30 Nov 2011

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM/100 Plus 2011

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.
 
Pemain Paling Bernilai @ Supermokh
Norshahrul Idlan Talaha. 
(KELANTAN FA)
 
Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha
(KELANTAN FA)
 
Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat
(KELANTAN FA)

4th friendly match TRW....

N.SEMBILAN 3
J. E. Emana, Idris Karim, S.Kunalan
KELANTAN 1
D. Antwi

29 Nov 2011

Kelantan uji bekas pemain Olimpik Cameroon

KUALA LUMPUR - Selepas berjaya memburu tiga pemain import, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menguji seorang pemain import dari Cameroon bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi beberapa pertandingan bola sepak musim depan, termasuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang disertai oleh skuad Kijang buat pertama kali.

23 Nov 2011

2nd Friendly Match TRW....

BALESTIER KHALSA FC (SIN) O
KELANTAN FA (MAS) 3
Okine, Azwan Roya, S.Chanturu.

Keputusan Kelayakan Pra Olimpik : Malaysia tewas lagi

Malaysia 0 - 2 Syria

Pra kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 23 vs Syria 23

Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh : 23 Nov 2011
Masa : 8.45 mlm
Siaran Langsung :RTM1 dan Astro Arena

Malaysia akan berdepan Syria dalam kempen kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Malam ini Malaysia bakal berhadapan pasukan yang jauh lebih kuat yang menduduki ranking ke 106 Fifa manakala Malaysia hanya diranking yang ke 151.

Bagi mereka yang berada di sekitar Lembah Klang ayuh kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.Mari-sama kita tunjukkan semangat kenegaraan kita serta memberi pengiktirafan kepada skuad bawah 23 negara yang telah menjuarai acara bolasepak Sukan Sea dua hari yang lalu. 

Bagi penyokong-penyokong Kelantan kita mengharapkan Khairul Fahmi dapat meneruskan kecemerlangan beliau seperti yang ditunjukkan dalam Sukan Sea.

Kita tidak rela menyaksikan Syria berpesta gol malam ini,oleh itu ketangkasan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi serta rakan dalam memastikan gawang Malaysia dibolosi amat ditagih.

22 Nov 2011

Dua penyokong fanatik Indonesia meniggal dunia



Petugas Dinas Kesehatan DKI Jakarta mengakui adanya keterlambatan informasi tentang insiden di Pintu VII Sektor 11 Stadion Gelora Bung Karno yang menyebabkan dua orang tewas pada pertandingan final sepak bola SEA Games, Senin (21/11/2011) malam.

21 Nov 2011

Malaysia juara !!! Khairul Fahmi wira Malaysia

Malaysia dinobatkan juara acara bolasepak Sukan Sea 2011 apabila berjaya menumpaskan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti 4-3.

Khairul Fahmi sekali lagi menjadi wira apabila berjaya menghalang sepakan penalti Ferdinand.

Kapten pasukan,Badrol Bakhtiar memastikan sepakan terakhir beliau membawa Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea dan seterusnya mengulangi pencapaian Malaysia dua tahun lalu di Laos.

Tahniah kepada semua pemain kerana telah bermain bermati-matian bagi memastikan Malaysia memenangi Pingat emas.

Pemain Malaysia yang mengambil sepakan penalti :

  1. Mahali Jasuli - Gol
  2. Fandi Othman - Gol
  3. Fakri Saarani - Gagal(di selamatkan penjaga gol Indonesia)
  4. Fadhli Shas - Gol
  5. Badrol Bakhtiar - Gol(walaupun berjaya ditepis oleh penjaga gol)

Final Bolasepak Sukan Sea 2011:Sepakan penalti jadi penentu

Setelah masa tambahan 30 minit diberikan Malaysia dan Indonesia masih terikat 1-1 memaksa sepakan penalti menjadi penetu kepada pingat emas acara bolasepak Sukan Sea 2011.

Final Bolasepak Sukan Sea 2011

Full Time :


Indonesia 1 - 1 Malaysia

Kedudukan terkini Malaysia memaksa Indonesia untuk bermain dimasa tambahan apabila Asarudin Putra menyamakan kedudukan setelah ketinggalan seawal minit ke lima hasil jaringan Gurnawan.

20 Nov 2011

Mana satu pilihan anda?

Dibawah adalah gambar-gambar kereta perisai Barracuda yang bakal dinaiki oleh pasukan Harimua Muda jika berjaya mengalahkan Indonesia dalam pertemuan akhir acara bolasepak Sukan Sea 2011.

Jika penyokong Kelantan disifatkan ganas maka penyokong Indonesia adalah lebih ganas dari penyokong Kelantan hatta penyokong bolasepak didunia ini.




info : army-guide

Semi Final Sea Game'11 Malaysia vs Myammar

MALAYSIA 1
Ahmad Fakri Saarani (m-85)
MYAMMAR 0

1st friendly match TRW 18-11-2011 at MBPJ Stadium...

KELANTAN 2
Denny Antwi (m-22, m-90)
MALDIVES 1
Ali Ashfaq (m-5)

Info: 
Maldives 1 vs sime Darby 0...Maldives 5 vs ATM 0...Maldives 3 vs INDIA 2...malaysia 1 vs INDIA 2.....Maldives 1 vs KELANTAN 2....

17 Nov 2011

Bola Sepak Sukan Sea 2011 : Malaysia tumpaskan Indonesia

Indonesia 0 - 1 Malaysia

Malaysia akhirnya berjaya mengalahkan tuan rumah sukan Sea 2011 Indonesia 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan hasil dan seterusnya menjuarai kumpulan A.Gol Malaysia dijaringkan oleh Syahrul Azwari pada minit ke-17 perlawanan.

Malaysia akan menentang Myanmar dalam aksi separuh akhir 19 november ini jam 8 malam 5 petang waktu Malaysia untuk meneruskan misi mempertahankan pingat emas sukan sea yang dimenangi dua tahun lalu.

Perlawanan Persahabatan Malaysia : Malaysia tumpas kepada India

INDIA 3 - 2 MALAYSIA
Malaysia tumpas kepada India 3-2 dalam perlawanan persahabatan kedua dengan pasukan tersebut.Ketiadaan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi yang sekarang mewakili skuad 23 negara ternyata sedikit melemahkan bahagian benteng pertahanan Malaysia.

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh penyerang profilik Malaysia,Safee Sali pada minit 45 dan 60 manakala tiga gol India dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka Sunil manakala satu gol lagi oleh Jeje.

Kekalahan ini ternyata memberikan tamparan hebat kepada ketua jurulatih negera iaitu K.Rajagopal kerana berdasarkan ranking India berada diranking ke 151 manakala India 160.

Sebelum ini sudah ada suara-suara sumbang mempertikaikan kredibiliti pengendali Harimau Malaya ini walaupun telah membawa Malaysia menjulang Piala AFF sebelum ini.

Barisan pemain Malaysia :

Jeevananthan(Sarbinee),Azmi Muslim,Aidil Zafuan,Mohd Faizal,Bunyamin Umar,S. Kunanlan,Safiq Rahim,Amar Rohidan,Shahurain Abu Samah,Abdul Hadi,Mohd Safee Sali,Khyril Muhymeen,Mohd Farisham,S.Chanturu,Amirizwan Tajuddin dan Mohd Shahrizal

14 Nov 2011

Bolasepak Sukan Sea 2011 : Malaysia hampiri separuh akhir

Kedudukan pasukan Malaysia setelah tiga perlawanan berlangsung.
Skuad Ong Kim Swee hanya memerlukan satu mata lagi untuk melangkah ke separuh akhir bolasepak Sukan Sea.Tugas berat menanti Malaysia  apabila terpaksa berhadapan dengan tuan rumah serta kerenah penyokong-penyokong mereka yang suka mengejek pemain-pemain Malaysia. 

Namun itu bukanlah alasan kerana pemain tidak perlu memikirkan perkara diluar padang sebaliknya perlu menumpukan seratus peratus pada perlawanan itu nanti.

Barisan pertahanan Malaysia dilihat kurang ampuh kerana sering dibocori dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh Ong Kim Swee andai tidak mahu Malaysia menjadi pasukan 'belasahan' Indonesia nanti.

Jika Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir lawan yang bakal ditentang samaada Vietnam ataupum Myanmar yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Kedudukan kumpulan B
Sama-sama kita saksikan perlawanan ini pada Khamis,17 November ini jam 8 malam yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 801.

13 Nov 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 peringkat asia

Kuwait 0 - 1 Lebanon
Tajikistan     0 - 4     Japan
UAE     0 - 2     Korea Republic
Uzbekistan     1 - 0     Korea DPR
Oman     1 - 0     Australia
Iraq     1 - 0     China

Bahrain     1 - 1     Iran
Jordan     2 - 0     Singapore
Qatar     4 - 0     Indonesia
Saudi Arabia     3 - 0     Thailand

Pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar hanya bermain pada minit ke 83 sahaja mengantikan Hassan Matouk.

Kelantan Juara Piala Agong 2011 edisi ke 44

Kelantan 3
Rosairol,Wan Rohaimi(p) dan Ramzul

Perlis 2

Kelantan dinobatkan juara setelah berjaya membenam Perlis 3-2.Pemain Liga Super Kelantan,Ramzul menjadi wira apabila gol beliau diwaktu-waktu kecederaan memastikan kejayaan Kelantan.
Barisan pemain Kelantan

Bekas pemain Kelantan Rosairol berjaya menjaringkan gol kedua Kelantan hasil rembatan padu namun pemain Perlis berjaya menyamakan kedudukan hasil kealpaan benteng pertahanan.

Pemain terbaik perlawanan iaitu Aris Zaidi bertindak cemerlang melarikan bola secara solo memaksa pertahanan Perlis menjatuhkan beliau didalam kotak penalti,Pengadil perlawanan,Yusoff Karim tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan.Kapten pasukan,Wan Rohaimi berjaya menyempurnakan sepakan tersebut menjadikan kedudukan 2-1.
Ramzul berjaya menjaringkan gol ketiga pada waktu kecederaan menerusi tandukan cantik melangkaui penjaga gol Perlis dan seterusnya memastikan Kelantan dinobatkan juara baru Piala Agong.
Sebahagian daripada penyokong-penyokong tegar Kelantan

Tahniah buat pemain-pemain kerana menunjukkan kesungguhan dan mempamerkan aksi terpuji walaupun mendapat kritikan dari pemain ke-12 diluar padang sehinggakan penolong jurulatih liga super Kelantan musim hadapan Zahasmi Ismail mengeleng-geleng kepala melihat gelagat segelintir penyokong Kelantan yang disifatkan kurang berhemah.

12 Nov 2011

Info Piala Agong : Kelantan vs Perlis

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke IV
Tarikh : 12.11.2011
Masa : 8.45 malam

Tiket-tiket : Astaka RM10.Terbuka RM 5

Info perlawanan persahabatan pra musim TRW 2012

18 nov vs Maldives national di KL
20 nov vs spore club di spore
23 nov vs Balistier utd di spore
26 nov vs ATM DI KL
29 nov vs NS DI paroi
1 dis vs PERAK DI KL
 Info : Tan Sri Annuar Musa Facebook

Tahniah TRW dapat anugerah dari Sultan Muhammad ke V

Sempena sambutan ulangtahun Keputeraan Sultan Muhammad ke V Baginda berkenan menganugerahkan darjah kebesaran kepada The Red Warriors.

Antara pemain yang memperolehi anugerah adalah kapten pasukan Badri Radzi,Norshahrul Idlan Talaha,Rizal Fahmi dan Daudsu yang  memeperolehi Pingat Setia (P.S) manakala bekas jurulatih Kelantan B.Sathianatahan dan Pengurus pasukan Azman Ibrahim menerima Pingat Setia Mahkota(PSM).

Tahniah kepada semua pemain dan pihak pengurusan TRW yang telah mendapat anugerah dari Sultan Muhammad ke V.

Info : Sinar Harian

11 Nov 2011

Dari facebook TSAM : Info Kelantan vs Maldives

Time
Friday, November 18 · 8:30pm - 11:30pm

Location
Stadium MPPJ, Selangor

Created By

More Info
Masa perlawanan belum konfirm, sekadar cadangan buat masa ini.

Sebab penyokong kena datang perlawanan ini:
1) Tiket hanya RM10! (diskaun 80% daripada harga tiket Final Piala Malaysia baru)
2) Pemain utama TRW akan bermain insya Allah (Piya, Mat Yo, Shakir, Daudsu, Subra, Apex dan semua TRW lain!)
3) Pengenalan pemain import tempatan yang baru!
4) Pengenalan pemain import antarabangsa (selain yang dah buat trial setakat ini, ada sekurang-kurangnya seorang lagi akan diperkenalkan)
4) Game pertama di bawah jurulatih baru kita Peter Butler
5) Bukan selalu pasukan kelab Malaysia diberi penghormatan bermain dengan pasukan kebangsaan dari luar.
6) Hari Jumaat (kiro hok supporter hardcore dari KB boleh turun jumpo dengan penyokong hardcore di Lembah Klang ni, esok Sabtu memang cuti pun)
7) TRW bermain, tidak perlu sebab lain! Betul tak?

Kita mulakan perjuangan musim baru kita dari sekarang! Gomo Kelantan Gomo!

-Admin page TSAM-

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Kelantan

Allahhu Akbar

Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke V
Sultan Yang DiPertuan Negeri Kelantan Darulnaim
serta segala jajahan takluknya.

Menjunjung Sembah dan Merapat Takzim

Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan
Pada 11 dan 12 November 2011 bersamaan 15 dan 16 Zulhijjah 1432 Hijrah

'ISLAM DIJUNJUNG,RAJA DISANJUNG,RAKYAT DIPAYUNG'

10 Nov 2011

keputusan perlawanan persahabatan : Kelantan vs Kelantan Piala Emas Raja-Raja 2011

Kelantan 4 - 0 Kelantan Piala Emas Raja-Raja

Gol-gol perlawanan dijaringkan oleh Ramzul Zahini,Izuan,Denny dan Daudsu.Namun gol bukanlah yang dicari dalam perlawanan ini kerana kualiti serta keserasian dan kebolehan pemain-pemain baru terutamanya dua pemain import yang baru menandatangani kontrak bersama Kelantan.

Kelibat Denny cukup mengecewakan namun masih boleh dinilai selepas ini kerana ini hanyalah perlawanan persahabatan biasa.Tetapi kesungguhan pemain ini untuk memikat penyokong-penyokong yang hadir sedikit menceriakan walaupun dilihat agak kalut sedikit berbanding rakannya yang bermain diposisi tengah bermain cemerlang serta mampu bermain tenang.

Emmanuel dilihat mampu untuk menjana bahagian tengah Kelantan kerana ketepatan-ketepatan serta kemahiran beliau melakukan hantaran-hantaran jauh yang sememangnya cukup mengagumkan.

Pemain yang pernah kecewa ketika bersama Kelantan dahulu iaitu Zamri Ramli sudah kembali menunjukkan kehebatan beliau dan dilihat berpotensi untuk menjadi saingan kepada pemain-pemain senior.

Bekas kapten Piala Presiden Nik Shahrul Azim juga mencuri  tumpuan malam ini kerana ketenangannya menyekat pemain-pemain lawan serta mampu bermain baik walaupun masih mentah dengan pengalaman.

Perlawanan persahabatan sebenar yang akan menguji pemain-pemain Kelantan adalah ketika bertemu skuad Maldives pada 18 november ini.Penyokong-penyokong Kelantan sudah pasti tidak sabar untuk melihat kelibat penyerang yang disebut-sebut bakal mengegarkan Liga Super tahun depan iaitu Mohammed Ghaddar.

Barisan pemain Kelantan : 

Syazwan Yusof(PG),Daudsu,S.Subramaniam,Nik Shahrul Azim,Emmanuel Okine,Badri Radzi,Zamri Ramli,Ramzul(Aris Zaidi),Khairan Izuan,Denny Antwi,Nurul Azwan Roya,

9 Nov 2011

Perlawanan persahabatan TRW 2012

Kelantan vs Skuad Kelantan Piala Emas Raja-raja
Stadium Sultan Muhammad ke-IV
9 November 2011
8.45 mlm

Info Mohammed Ghaddar pemain import baru Kelantan musim 2012

Senarai nama skuad kebangsaan lebanon dan pemain import baru Kelantan Mohammed Ghaddar yang telah dikemaskini dalam wikipedia bersama pasukan baru Kelantan FA.



Rekod perpindahan pemain ini kurang menyakinkan kerana sering bertukar-tukar kelab namun harapan kita agar Ghaddar mampu bersinar di bumi Kelantan ini.

Beliau juga sering menjaringkan gol untuk skuad kebangsaannya dan pernah menjadi penjaring terbanyak liga perdana dinegaranya.Berdasarkan reputasi beliau memang agak berbaloi Kelantan memiliki pemain tersebut.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi latar belakang pemain kebangsaan Lebanon ini boleh melayari wikpedia disini dan disini atau yang telah di terjemahkan oleh Pak Cik Google disini dan disini. 

8 Nov 2011

Kafa uji pemain import baru

Satu perlawanan persahabatan diantara akan diadakan di Lembah Klang pada 18 november ini.Kelantan dijangka akan menentang Maldives pada perlawanan tersebut.Masa dan venue yang bakal digunakan akan diumumkan kelak.

Perlawanan ini adalah untuk menguji pemain-pemain yang telah mengikat kontrak untuk mewakili Kelantan musim depan.Penyokong-penyokong TRW sudah pasti teruja untuk melihat gandingan 'Super Warriors' ini serta kehebatan tiga pemain import terutamanya Mohammed Ghaddar dari Lebanon sebelum pintu pendaftaran pemain ditutup pada 8 Disember ini.

Sedikit kekecewaan bagi peminat setia yang berada di Kota Bharu kerana KAFA tidak mengadakan perlawanan persahabatan ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Namun kita tahu bahawa sekarang Kelantan di landa musim tengkujuh dan untuk mengadakan perlawanan persahabatan adalah mustahil kerana bakal merencatkan permainan serta merosakkan padang SSMIV.

KAFA buat keputusan tepat

Gambar Denny Antwi(Ghana) sewaktu menentang Songkla FC

Tiga pemain import yang telah diambil oleh KAFA dilihat cukup mantap bagi meneruskan legasi cemerlang Kelantan bermula tahun 2008 sehingga sekarang.

Emmanuel Okine ( Ghana ),Denny Antwi ( Ghana ) dan Mohammed Ghaddar ( Lebanon ) terpilih untuk mewakili skuad Kelantan bagi musim 2012.Dua antara mereka iaitu Emmanuel dan Denny telah menunjukkan aksi dalam perlawanan persahabatan menentang Songkla baru-baru ini yang menyaksikan Kelantan tewas 3-1.

Emmanuel dilihat cemerlang dibahagian tengah dan mampu bermain baik untuk posisi pertahanan manakala Denny adalah seorang pemain yang agak agresif serta mampu mengawal bola dengan baik serta boleh melakukan hantaran-hantaran cantik.Mohammed Ghaddar pula adalah pemain yang mempunyai reputasi tinggi dan adalah salah seorang penyerang terbaik Lebanon.

Senarai penuh pemain Kelantan musim 2012

Pemain-pemain Liga Super 2012 mengikut nombor jersi

1.Shahrizan Ismail
2.Azizi Matt Rose(baru)
3.S.Subramaniam
6.Farisham Ismail
7.Ramzul Zahini Adenan
8.Shakir Shaari
9.Shahrul Idlan Talaha
10.Norfarhan Muhammad(baru)
11.Aziz Ismail
12.Nurul Azwan Roya
13.Indraputra Mahyuddin(baru)
15.Daudsu
16.Badhri Radzi
17.Rizal Fahmi Rosid
19.Khairul Fahmi Che Mat
21.Reserve(untuk pemain import AFC Cup)
23.S.Chanturu
24.Zairol Fitree Ishak
25.Azlan Ismail(baru)

Pemain Import:

 4.Emmanuel Okine ( Ghana )
18.Denny Antwi ( Ghana )
22.Mohammed Ghaddar ( Lebanon )


Pemain Piala Presiden

5.Nik Shahrul Azim(dinaik taraf ke liga super)
14.Zamri Ramli(dinaik taraf ke liga super)
20.Syazwan Yusof (Penjaga Gol Piala Presiden)(dinaik taraf ke liga super)   
26.Izuan Solahuddin
27.Khairul Izuan Rosli
28.Aris Zaidi

*KAFA akan mengumumkan 2 atau 3 pemain lagi yang bakal menyertai skuad Kelantan musim depan...

Link info Sukan Sea 2011 Palembang,Indonesia

Bagi pencinta sukan tanah air yang ingin mengikuti perkembangan sukan sea boleh melayari web rasmi kontinjen Malaysia .Segala maklumat terkini boleh diperolehi melalui web tersebut.

Untuk melayari web tersebut klik sukan sea 2011.

3 Nov 2011

Pemain Kelantan 2012: Dari Facebook TSAM

SENARAI TRW 2012 telah lengkap..sekurang2nya 7 Pemain lagi Akan melengkapkan pasukan...JOM KITA BERHARIRAYA DULU....DAN KITA AKAN BUAT PENGUMUMAN PADA 8hb jam 12 tengahari di tempat yg akan kita maklumkan kemudian....INSYAALLAH!!!
Hari ini rakan laungan kelatefc sudah 'mengumumkan' empat pemain yang bakal menyarung jersi Kelantan musim hadapan iaitu bekas trio yang dikenali dengan panggilan 'tiga Abdul' iaitu Indra,Farhan dan Azizi serta seorang lagi bekas pemaiin Selangor Amirul Hadi.
Ramai yang tak sabar menunggu pengumuman rasmi dari Tan Sri Annuar Musa,ada yang cuba mendahului TSAM dengan mengeluarkan rumors yang mengelirukan penyokong-penyokong Kelantan.Jadi sabarlah lepas Hari Raya Aidil Adha ni insyaAllah kita semua akan dengan pengumuman dari TSAM.
 Selamat Hari Raya Aidil Adha,semoga 'korban' kita diberkati oleh ALLAH.

Kelantan buat persiapan awal hadapi kempen musim depan

JUARA Liga Super, Kelantan membuat persiapan awal bagi menghadapi kempen Liga M musim depan apabila barisan The Red Warriors mula menjadi latihan semalam.
Bagaimanapun, sesi latihan pertama itu tanpa kelibat beberapa pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izuan Solahuddin dan Mohamad Ab. Aziz Ismail yang kini bersama skuad Bawah 23 tahun negara bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia.

1 Nov 2011

Hashim galas tugas berat

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 30, 2011
Piala Presiden Kelantan
Ketua Jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan yang baru, Hashim Mustapha mengakui berhadapan tugas berat untuk mempertahankan mahkota kejuaraan yang dimenangi The Red Warriors pada saingan musim depan.

“Saya akui tugas berat sememangnya menanti saya sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Jurulatih yang baru. Saya meletakkan sasaran peribadi untuk membawa Kelantan mara ke perlawanan akhir sekali lagi pada musim depan.

Gonzales dalam radar Kelantan



GONZALES dilaporkan berada dalam radar KAFA untuk dibawa ke Kelantan bagi aksi musim depan.

TIRAI Piala Malaysia 2011 telah secara rasmi ditutup selepas Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara baharu.
Begitupun, pasukan Kelantan kini sudah memulakan langkah untuk mempersiapkan pasukan itu bagi mengharungi saingan liga dan kejohanan domestik selain membuat pe- nampilan sulung pada kejohanan Piala AFC.