12 Jan 2012

Keberanian MB Terengganu dipuji

Hari ini jika kita baca didada-dada akhbar Menteri besar Terengganu,Dato Ahmad Said dengan suara lantang menyuarakan rasa tidak puashati beliau dalam isu pemain import pasukan Terengganu yang tidak dibenarkan bermain untuk Liga Super.

Keberanian beliau harus dipuji kerana merasakan tindakan dari FAM yang seolah-olah menutup peluang Terengganu untuk menggunakan pemain import yang mereka miliki.

Jika dilihat persembahan pemain import mereka iaitu Erison Da Silva Santos Carnieto yang sememangnya mempunyai kualiti sebagai pemain import terbaik ketika menentang Kelantan dalam perlawanan persahabatan lalu.

FAM mungkin tidak berani untuk membuat 'pusingan U-Turn kerana bakal menghadapi masalah yang besar kerana pasukan lain mungkin akan mempersoalkan tindakan tersebut.



KUALA TERENGGANU – Isu surat pekeliling Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjejaskan peluang Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil pemain import, semakin memuncak.
Kali ini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kesal terhadap pendirian keras FAM yang dilihat seolah-olah menutup jalan penyelesaian sedangkan isu itu boleh diselesaikan dengan mudah.

Semalam, Ahmad membuat kenyataan mewakili kerajaan negeri selaku pemberi peruntukkan kepada kedua-dua pasukan negeri itu dengan memberi kata dua agar FAM berlembut.

Jika tidak, skuad Terengganu dan T-Team akan menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M).
Dengan nada tegas, Ahmad memberi dua pilihan, iaitu FAM perlu membenarkan dua pemain import yang telah ditandatangani Terengganu beraksi dalam Liga Super.

Selain itu beliau meminta FAM membayar ganti rugi kos pembayaran pemain yang telah dibuat.
“Kita telah berbincang dengan peguam mengenai perkara ini. Kita ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang dilakukan oleh FAM terhadap pasukan kita menerusi bukti hitam putih yang telah dihantar.

“Saya mahu ingatkan FAM, kalau mereka salah, mereka kena akui dan kita boleh terima. Minta maaf sahaja dengan kita tetapi tak tahulah kalau mereka ego dan tidak mahu mengakui kesilapan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco semalam.

Namun, tegasnya jika dua pilihan itu tidak mengubah pendirian FAM, Ahmad mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team dari Liga-M.

“Ya... itu yang kita akan lakukan jika FAM masih tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang mereka buat.
“Nak gantung, gantunglah... sebab FAM yang terlebih dahulu tidak bersikap profesional.

“Kita main bola dalam liga yang kita ada, tetapi kalau jadi begini ia memang tidak adil. FAM kena fikir apa tujuan buat Liga-M kalau hendak halang penyertaan pasukan bertanding,” katanya.

Ahmad yang melihat sendiri surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu juga menjelaskan, surat tersebut jelas menyatakan Terengganu boleh mendaftar pemain import untuk beraksi dalam Liga-M sebelum 9 Januari, tanpa menyebut walau satu pun perkara berkaitan Piala AFC.

Katanya, biarpun Terengganu boleh memohon kali kedua pada April ini, Ahmad menolak berbuat demikian ekoran kos yang perlu dibayar kedua-dua pemain itu terpaksa ditanggung.
“Permohonan baru pada bulan April nanti, jadi adakah kita nak bayar pemain tanpa mereka beraksi selama tiga bulan,” jelasnya.

Ketegangan mengenai isu surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM kepada negeri itu bermula apabila selepas Terengganu menandatangani dua pemain asing iaitu Erison Da Silva Santos Carnieto dan Francis Forkey Doe dari Brazil.

Bagaimanapun, FAM mengesahkan tindakan itu tidak sah dan PBSNT tidak boleh menggunakan kedua-dua pemain import itu pada awal musim ini kerana surat pekeliling itu hanya merujuk kepada kempen Piala AFC dan bukan Liga-M.

2 ulasan:

Unknown berkata...

gomo kelate gomo

nik berkata...

boleh nak comwl twebuka..kalu kelate macam abe ya komen...

hampeh kena 6 bulan