1 Jan 2012

Perlawanan persahabatan Kelantan menentang Terengganu batal

Kelantan 0 - 0 Terengganu

Ribuan penyokong-penyokong Kelantan yang hadir pada perlawanan Kelantan menentang Terengganu semalam pulang hampa apabila perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil ekoran hujan lebat.
Jersi baru pasukan Kelantan 2012 diperagakan oleh Ghaddar dan Ramzul : Gambar dari rakan facebook

Penyokong-penyokong Kelantan hanya sempat melihat aksi skuad kesayangan hanya 30 minit sebelum pengadil memhentikan perlawanan.Walaupun hampa keputusan kedua-dua pasukan tidak meneruskan perlawanan tersebut adalah tepat kerana bimbang pemain-pemain akan mengalami kecederaan serius.


Perlawanan juga dilihat agak tegang ekoran tindakan pemain import pasukan Terengganu yang cuba menjadi 'hero' hampir-hampir mencetuskan pergaduhan namun sempat dileraikan.

Kelantan cuba mengandingkan penyerang utama Norshahrul bersama Ghaddar dan Antwi
tetapi hujan lebat serta air yang bertakung menjejaskan rentak permainan mereka.Ketiadaan Piya dibarisan tengah ternyata amat dirasakan kerana kembar piya iatu Shakir tidak dapat berfungsi dengan  baik walaupu dibantu oleh Indra dan Farhan.

Dibarisan pertahanan Kelantan masih mengekalkan bek kental,S.Subramaniam yang bergandingan dengan Daudsu,Azuzi dan Zamri yang dilihat sedikit menampakkan keserasian.

Hakikatnya penyokong-penyokong belum boleh lagi melihat impak yang besar dengan pengambilan import-import terutamanya Ghaddar yang masih mengamalkan corak permaianan 'syok sendiri' dan sering bersendirian melakukan serangan.

Andai beliau tidak mengubah corak permainan beliau nescaya selepas dua atau tiga perlawanan beliau 'terpaksa' direhatkan kerana tidak memberikan kerjasama kepada pasukan.Alasan bahasa sebenarnya bukanlah masalah sebenar jika beliau mahu mengubah sikap dan peribadi beliau.

Diharap Peter Butler dapat melakukan perubahan drastik sebelum pertemuan dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan 7 januari ini bagi merebut Piala Sumbangsih.

Kesebelasan Utama : 

Khairul Fahmi,S.Subramaniam,Daudsu,Azizi,Zamri,Shakir,Indra,Farhan,Norsahrul,Antwi dan Ghaddar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasanya shakir yg start dlu.....die patut control cket prangai ye tu, kalu x, susoh sek kito nok men sedak....