Gambar Denny Antwi(Ghana) sewaktu menentang Songkla FC
Tiga pemain import yang telah diambil oleh KAFA dilihat cukup mantap bagi meneruskan legasi cemerlang Kelantan bermula tahun 2008 sehingga sekarang.
Emmanuel Okine ( Ghana ),Denny Antwi ( Ghana ) dan Mohammed Ghaddar ( Lebanon ) terpilih untuk mewakili skuad Kelantan bagi musim 2012.Dua antara mereka iaitu Emmanuel dan Denny telah menunjukkan aksi dalam perlawanan persahabatan menentang Songkla baru-baru ini yang menyaksikan Kelantan tewas 3-1.
Emmanuel dilihat cemerlang dibahagian tengah dan mampu bermain baik untuk posisi pertahanan manakala Denny adalah seorang pemain yang agak agresif serta mampu mengawal bola dengan baik serta boleh melakukan hantaran-hantaran cantik.Mohammed Ghaddar pula adalah pemain yang mempunyai reputasi tinggi dan adalah salah seorang penyerang terbaik Lebanon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan