10 Nov 2011

keputusan perlawanan persahabatan : Kelantan vs Kelantan Piala Emas Raja-Raja 2011

Kelantan 4 - 0 Kelantan Piala Emas Raja-Raja

Gol-gol perlawanan dijaringkan oleh Ramzul Zahini,Izuan,Denny dan Daudsu.Namun gol bukanlah yang dicari dalam perlawanan ini kerana kualiti serta keserasian dan kebolehan pemain-pemain baru terutamanya dua pemain import yang baru menandatangani kontrak bersama Kelantan.

Kelibat Denny cukup mengecewakan namun masih boleh dinilai selepas ini kerana ini hanyalah perlawanan persahabatan biasa.Tetapi kesungguhan pemain ini untuk memikat penyokong-penyokong yang hadir sedikit menceriakan walaupun dilihat agak kalut sedikit berbanding rakannya yang bermain diposisi tengah bermain cemerlang serta mampu bermain tenang.

Emmanuel dilihat mampu untuk menjana bahagian tengah Kelantan kerana ketepatan-ketepatan serta kemahiran beliau melakukan hantaran-hantaran jauh yang sememangnya cukup mengagumkan.

Pemain yang pernah kecewa ketika bersama Kelantan dahulu iaitu Zamri Ramli sudah kembali menunjukkan kehebatan beliau dan dilihat berpotensi untuk menjadi saingan kepada pemain-pemain senior.

Bekas kapten Piala Presiden Nik Shahrul Azim juga mencuri  tumpuan malam ini kerana ketenangannya menyekat pemain-pemain lawan serta mampu bermain baik walaupun masih mentah dengan pengalaman.

Perlawanan persahabatan sebenar yang akan menguji pemain-pemain Kelantan adalah ketika bertemu skuad Maldives pada 18 november ini.Penyokong-penyokong Kelantan sudah pasti tidak sabar untuk melihat kelibat penyerang yang disebut-sebut bakal mengegarkan Liga Super tahun depan iaitu Mohammed Ghaddar.

Barisan pemain Kelantan : 

Syazwan Yusof(PG),Daudsu,S.Subramaniam,Nik Shahrul Azim,Emmanuel Okine,Badri Radzi,Zamri Ramli,Ramzul(Aris Zaidi),Khairan Izuan,Denny Antwi,Nurul Azwan Roya,

Tiada ulasan: