15 Feb 2012

Fakta menarik dan tak menarik perlawanan Liga Super 2012 di antara Selangor dan Kelantan

  1. Kelantan terpaksa akur rekod tanpa kalah musim ini lebur ditangan selangor tetapi harus diingat satu rekod yang masih boleh dipertahankan oleh Kelantan iaitu rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.
  2. KAFA membuat kejutan dengan menurunkan import baru dari Nigeria,Nwona yang lebih mesra dipanggil Noha.Noha adalah rakan kepada Obinna,namun kemunculan beliau gagal memberikan impak yang besar kepada Kelantan(Ghaddar masih yang terbaik).
  3. Peter Butler sekali lagi menurunkan 'ayam emas' beliau walaupun persembahan pemain tersebut sering dipertikaikan penyokong(untuk rekod pemain tersebut tidak mendapat tempat dalam skuad jurulatih terdahulu iaitu B.Sathianathan dan Datuk M.Karathu).
  4. Penampilan pertama import Selangor Bosko Balaban membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol kedua Selangor.
  5. Penjaring gol tunggal Kelantan adalah dari pemain pertahanan,S.Subramaniam.
  6. Jumlah penyokong Kelantan yang hadir melebihi jumlah penyokong Selangor padahal perlawanan berlangsung ditempat lawan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ayam emas tu mesti zamri ramli dok
kalu buke kawe xkene aloh mano caro mene budok tuh player lain ado lg hok sedak wat masuk aye presiden

Tanpa Nama berkata...

Tapi dari hari ke hari Zamri Ramli makin matang, kita tak nampak apa yg Butler nampak..seperti mana Mat Aziz Ismail tahun lepas main sbg super sub saja, tahun 1st 11..