8 Jul 2011

Perarakan Piala Liga Super 2011...Ayuh gegarkan Stadium!!!

Malam ini satu peristiwa penting sekali lagi bakal berlaku dibumi bertuah Kelantan.Penantian penyokong-penyokong The Red Warriors untuk melihat pasukan Kelantan menjulang Piala Liga Super akhirnya tercapai setelah memenanginya semalam setelah menunggu terlalu lama.

Tahun lepas Kelantan mengembirakan penyokong dengan membawa pulang Piala Malaysia untuk pertama kalinya.Kali in agak berbeza kerana Piala Liga dianggap adalah satu-satunya piala yang paling tersohor dan pasukan yang berjaya merangkulnya bukanlah calang-calang pasukan dan bakal berentap dalam piala AFC.

Apa yang menariknya Piala ini dirampas dari musuh tradisi selangor yang telah menjuarainya dua tahun berturut-turut dan tahun ini dihampakan oleh Kelantan untuk mereka menjulangnya sekali lagi.

Acara gilang-gemilang telah diatur oleh pihak KAFA untuk penyokong-penyokong TRW.Difahamkan Piala Liga ini akan tiba pada pukul 10 malam di Lapangan Terbang Sultan Ismail,Pengkalan chepa dan akan diarak melalui jalan Pengkalan Chepa sehingga ke persimpangan Hotel New Pasific,Seterusnya akan menyusuri jalan Dusun Muda-Jalan Bayam berhadapan wisma persekutuan sehinggalah tiba di Stadium Sultan Muhaamd ke - IV.

Diharap penyokong-penyokong TRW dapat memeriahkan lagi kehangatan sambutan Piala Liga ini dengan memenuhi sepanjang perjalanan yang membawa piala ini ke stadiun dan Stadium Sultan Muhammad sekali lagi akan bergema dengan ribuan penyokong TRW yang bakal memenuhi Stadium malam ini.

AYUH TRW SAMA-SAMA KITA PENUHI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV MALAM INI!!!

Tiada ulasan: