Satu perlawanan persahabatan diantara akan diadakan di Lembah Klang pada 18 november ini.Kelantan dijangka akan menentang Maldives pada perlawanan tersebut.Masa dan venue yang bakal digunakan akan diumumkan kelak.
Perlawanan ini adalah untuk menguji pemain-pemain yang telah mengikat kontrak untuk mewakili Kelantan musim depan.Penyokong-penyokong TRW sudah pasti teruja untuk melihat gandingan 'Super Warriors' ini serta kehebatan tiga pemain import terutamanya Mohammed Ghaddar dari Lebanon sebelum pintu pendaftaran pemain ditutup pada 8 Disember ini.
Sedikit kekecewaan bagi peminat setia yang berada di Kota Bharu kerana KAFA tidak mengadakan perlawanan persahabatan ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Namun kita tahu bahawa sekarang Kelantan di landa musim tengkujuh dan untuk mengadakan perlawanan persahabatan adalah mustahil kerana bakal merencatkan permainan serta merosakkan padang SSMIV.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan