10 Jul 2011

Keputusan penuh perlawanan Persahabatan : Kelantan(MAS) vs Pelita Jaya(INA)

Kelantan 1 - 1 Pelita Jaya

Kelantan hanya sekadar seri 1-1 dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia.Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Izuan Solahuddin pada babak kedua perlawanan mankala Pelita Jaya memperolehi gol pada minit ke-91 perlawanan dengan perlawanan hanya berbaki dua minit lagi.

Kelantan hanya menurunkan pemain-pemain simpanan pada perlawanan ini sambil dibantu oleh pemain utama seperti Ketua Pasukan,Piya,Nurul Azwan Roya,S,Subramaniam dan Daudsu.Ketiadaan lima tonggak utama Kelantan iaitu Norsahrul,Farisham,Khairul Fahmi,Shakir dan S.Chanturu amat dirasakan.

Apa yang menarik kelibat pemain import tinggi lampai ala-ala pemain Liverpool(Jocip Bonacim) menguatkan sedikit pertahanan Kelantan sehinggakan beliau dipilih sebagai 'pemain terbaik perlawanan'.

Pada perlawanan tersebut empat piala yang dimenangi iaitu Piala Emas Raja-Raja,Piala Sumbangsih,Piala Malaysia dan Piala Liga Super yang baru dimenangi dipamerkan.Piala-piala tersebut dibawa dengan menaiki tiga pacuan empat roda yang mengelilingi Stadium bagi dipertontonkan kepada peminat-peminat.

Di Akhir perlawanan pemain-pemain Kelantan dan Pelita Jaya bertukar-tukar jersi.Apa yang menariknya pemain-pemain Pelita Jaya begitu teruja untuk mendapatkan jersi-jersi pemain Kelantan dan terus memakainya tanda persahabatan serta keharmonian senusantara.

p/s : Gambar tak ambik sebab tertinggal kamera...FrusTTTT!!!

1 ulasan:

Tepi Sungai Batu berkata...

Ambo bangga!!!!
Semoga terus maju ke arena antarabangsa.