13 Nov 2011

Kelantan Juara Piala Agong 2011 edisi ke 44

Kelantan 3
Rosairol,Wan Rohaimi(p) dan Ramzul

Perlis 2

Kelantan dinobatkan juara setelah berjaya membenam Perlis 3-2.Pemain Liga Super Kelantan,Ramzul menjadi wira apabila gol beliau diwaktu-waktu kecederaan memastikan kejayaan Kelantan.
Barisan pemain Kelantan

Bekas pemain Kelantan Rosairol berjaya menjaringkan gol kedua Kelantan hasil rembatan padu namun pemain Perlis berjaya menyamakan kedudukan hasil kealpaan benteng pertahanan.

Pemain terbaik perlawanan iaitu Aris Zaidi bertindak cemerlang melarikan bola secara solo memaksa pertahanan Perlis menjatuhkan beliau didalam kotak penalti,Pengadil perlawanan,Yusoff Karim tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan.Kapten pasukan,Wan Rohaimi berjaya menyempurnakan sepakan tersebut menjadikan kedudukan 2-1.
Ramzul berjaya menjaringkan gol ketiga pada waktu kecederaan menerusi tandukan cantik melangkaui penjaga gol Perlis dan seterusnya memastikan Kelantan dinobatkan juara baru Piala Agong.
Sebahagian daripada penyokong-penyokong tegar Kelantan

Tahniah buat pemain-pemain kerana menunjukkan kesungguhan dan mempamerkan aksi terpuji walaupun mendapat kritikan dari pemain ke-12 diluar padang sehinggakan penolong jurulatih liga super Kelantan musim hadapan Zahasmi Ismail mengeleng-geleng kepala melihat gelagat segelintir penyokong Kelantan yang disifatkan kurang berhemah.

Tiada ulasan: