21 Nov 2011

Malaysia juara !!! Khairul Fahmi wira Malaysia

Malaysia dinobatkan juara acara bolasepak Sukan Sea 2011 apabila berjaya menumpaskan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti 4-3.

Khairul Fahmi sekali lagi menjadi wira apabila berjaya menghalang sepakan penalti Ferdinand.

Kapten pasukan,Badrol Bakhtiar memastikan sepakan terakhir beliau membawa Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea dan seterusnya mengulangi pencapaian Malaysia dua tahun lalu di Laos.

Tahniah kepada semua pemain kerana telah bermain bermati-matian bagi memastikan Malaysia memenangi Pingat emas.

Pemain Malaysia yang mengambil sepakan penalti :

  1. Mahali Jasuli - Gol
  2. Fandi Othman - Gol
  3. Fakri Saarani - Gagal(di selamatkan penjaga gol Indonesia)
  4. Fadhli Shas - Gol
  5. Badrol Bakhtiar - Gol(walaupun berjaya ditepis oleh penjaga gol)

Tiada ulasan: