Obinna dan Ghaddar akan beraksi dalam kancah liga super manakala Antwi diletakkan dalam skuad Piala AFC.Keputusan terbaru dari KAFA setelah 'pening kepala' memikirkan siapakah pemain import yang akan bermain untuk liga super.
Keputusan yang dibuat oleh KAFA dilihat wajar kerana Kelantan memerlukan seorang pemain import berpangalaman seperti Obinna untuk menerajui benteng pertahanan kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas ketika menyertai skuad kebangsaan negaranya.Apa yang dibimbangkan adalah tahap kecergasan pemain tersebut yang dilihat kurang cergas serta sedikit 'berisi'.
KAFA juga terpaksa membuat keputusan 'perit' apabila terpaksa menggugurkan penyerang yang telah ditandatangani Samad Okocha yang mendapat kritikan dari penyokong-penyokong ekoran persembahan buruk beliau.Samad yang 'dipaksa' bermain oleh KAFA pada malam tersebut ternyata tidak digemari penyokong-penyokong kelantan walaupun beliau seorang pemain tersohor dalam liga Israel.Keputusan-keputusan sukar yang terpaksa dibuat KAFA menyatakan betapa seriusnya KAFA dalam kancah liga Malaysia tahun ini dengan sasaran tinggi untuk mendapat seberapa banyak piala yang dipertandingkan sewajarnya mendapat sokongan dari penyokong-penyokong Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan