PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menggunakan khidmat dua pemain import untuk memperkuatkan skuad The Red Warriors dalam menghadapi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA memerlukan khidmat pemain import yang hebat bagi mengelakkan pasu- kan itu menjadi skuad belasahan apabila berdepan pasukan terbaik benua Asia.
"Kafa akan mencari pemain yang mempunyai kemampuan untuk bersama skuad Kelantan dan mereka akan diuji terlebih dahulu," katanya semalam.yang dimenangi Kelantan selepas skuad The Red Warriors mengumpul 56 mata, tiga mata di hadapan Terengganu yang mengutip 53 mata dan Selangor, 52 mata daripada keseluruhan 26 perlawanan.
Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata persatuan sanggup mengeluarkan dana yang lebih bagi mencari pemain berkualiti.
"Saya tidak akan memilih pemain berdasarkan video demo yang ditunjukkan oleh ejen pemain tersebut, sebaliknya akan menguji kemampuan sebenar pemain terbabit," katanya.
Annuar berkata, KAFA bercadang untuk menggunakan khidmat pemain dari Amerika Latin, Afrika ataupun Asia Tengah.
"KAFA tetap akan mengambil pemain import untuk saingan Piala AFC biarpun FAM tidak membenarkan khidmat pemain import pada Liga Malaysia tahun depan," katanya.
FAM sebelum ini mempertimbangkan untuk membuka kembali pintu kepada pemain import bagi memeriahkan saingan Liga Malaysia tetapi sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan.
Dalam perkembangan lain, Annuar merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar Kelantan diberi peruntukan bagi membina stadium baru menggantikan Stadium Sultan Muhammed IV, tanpa mengira situasi politik di negeri itu.
Semasa lawatannya ke Kelantan pada Sabtu lepas, Najib menjanjikan sebuah stadium baru sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Annuar berkata, kejayaan skuad The Red Warriors mengungguli Piala Liga Super, sekali gus menjadi wakil Malaysia ke saingan Piala AFC, Stadium Sultan Muhammed IV yang menjadi padang tempat sendiri skuad Kelantan pastinya tidak akan mele- pasi piawaian AFC.
"Ini bermakna Kelantan terpaksa bermain di Stadium Nasional, Bukit Jalil bila Kelantan menjadi tuan rumah dalam saingan AFC itu," katanya.
Piala AFC dijadual berlangsung dari 3 hingga 18 Mac dan ketika ini, tiga negara Maldives, Nepal dan Palestin menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah.
AFC dijangka memilih tuan rumah pada mesyuarat eksekutifnya pada 29 Julai ini.
Sumber : Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan