31 Jul 2011

Apek putus tunang...

Akhirnya penjaga gol utama Kelantan Khairul Fahmi terpaksa memutuskan pertunangan beliau.Ikuti temubual wartawan Harian Metro...klik

28 Jul 2011

Malaysia gagal kepusingan ketiga

Malaysia 1(Safee Sali)

Singapura 1
Akhirnya semangat Harimau Malaya terkubur digelanggang sendiri gara-gara aksi hambar pemain-pemain negara.Mujurlah kecemerlangan penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan maruah Malaysia yang hampir dicalar oleh Singapura malam ini.

26 Jul 2011

Kelantan Juara Piala Presiden 2011

Kelantan 2 - 1 MP Muar

Skuad junior Kelantan akhirnya dinobatkan selaku Juara Piala Presiden 2011 setelah berjaya mengalahkan Majlis Perbandaran Muar 2-1 hasil jaringan Aris Zaidi dan Khairul Izuan.

21 Jul 2011

Pemain senior perlu ambil kesempatan

KUALA LUMPUR, (D5) - Berbanding Siri Jelajah Asia 2011 ketika menentang Arsenal dan Liverpool, perlawanan bertemu dengan Chelsea memiliki tarikan istimewa tersendiri.

Perlawanan ini dianggap sebagai satu pendekatan baru kerana selain beraksi tanpa tekanan, pasukan yang dikendalikan Ong Kim Swee ini bakal menampil ramai pemain senior buat pertama kalinya.

16 Jul 2011

Keputusan penuh perlawanan Persahabatan : Malaysia XI vs Liverpool FC

Malaysia 3 - 6 Liverpool

Walaupun tewas kepada Liverpool petang tadi tiga gol menarik terutamnya dari sepakan percuma yang disifatkan sebagai 'World Class' menerjah gawang Liverpool.Dua gol lagi dijaringkan oleh Safee Sali.

Tahniah walaupun tewas...

14 Jul 2011

Malaysia tumbang di tangan Gunners


PENYERANG Malaysia, Ahmad Fakri Saarani diasak keras oleh pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


SKUAD bola sepak kebangsaan gagal mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

13 Jul 2011

Liga Super kekal 14 + Young Lions

PETALING JAYA - Seperti musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan format penyertaan 14 pasukan dalam Liga Super 2012 tetapi dengan sedikit kejutan apabila membawa masuk skuad Bawah 23 Tahun Singapura, Young Lions sebagai pertukaran menghantar Harimau Muda A ke Liga S republik itu.

Import kembali, format kekal


KELIBAT pemain import akan kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan pada musim depan. - Gambar hiasan


FORMAT Liga Malaysia (Liga M) 2012 kekal sebagaimana yang berlangsung musim ini. Ini bermakna 14 pasukan akan bersaing dalam kempen Liga Su- per, manakala 12 pasukan berentap pada saingan Liga Premier.
Namun pembaharuan yang bakal berlaku pada saingan Liga M musim depan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan khidmat dua pemain import bagi setiap pasukan.

11 Jul 2011

UITM juara Liga IPTA 2011

UITM FC 0 - 0 Kolej Komuniti Kedah
UiTM menang 5-4 menerusi sepakan penalti sudden death.

UITM mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu apabila menewaskan Kolej Komuniti Kedah menerusi sepakan penalti sudden death 5-4 setelah kedua-kedua pasukan seri 0-0 sehingga ke wisel penamat masa tambahan.

10 Jul 2011

Keputusan penuh perlawanan Persahabatan : Kelantan(MAS) vs Pelita Jaya(INA)

Kelantan 1 - 1 Pelita Jaya

Kelantan hanya sekadar seri 1-1 dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia.Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Izuan Solahuddin pada babak kedua perlawanan mankala Pelita Jaya memperolehi gol pada minit ke-91 perlawanan dengan perlawanan hanya berbaki dua minit lagi.

9 Jul 2011

Piala AFC: KAFA pertaruh import

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menggunakan khidmat dua pemain import untuk memperkuatkan skuad The Red Warriors dalam menghadapi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.

Perarakan Piala Liga Super meriah

Malam tadi berkesempatan merasai sendiri bahang kehangatan sambutan Piala Liga Super di Lapangan Terbang Sultan Ismail,Pengkalan Chepa.

Sambutan luar biasa dari penyokong-penyokong TRW sudah pasti mengharukan pemain-pemain.Ribuan penyokong-penyokong TRW memenuhi sepanjang jalan dari Pengkalan Chepa ke Kota Bharu sehinggakan seolah-olah Pesta besar-besaran diadakan di Kota Bharu sambil mengiringi Treler berhias yang membawa pemain.



8 Jul 2011

Perarakan Piala Liga Super 2011...Ayuh gegarkan Stadium!!!

Malam ini satu peristiwa penting sekali lagi bakal berlaku dibumi bertuah Kelantan.Penantian penyokong-penyokong The Red Warriors untuk melihat pasukan Kelantan menjulang Piala Liga Super akhirnya tercapai setelah memenanginya semalam setelah menunggu terlalu lama.

Mat Yo gembira dalam duka

GEMBIRA dalam duka! Itu kesimpulan terbaik bagi menggambarkan perasaan penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha apabila impiannya memenangi Kasut Emas Liga Super musim ini terlepas gara-gara dipintas pada saat akhir penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya, malam kelmarin.

7 Jul 2011

keputusan separuh akhir Piala Presiden 2011 : Kelantan vs PKNS Selangor

Kelantan 2 - 0 PKNS Selangor,

Kedua-dua gol Kelantan di jaringkan oleh Mohd Izuan Rosli...Tahniah TRW Junior anda selangkah lagi untuk ke Final.

Milik Kelantan

The Red Warriors sahkan kejuaraan Liga Super, menang 2-1 di Stadium Likas

NORSHAHRUL Idlan Talaha membuktikan bisanya apabila menyumbat dua gol untuk membantu Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi. 

Dari Facebook TSAM-Penyampaian liga super 2011

Update : 

Atrucara Khas sempena sambutan Piala Liga Super
8/7/2011 : Majlis penyampaian Piala Liga Super akan disempurnakan DYTM Tengku Mahkota Pahang Presiden FAM pada hari jumaat pukul 11.00 pagi di Wisma FAM

8/7/2011 : Konsert khas menyambut Juara Liga Super di Stadium SSM ke IV  pada pukul 8.00 malam 

8/7/2011 : Piala Liga Super dan Pemain akan di sambut di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada pukul 10.00 malam dan diarak dengan kereta berhias menuju stadium SSM ke IV.

Sumber : theredwarriors


Tan Sri Annuar Musa
Majlis Penyampaian piala liga super akan di sempurnakan DYTM TG MAHKOTA PAHANG hari jumaat 8/7/11 jam 11 pagi di wisma FAM...PIALA Akan terus di bawa pulang ke BUMI Klate mlm Itu juga DAN diarak dari AIRPORT P/Chepa ke STADIUM SSMIV KB..DI STADIUM SATU KONSERT KHAS MENYAMBUT PIALA LIGA SUPER AKAN DIADAKAN MULAI 8.30 mlm BAGI MENGHARGAI PEMAIN DAN PENYOKONG..BANJIRI STADIUM KITA DAN SAMBUTLAH PIALA LIGA SUPER 2011!!
 

Komen positif penyokong TRW

Gemilang..............

TS....jemput DYMM Al Sultan & Tok Guru & Tok Pa serta semua pemimpin yang ada kerana mereka rakyat klate blako....kita buat solat hajat tanda syukur di SSM4......Ambo rasa kita sambut cara ni adalh lebih baik......akrablh kita sama kita. Jange kita jadi lemah kerana puak kita. Mari kita martabatkan puak kita....Hidupkn perjuangan ini....HEBAT TRW...TQ semua.

6 Jul 2011

Kelantan juara Liga Super 2011!!!

Sabah 1 - 2 Kelantan

Kelantan akhirnya dinobatkan Juara Liga Super yang baru dan mengagalkan impian Selangor untuk merangkulnya untuk kali ketiga berturut-turut.Norshahrul menjadi wira apabila dua golnya membantu Kelantan dinobatkan juara liga super setelah berjaya mengalahkan Sabah 2-1.

Kelantan hampiri mahkota Liga Super

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini, hanya menerusi Astro Arena saluran 801.

KUALA LUMPUR, (D5) - Kelantan mempunyai misi yang sangat penting iaitu mahu mencipta sejarah menjuarai Liga Super buat kali pertama sejak ia diperkenalkan tujuh tahun lalu.

3 Jul 2011

Malaysia tewas...Namun mara kepusingan kedua

Keputusan Penuh :

Taiwan 3

Malaysia 2(Aidil,Safiq)

Malaysia terpaksa akur dengan 'kehebatan' pemain-pemain amatur Taiwan malam ini apabila kecundang 3-2 pada aksi  pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.Walaupun tewas Malaysia berjaya mara kepusingan kedua apabila agregat 4-4 yang diperolehi dengan kelebihan dua gol ditempat lawan dan bakal bertemu Singapura pada 23 dan 28 julai ini.Perlawanan pertama di Stadium Nasional sabtu lalu menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Taiwan 2-1.

Norshahrul atlet tumpuan Astro Arena minggu ini

Norshahrul Idlan Talaha menjadi duri dalam daging buat pasukan Terengganu dengan meledakkan dua gol untuk membantu The Red Warriors semakin menghampiri mahkota idaman, trofi Liga super. Penyerang kebangsaan ini kembali ke posisi sebagai calon utama untuk meraih anugerah kasut emas setelah mengumpul 16 gol dalam 24 perlawanan setakat ini. 

PM suntik semangat The Red Warriors

NAJIB menerima jersi skuad Kelantan yang tertulis namanya daripada Annuar pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Kota Bharu, semalam.

Najib umum pembinaan stadium baru andai BN berjaya rampas kembali Kelantan

THE Red Warriors mendapat suntikan semangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan stadium bola sepak baru di negeri itu andai Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti. 

Najib penyokong No.1 TRW

ANNUAR (kiri) menyerah replika jersi TRW kepada Najib pada satu majlis di Kota Bharu semalam.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak, diumum sebagai penyokong No. 1 pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW). Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Machang 1, dekat Kota Bharu Kelantan semalam. 

2 Jul 2011

Info Pusingan pertama perlawanan timbal balik Taiwan vs Malaysia

Taiwan vs Malaysia
Taipei Municipal Stadium
3 Julai 2011
6.45 petang waktu malaysia
Siaran Langsung TV2 dan Astro Arena

Jika Malaysia layak ke pusingan kedua lawan yang bakal menanti adalah Singapura..Perlawanan pertama akan diadakan di Singapura pada 23 Julai ini dan timbal balik pada 28 julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.

1 Jul 2011

Info Piala Presiden : Kelantan ke Separuh Akhir

Kelantan layak ke separuh akhir Piala Presiden dengan agregat 3-2,Walaupun anak didik Zahasmi tewas 2-1 di Johor Bharu kelmarin,bekalan dua gol ketika aksi pertama di Kota Bharu sudah memadaii buat skuad TRW junior ini.Kelantan akan berdepan Selangor PKNS khamis ini manakala SSBJ akan menentang MP Muar.
.
Tahniah..