11 Jul 2011

UITM juara Liga IPTA 2011

UITM FC 0 - 0 Kolej Komuniti Kedah
UiTM menang 5-4 menerusi sepakan penalti sudden death.

UITM mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu apabila menewaskan Kolej Komuniti Kedah menerusi sepakan penalti sudden death 5-4 setelah kedua-kedua pasukan seri 0-0 sehingga ke wisel penamat masa tambahan.


Dengan kemenangan ini UITM FC merangkul Piala Menteri Pengajian Tinggi serta wang tunai RM 30000 manakala Kolej Komuniti Kedah sekadar memperolehi RM 20000 selaku naib juara.

Pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh Mohd Muhaimin iaitu penjaga gol Kolej Komuniti Kedah.Penjaring terbanyak dengan 7 gol pula adalah pemain UITM FC,Mohd Razren manakala anugerah 'Fair Play' milik Universiti Multimedia(MMU).

Info : Live Astro Arena 801

Tiada ulasan: