14 Nov 2011

Bolasepak Sukan Sea 2011 : Malaysia hampiri separuh akhir

Kedudukan pasukan Malaysia setelah tiga perlawanan berlangsung.
Skuad Ong Kim Swee hanya memerlukan satu mata lagi untuk melangkah ke separuh akhir bolasepak Sukan Sea.Tugas berat menanti Malaysia  apabila terpaksa berhadapan dengan tuan rumah serta kerenah penyokong-penyokong mereka yang suka mengejek pemain-pemain Malaysia. 

Namun itu bukanlah alasan kerana pemain tidak perlu memikirkan perkara diluar padang sebaliknya perlu menumpukan seratus peratus pada perlawanan itu nanti.

Barisan pertahanan Malaysia dilihat kurang ampuh kerana sering dibocori dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh Ong Kim Swee andai tidak mahu Malaysia menjadi pasukan 'belasahan' Indonesia nanti.

Jika Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir lawan yang bakal ditentang samaada Vietnam ataupum Myanmar yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Kedudukan kumpulan B
Sama-sama kita saksikan perlawanan ini pada Khamis,17 November ini jam 8 malam yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 801.

Tiada ulasan: