13 Jul 2011

Liga Super kekal 14 + Young Lions

PETALING JAYA - Seperti musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan format penyertaan 14 pasukan dalam Liga Super 2012 tetapi dengan sedikit kejutan apabila membawa masuk skuad Bawah 23 Tahun Singapura, Young Lions sebagai pertukaran menghantar Harimau Muda A ke Liga S republik itu.
Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam turut memutuskan penurunan pasukan ke-13 dan tercorot Liga Super musim ini, Pahang dan Perlis ke Liga Perdana musim depan untuk digantikan oleh PKNS dan Sarawak selaku juara dan naib juara persaingan bahagian dua itu.
Mesyuarat Exco yang disusuli majlis menandatangani Perkongsian Bola Sepak FAM-Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu turut menyaksikan aksi Young Lions dalam dua lagi pertandingan, Piala FA dan Piala Malaysia berbanding satu lagi Piala Singapura (kalah mati) buat Harimau Muda A.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, di bawah perjanjian FAM-FAS 2012 hingga 2015 ini juga, juara Liga Super Malaysia akan bermain dalam perlawanan Cabaran Juara-Juara secara timbal balik dengan juara Liga S sementara juara Piala Malaysia menentang juara Piala Singapura.
"Kedua-dua negara juga akan lebih kerap mengadakan siri perlawanan persahabatan antarabangsa bagi pasukan kebangsaan dan belia masing-masing bagi mengembalikan persaingan hebat seperti mana Piala Malaysia lalu dan mengukuhkan hubungan," katanya.
Presiden FAS, Zainudin Nordin berkata, kerjasama ini diharap mampu meningkatkan mutu permainan kedua-dua pasukan.

3 ulasan:

Tepi Sungai Batu berkata...

Bila Harimau Muda A keluar, jadi ada satu tempat kosong.......macam ada sesuatu yang dirancang.
Ambo curiga.

kelatefc the red warriors berkata...

play off piala malaysia antara phg vs s.darby.....untuk penuh kuota 16 pasukan....hehehehe

kaki pancing berkata...

3C58P57SZ7K2