13 Jan 2012

TRW mengecewakan...





Keputusan Penuh :

Kelantan 1(Badri 70') - 1 PKNS FC

Pertemuan Kelantan dan PKNS Selangor yang dijangka sengit ternyata meleset apabila Kelantan melalui percaturan 'bijak' Butler yang menggunakan 'skuad kedua' pada separuh masa pertama ternyata memakan diri sendiri.



Penyokong-penyokong Kelantan umumnya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Juara Liga Super tidak mampu menundukan pasukan bertaraf kelab dari Liga Perdana.Keputusan seri 1-1 hasil kesilapan pertahanan S.Subramaniam yang memaksa Penjaga gol muda Kelantan Syazwan menjatuhkan penyerang PKNS dan seterusnya menghadiahkan sepakan penalti buat PKNS.

Kelantan yang di label pasukan terkuat dalam liga super musim ini ternyata tidaklah segagah yang diharapkan gara-gara kesilapan Butler mengatur strategi terbaik untuk Kelantan.

Ini bukanlah masa untuk 'mencuba' gandingan-gandingan baru kerana kita telah menenmpuh tiga perlawanan penting.Butler sepatutnya menggunakan pemain-pemain yang sepatutnya 'boleh bermain untuk pasukan'.

Aksi pemain import dari Ghana tidak menunjukkan beliau adalah seorang pemain import dan ini merugikan pasukan.Tan Sri Annuar Musa sering menegaskan itulah kemampuan yang ada tetapi harus diingat lebih baik kita memiliki hanya dua pemain import tetapi benar-benar berkualiti tetapi memiliki empat pemain import tetapi hanya seorang yan dilihat berkualiti merugikan pasukan.




Selepas ini mungkin Stadium Sultan Muhammad ke -IV akan kembali sepi andai tiada perubahan dari pasukan Kelantan.Kami mengkritik kerana ada asas yang betul dan mahu melihat kejayaan untuk pasukan Kelantan.Ktritik kami bukanlah melulu tetapi berdasarkan hakikat sebenar yang harus diterima.

1 ulasan:

SangKunang berkata...

sengit la tuh... x spatutnya sengit kalu gu lawe bo paka player local jah blako.. hahaha... kureng jaddi butler male nih