17 Nov 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia : Malaysia tumpas kepada India

INDIA 3 - 2 MALAYSIA
Malaysia tumpas kepada India 3-2 dalam perlawanan persahabatan kedua dengan pasukan tersebut.Ketiadaan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi yang sekarang mewakili skuad 23 negara ternyata sedikit melemahkan bahagian benteng pertahanan Malaysia.

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh penyerang profilik Malaysia,Safee Sali pada minit 45 dan 60 manakala tiga gol India dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka Sunil manakala satu gol lagi oleh Jeje.

Kekalahan ini ternyata memberikan tamparan hebat kepada ketua jurulatih negera iaitu K.Rajagopal kerana berdasarkan ranking India berada diranking ke 151 manakala India 160.

Sebelum ini sudah ada suara-suara sumbang mempertikaikan kredibiliti pengendali Harimau Malaya ini walaupun telah membawa Malaysia menjulang Piala AFF sebelum ini.

Barisan pemain Malaysia :

Jeevananthan(Sarbinee),Azmi Muslim,Aidil Zafuan,Mohd Faizal,Bunyamin Umar,S. Kunanlan,Safiq Rahim,Amar Rohidan,Shahurain Abu Samah,Abdul Hadi,Mohd Safee Sali,Khyril Muhymeen,Mohd Farisham,S.Chanturu,Amirizwan Tajuddin dan Mohd Shahrizal

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

parok doh mesia.. coach harapkan nasib ginilah jadinyo..