Benam Terengganu 3-0
Kelantan membuktikan kehebatan sebagai jaguh baru Pantai Timur apabila berjaya membenam Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.Berbekalkan sorakan padu puluhan ribu penyokong setia tentera merah yang memenuhi setiap ceruk Stadium.
Perlawanan sebelum ini Kelantan berjaya mengikat Terengganu 0-0 di Kuala Terengganu serta telah berjaya mengalahkan Pahang 3-1 di Kota Bharu dan seri 3-3 di Kuantan.
Perlawanan sepanjang 15 minit pertama agak seimbang yang menyaksikan aksi bertenaga kedua-kedua pasukan tetapi kelemahan bahagian tengah Kelantan dan Terengganu merencatkan permainan.
Kelantan banyak mengatur serangan dibahagian tepi kerana ‘kurangnya’ bantuan dari bahagian tengah yang ditunjangi oleh Badri Radzi dan Shakir Shaari dilihat gagal menghasilkan gerakan-gerakan menarik kepada jentera serangan.sehinggalah pada minit ke-28 S.Chanturu melakukan hantaran kepada Nor Shahrul namun berjaya dipintas oleh Marzuki tetapi akibat kegopohan beliau serta mungkin sedikit gementar dengan kehebatan Nor Shahrul beliau tertolak bola ke gawang sendiri dan seterusnya menghasilkan gol pertama kelantan.
Berselang dua minit Kelantan sekali lagi dihadapan apabila Indra Putra melepaskan rembatan kencang diluar kotak penalti.Gol tersebut berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh Subramaniam yang di tampan oleh Shahrul dan Indra yang mempunyai peluang terbuka melepaskan rembatan kencang dengan kaki kirinya menewaskan Sarbinee sekali lagi.
Nor Shahrul terus memainkan watak penting Kelantan dengan menjaringkan gol ketiga Kelantan menerusi sepakan penalti yang gagal diselamatkan oleh Sarbinee pada minit ke-35.Sepakan penalti tersebut diperolehi apabila Shahrul yang melarikan bola kepenjuru kiri gol Terengganu dijatuhkan oleh Sarbinee yang menyaksikan pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan.
Terengganu cuba bangkit namun seolah-olah tiada idea untuk menembusi benteng pertahanan Kelantan yang diterajui oleh Azizi,Subara,Dausu dan Farisham yang ternyata bertindak cemerlang menahan setiap asakan Terengganu.
Separuh masa kedua bersambung menyaksikan Kelantan memperlahankan tempo permaianan kerana menyedari sudah mempunyai kelebihan tiga gol keatas lawan.
Terengganu pula dilihat cuba sedaya upaya untuk mencari gol semangat namun usaha mereka gagal kerana kekebalan serta kemantapan benteng pertahanan Kelantan serta sikap pemain-peman Kelantan tidak kira bermain di bahagian manapun samaada serangan atau tengah yang rajin turun membantu barisan pertahanan bagi mengelakan dibolosi oleh Terengganu.
Jika dinilai keseluruhan permainan Kelantan sebenarnya banyak dibantu oleh kelincahan Nor Shahrul serta kerajinan Indra dan Norfarhan yang sememangnya menjadi nadi untuk pasukan Kelantan sekarang.
Tahniah kepada penyokong-penyokong Kelantan kerana berjaya membuktikan bahawa merekalah penyokong no 1 di malaysia.
Kredit :Azizi Matt Rose,Daudsu,S.Subramaniam,Farisham,Indra Putra,NorFarhan,Nor Shahrul dan S.Chanturu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan