbanding kemenangan disamping Selangor berjaya mengekalkan momentum kemenangan walaupun tanpa tonggak utama mereka yang digantung perlawanan gara-gara 'mengasari' pengadil perlawanan.
Selangor juga dilihat mempunyai kelebihan untuk menjuarai liga super musim ini dijadualkan akan berentap Johor selasa ini sebelum liga akan berehat hampir sebulan bagi memberi laluan kepada Piala Dunia dan Selangor akan diuji kehebatan mereka dengan melayan kunjungan Kelantan.
Pertembungan ini dilihat sebagai 'petunjuk sebenar' siapa yang layak dinobatkan juara liga super 2010,jika Kelantan menang jurang perbezaan mata akan dirapatkan sedikit dan peluang untuk menjulang liga super masih ada.Jika Kelantan kalah kepada Selangor peminat-peminat kelantan boleh 'melupakan' hasrat menjulang piala liga super untuk musim ini.
Selepas pertemuan dengan Kelantan,Selangor dilihat tiada masalah untuk menewaskan T.Team di Kuala Terengganu dan sekali lagi akan bertembung dengan satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan mereka iaitu Terengganu di Shah Alam.Adakah mampu Terengganu mengulangi episod pusingan pertama liga super berdasarkan prestasi semasa pemain-pemain Terengganu yang sekarang dilihat kurang konsisten.
Perak dan Pulau Pinang bukanlah halangan buat Selangor yang sudah 'meratah' kedua-dua pasukan ini pada pusingan pertama dan halangan Selangor mungkin ketika Kedah di Darulaman dan mungkin menjadi penentu juara liga super musim ini jika Kelantan dan Selangor berkongsi mata sehingga perlawanan terakhir.
Walaupun perjalanan liga mungkin di zahirkan sebegitu pemain-pemain Kelantan seharusnya berjuang sehingga berakhirnya liga dan tidak terlalu memikirkan kepada Selangor yang mencatatkan kemenangan demi kemenangan kerana mungkin Kelantan ada 'tuah' yang menanti di penghujung liga nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan