3 Mei 2010

T-Team harap dapat turunkan Khalid


KUALA TERENGGANU - T-Team barharap dapat menggunakan khidmat bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus apabila menentang Negeri Sembilan di Paroi, Sabtu ini.
Pengurus T-Team, Rosdi Awang berkata, permohonan telah pun dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihaknya mengharap keputusan segera dibuat FAM berhubung perkara itu.
Penyerang itu mengikat kontrak dengan pasukan T- Team untuk bermain dalam liga tersebut, Jumaat lepas.
Rosdi berkata, langkah T-Team itu juga bertujuan untuk mencukupkan kuota T-Team, selain memberi peluang pemain itu menghidupkan semula bakatnya supaya tidak terus berkubur setelah disingkirkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita harap Khalid akan buktikan kemampuannya dan seterusnya melonjak T-Team ke tempat yang terbaik dalam carta Liga Super musim ini," katanya. -Utusan Malaysia

*Buktikan Khalid bahawa anda masih mempunyai bisa dan mampu menghadiahkan gol untuk T.Team serta buktikan jugabahawa pasukan Kelantan telah melakukan 'kesilapan' dengan 'membuang' anda..

Tiada ulasan: