1 Nov 2011

Gonzales dalam radar Kelantan



GONZALES dilaporkan berada dalam radar KAFA untuk dibawa ke Kelantan bagi aksi musim depan.

TIRAI Piala Malaysia 2011 telah secara rasmi ditutup selepas Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara baharu.
Begitupun, pasukan Kelantan kini sudah memulakan langkah untuk mempersiapkan pasukan itu bagi mengharungi saingan liga dan kejohanan domestik selain membuat pe- nampilan sulung pada kejohanan Piala AFC.
Selepas mencuba lima pemain import dari Croatia, Malawi dan Ghana termasuk seorang pemain dari liga Divisyen Dua Belanda, Jeans Black yang tiba di Kota Bharu bersama jurulatih baharu mereka, Peter James Butler pada 23 Oktober lalu, mereka dijangka akan mencuba seorang lagi pemain import.
Kali ini, 'selera' The Red Warriors (TRW) sedikit berubah apabila mereka bakal mencuba bekas pemain kebangsaan Sepanyol yang pernah tersenarai menyertai skuad Piala Dunia 2002 lalu dan pernah beraksi untuk beberapa kelab terkenal di negara yang dikenali dengan jolo- kan La Furia Roja itu.
Berusia 34 tahun, Sergio Gonzales kini di- khabarkan berada dalam radar Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk dibawa ke negeri 'Cik Siti Wan Kembang' bagi memperkuatkan lagi pasukan itu.
Beraksi di posisi tengah, Gonzales memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak selepas menyertai pasukan Espanyol B pada tahun 1995, sebelum diserapkan ke pasukan senior tiga tahun kemudian.
Bakat pemain dengan ketinggian 182 sentimeter berasal dari L'Hospitalet, Sepa- nyol itu mula dikesan oleh pasukan Depor- tivo La Caruna yang mana dia menabur khid- mat selama 10 musim.
Sumber KAFA memberitahu, nama pemain itu pernah disebut-sebut sebelum ini dalam perjumpaan pihak pengurusan tetapi sehingga kini belum ada surat tawaran rasmi dikeluarkan.
Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi sedang berjalan ketika ini antara pemain tersebut dan pihak pengurusan untuk mencari kata putus selain persetujuan pemain itu untuk berhijrah ke Kelantan.
"Setakat ini belum ada apa-apa tawaran rasmi diberikan kepada pemain tersebut dan sehingga kini ia masih dalam perbincangan melibatkan beberapa perkara lagi.
"Sekiranya selesai dan berjaya mencapai kata sepakat, mungkin impian untuk melihat pemain itu beraksi dengan TRW akan tercapai," katanya.
Gonzales dikenali sebagai pemain tengah yang sentiasa bekerja keras serta mampu bertindak membantu pertahanan, selain kreatif dalam menghasilkan gerakan membantu jentera hadapan.
Sepanjang 14 musim bermain dalam kempen Liga Sepanyol, dia telah beraksi dalam 429 perlawanan dan berjaya meledakkan 42 gol, termasuk tiga gol ketika bersama pasukan terakhirnya, Levente bagi musim 2010-2011.
Karier peringkat antarabangsa Gonzales bermula ketika dipanggil oleh jurulatih Sepa- nyol ketika itu, Jose Antonio Camacho untuk mewakili pasukan kebangsaan pada 2001 bagi persiapan Piala Dunia 2002.

Tiada ulasan: