8 Jan 2012

Red Warriors tumbang

Kelantan gagal pertahan Piala Sumbangsih...

Keputusan penuh : 
Kelantan 1 - 2 Negeri Sembilan(Effa Owuna mnt 34 dan 64)

Keperitan yang teramat sangat apabila melihat skuad kesayangan tumbang ditangan pasukan yang rata-ratanya diwakili oleh pemain-pemain muda.

Walaupun mereka mentah dari segi usia semangat juang yang tinggi serta kelebihan taktikal ternyata memberikan kelebihan kepada mereka.Azraai ternyata adalah jurulatih terbaik ketika ini yang mempunyai banyak tipu muslihat berbanding jurulatih Kelantan Peter Butler.


Skuad 'kesayangan' Butler terpaksa berputih mata gara-gara kelemahan taktikal dari beliau sendiri yang menggunakan pemain tidak sesuai serta kesilapan meletakkan pemain diposisi yang salah.Mungkin pemain-pemain tertekan kerana liputan luas dari media serta harapan yang begitu tinggi dari penyokong-penyokong tetapi itu bukanlah alasan.

Kehadiran dua pemain import Kelantan Ghaddar dan Antwi ternyata hanyalah sebagai pengenap pemain diatas padang dan sumbangan yang diberikan jauh sekali yang menunjukkan mereka adalah pemain import.

Kesilapan ketara yang boleh dilihat adalah bahagian pertahanan yang tidak dapat mengawal pergerakan penyerang tinggi lampai dari Negeri Sembilan Effa Owuna.Owuna ternyata terlalu sukar dikawal sehinggakan hampir semua peman pertahanan tertumpu kearah beliau.

Kemasukan Shahrul Azim mengantikan Azizi juga menyebabkan bahagian pertahanan menjadi 'lebih kelam kabut' kerana pemain muda itu seolah tidak berada diatas padang.Ayam tambatan Butler,Zamri Ramli yang dimasukkan mengantikan Aziz jug gagal memberikan impak kepada pasukan.Kemasukan BAdri dilihat sudah terlewat kerana kesemua pemain sudah hilang fokus dan ini merencatkan usaha Badri untuk merencanakan perlawanan.

Andai inilah skuad 'impian' Peter Butler yang penuh dengan keglamouran,Kelantan sudah boleh melupakan semua Piala yang dihajati kerana kesemua pasukan yang bersaing musim ini mempunyai kekuatan tersendiri.

Kita tidak mahu Butler 'melarikan' diri sekali lagi selepas melihat kegagalan demi kegagalan melanda pasukan Kelantan.Lupakan untuk menjadi Super Warriors jadilah The Red Warriors seperti tahun-tahun sebelum ini andai ingin berjaya.

Apa yang diharapkan pemain-pemain dapat bangkit selepas ini dan lupakan kekalahan malam ini serta jadikanlah ianya pengajaran paling berguna.Ayuh bangkitlah TRW,jadikanlah skuad Lions XII ini mangsa pertama.Buktikan anda adalah yang terbaik!!!

Tiada ulasan: