3 Jul 2011

PM suntik semangat The Red Warriors

NAJIB menerima jersi skuad Kelantan yang tertulis namanya daripada Annuar pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Kota Bharu, semalam.

Najib umum pembinaan stadium baru andai BN berjaya rampas kembali Kelantan

THE Red Warriors mendapat suntikan semangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan stadium bola sepak baru di negeri itu andai Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti. 

“Saya berjanji, jika BN berjaya rampas Kelantan daripada PAS pada sebelah malam, esok paginya akan diumumkan mengenai pembinaan stadium baru di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Akademi Al-Hamra (ARMY) di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang I, di Kota Bharu, semalam.

Najib juga dinobat sebagai peminat nombor satu The Red Warriors atas sumbangan yang dilakukan dalam membantu pasukan itu sehingga menjadi antara gergasi bola sepak digeruni dalam persada Liga Malaysia.

Perdana Menteri turut menyumbangkan kira-kira RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membangunkan bola sepak di negeri ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin serta Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Dr Ng Yen Yen.

Sementara itu, Annuar berkata, ARMY yang ditubuhkan awal tahun ini mengumpul lebih 300 bakat baru berusia bawah 16 selepas menapis kira-kira 6,000 permohonan.
“Sehingga kini, tujuh pasukan di bawah kendalian jurulatih B Sathianathan sedang giat menjalani latihan sebagai antara usaha KAFA mencari pelapis baru di negara ini.

“Seperti sedia maklum, Perdana Menteri mula menyokong KAFA sejak empat tahun lalu di mana beliau menyumbangkan kira-kira RM2 juta setahun secara senyap-senyap kepada persatuan ini selepas gagal mendapat tajaan daripada kerajaan negeri.

“Kami berbangga pemimpin nombor satu negara sudi hadir dan merasmikan ARMY hari ini serta berjanji setiap peruntukan yang diberi akan digunakan sebaik-baiknya,” katanya.

Oleh Mohd Fakri Awang Lah 
bhsukan@bharian.com

p//s : Politik punya pasal rakyat Kelantan tersepit di tengah-tengah...nasib la

10 ulasan:

Unknown berkata...

ore bui ambik, masa pangkah, pangkah hok kito kene

natang bewok berkata...

saye oghang ganung. kalu saye nok stadiong baghu, nok wak ghane? nok keno tukor khajaang gok ko? tapi saye x mboh stadiong hok mudoh tumbang.

Tanpa Nama berkata...

npok sgt politik,klu nk bg sngoti xpyh tukar kerajae pom blh bg

Tanpa Nama berkata...

kalu rakyat xnapok lagi xtahula..pah ko bola wat politik sek2 nih..pahni dero kelate tukar nga dero umno la..

CITY® berkata...

salam,

hahahhahahahah....
nok bagi tapi dok ikhlas
tahu doh....
harap tok guru dan rakyat kelantan sihat dan sejahtera sokmo....

sambiam berkata...

bia cerdik laa sikit kalu kecek tu ingat ore kelate ni bodo2 blako ko takdok suntik2 semangat pun..
TRW koho2 nk jd platform politik UMNO doh bringak2 blako

Unknown berkata...

Ambo takpo belako. Stadium lamo ko baru ko. ambo yak kecik lagi.. zaman sekoloh rendoh lagi duk gi tengok bola stadium. kalu sapa bilo2 pun stadium tu pun ambo xpo.

hok harap nyo...
kalu la lepas lepas ni ado...
hok diskriminasi TRW
ado hok kutuk penyokong TRW
ado hok fitnoh kito penyokong/ TRW sediri

Harap.penyokong no 1 kito ni la.
diri tegok,teguh demi pertahankan kito semo. title tu bukan title sembarangan. itu harapan peribadi ambo. ambo raso pun orey lain pun gitu deh gamoknyo...

Tanpa Nama berkata...

hok gong pah katah palo nyoh..ore hok dok klate hok sokong parti rasuah...ore x sir bagi stdum pun..dok pakoh semace..

Tanpa Nama berkata...

ni nok main bola ko politik....

Tanpa Nama berkata...

kalu bui dulu bakpo ko dio....xleh ko?????bengong molek!!!