31 Jul 2010

Tengku Abdullah Dan Annuar Musa Dipilih Timbalan Presiden FAM

SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) -- Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kembali ke pangkuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden bersama Tan Sri Annuar Musa, pada pemilihan barisan kepimpinan badan induk bolasepak negara bagi penggal 2010/2014.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan presiden yang disandang baginda sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup 18 Julai lalu.

Pada pemilihan dalam kongres tahunan FAM kali ke-47 yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Sabtu, Tengku Abdullah mendapat 29 undi sementara Annuar mendapat 23 undi daripada 38 ahli majlis yang mengundi, mewakili 19 gabungan badan induk itu.

Penyandang jawatan sebelum ini, Khairy Jamaluddin tidak mempertahankan jawatannya sementara Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad tewas dalam pemilihan.

Dua lagi calon bagi jawatan Timbalan Presiden tetapi tewas ialah Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Pada sidang akhbar selepas kongres itu, Tengku Abdullah berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu bersama ayahandanya dan barisan kepimpinan baru mengenai misi dan visi FAM.

Beliau yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara sukan hoki dan bolasepak.
"Bola sepak tetap di hati," katanya.

Tengku Mahkota Pahang itu sebelum ini pernah memegang jawatan berkenaan pada Februari 1992, namun melepaskannya pada bulan Mac tahun berikutnya.

Beliau bagaimanapun dipilih memegang jawatan itu semula pada Februari 1994 sebelum melepaskannya kembali pada Julai 2007.

Sementara itu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) berkata beliau mempunyai beberapa idea bagi mempertingkatkan lagi mutu bolasepak di negara ini tetapi terlebih dahulu perlu mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah dan persetujuan ahli majlis FAM.

"Akan ada pendekatan baru bagi tujuan penambahbaikan arena bola sepak negara," katanya.

Bagi jawatan naib presiden, Datuk Afandi Hamzah muncul satunya-satu penyandang yang berjaya mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini.

Namun Datuk Subahan Kamal mendahului pemenang yang mendapat undi tertinggi, dengan 28 undi, diikuti Datuk Hamidin Mohd Amin (27 undi), Afandi (20) dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim (19).

Calon yang tewas ialah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk S.Subramaniam, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Lawrence Gimbang.

Bagi jawatan ahli majlis, seramai 13 calon menawarkan diri bagi mengisi lapan jawatan.

Mereka yang terpilih ialah Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Mejar Rani Abdul Rahim, S.Sivasundram, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Datuk Osman Salleh, Rosmadi Ismail dan Datuk Jeffery Low Han Chau.-bernama

kelatefc: tahniah diucapkan kepada Tan Sri Annuar Musa kerana berjaya dipilih menjadi Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010/2014.

28 Jul 2010

Kelantan vs KL Plus...live result

Kelantan 4-1KL Plus...sehingga mnt 62

Kesebelasan utama Kelantan :-
Syed Adney(GK)Azizi,Subra,Farisham,Daudsu,Khairan,Shakir,Indra,Farhan,NorShahrul dan Akmal

*Khairul Fahmi direhatkan akibat kecederaan pinggang dan Chanturu mengalami kecederaan buku lali.

Kelantan mendahului KL Plus 1-0 hasil jaringan  Azizi Matt Rose pada minit ke-10 perlawanan.

Azizi dan Norhafiz mengutip kad kuning...

Gollll...Jairngan Indra pada minit ke-53

Goll lagi jaringan Akmal mnt ke 62..

Norshahrul keluar ganti dengan Hai-O

Gol plok doh eh.. farhan sumbat.

p/s: maxis nya make credit aku rm10.. cisss..( xdok kaitan ngan bole hok ni nih, sajo luoh perasaan)<--johnx..

Terengganu kena potong tiga mata

TERENGGANU dipalit duka selepas dipotong tiga mata gara-gara tindakan menurunkan Mohd Zubir Mohd Azmir dalam perlawanan Liga Super menentang Johor FC pada 6 Julai lalu. Ia membawa padah kerana pemain itu tidak layak diturunkan selepas beraksi 24 jam sebelumnya untuk aksi pasukan Piala Presiden.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh mengakui kesilapan membenarkan pertahanan itu diturunkan kerana beranggapan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam yang ditetapkan sebelum bermain perlawanan seterusnya.

Kami mendaftar Mohd Zubir Mohd Azmir sebab kekosongan di bahagian pertahanan ekoran seorang pemain kami yang dilanda demam. Saya menyangkakan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam tetapi perkiraan saya silap. Ketika ditanya sama ada Terengganu akan membuat rayuan, Abdullah berkata pihaknya masih belum lagi tiba ke arah keputusan itu. -BHarian

Kagum dengan KAFA



AHMAD SHABERY (kiri) menyampaikan sijil The Malaysia Book of Records kepada Annuar (tiga dari kanan) pada majlis perasmian Karnival 2010 The Red Warriors di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu kelmarin.



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi persatuan bola sepak pertama di negara ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai radio online rasminya, TheRedWarriorsFM (Trw.FM) selain mengeluarkan produk perniagaan jenama Warriors.
Sijil rekod tersebut diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan disaksikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Leona Paul.
Majlis penyerahan sijil itu diadakan sempena perasmian Karnival The Red Warriors di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Trw.FM dilancarkan oleh Ahmad Shabery pada 21 Mei lalu manakala produk perniagaan jenama Warriors ialah jersi, seluar, jam, baju-T, topi, pelekat kenderaan dan beg.
Selain itu, KAFA juga membuka kafe The Red Warriors Stations yang terletak di bangunan Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu.
Ahmad Shabery pada sidang akhbar selepas majlis tersebut berkata, beliau kagum dengan kemajuan KAFA dalam usaha mengangkat imej bola sepak tanah air setaraf kelab-kelab bola sepak tersohor luar negara.
Beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.
Tambahnya, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdikari.
“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan,” katanya.
Menurut Ahmad Shabery, inisiatif KAFA merupakan contoh yang perlu diteladani oleh persatuan bola sepak lain di negara ini.
“Ini cara baru dan gelombang baru yang bermula di Kota Bharu. Idea ini memberi konsep baru dalam pembangunan sukan bola sepak negara,” ujarnya. - kosmo.com.my

Sijil C kendali kelab

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memastikan setiap kelab bola sepak di Kelantan dikendalikan jurulatih bertauliah iaitu sekurang-kurangnya memiliki Sijil C.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu bertujuan memastikan pemain mendapat didikan yang baik selain melahirkan lebih ramai pemain berwibawa dan mampu bersaing dengan pemain profesional di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Kita sasarkan untuk tempoh dua tahun akan datang seramai 50 jurulatih kelas C dapat diwujudkan di Kelantan yang akan mengendalikan kelab-kelab bola sepak di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian geran kepada Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ), di sini, semalam.
Annuar berkata, sebagai persediaan ke arah melahirkan lebih ramai pemain berwibawa pihaknya juga mengenal pasti sekurang-kurangnya enam padang bola untuk dijadikan pusat kecemerlangan bolasepak bagi melatih pemain dari peringkat bawah. - Bernama

Red Warriors catat Malaysia Book of Records


Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan ), Annuar Musa, Abdul Fatah Mahmood dan Ramzi Abdul Rahman pada perasmian karnival The Red Warriors, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencipta sejarah apabila menjadi badan sukan pertama di negara ini yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mengeluarkan 70 produk menggunakan jenama The Red Warriors (TRW).
Jenama The Red Warriors yang merupakan gelaran kepada skuad bola sepak Kelantan itu digunakan terhadap semua barangan sukan yang dikeluarkan KAFA termasuk makanan ringan yang dihasilkan daripada ikan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pengiktirafan tersebut merupakan kejayaan kepada KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu industri menguntungkan tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.
"Saya ucapkan tahniah kepada KAFA. Kita tidak melihat perkara ini di negeri-negeri lain, malah ia adalah yang pertama di negara ini apabila sebuah persatuan sukan bola sepak mempunyai barangan jenama mereka sendiri.
"Ini adalah kesempatan yang perlu dicontohi untuk memastikan bola sepak menjadi satu budaya dan jenama yang menguntungkan kita dalam menjana pendapatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Red Warriors di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini, semalam.
Sijil pengiktirafan itu telah diserahkan oleh wakil MBOR, Leona Paul kepada Ahmad Shabery sebelum diberikan kepada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Tahun Bola Sepak Kelantan, Datuk Ramzi Abdul Rahman.
Pada majlis tersebut, KAFA turut melancarkan keropok ikan The Red Warriors yang dihasilkan oleh sebuah syarikat industri kecil dan sederhana di negeri ini.
Selain produk dan barangan sukan, KAFA turut melancarkan kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM), khusus untuk peminat pasukan skuad kijang, Mei lalu.
Sementara itu, Leona yang juga wartawan penyelidikan MBOR berkata, selepas menerima permohonan daripada KAFA, pihaknya telah melakukan kajian terlebih dahulu sebelum pengiktirafan diberi.
"Sejak ditubuhkan kira-kira 14 tahun lalu, ini adalah pengiktirafan pertama dikeluarkan kepada badan sukan di negara ini yang mempunyai barangan daripada jenama mereka sendiri," jelasnya.  -Utusan

Kelantan tekad sapu bersih


KOTA BHARU - Kelantan laung tekad untuk mengekalkan rekod tanpa kalah apabila berjanji menyapu bersih kemenangan musim ini apabila melayan KL Plus dalam aksi bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini.
Meskipun kehilangan dua pemain penyerang, Nor Shahrul Idlan Talha dan S. Chanturu serta penjaga gol utamanya Mohd. Khairul Fahmi Che Mat ia tetap tidak merencatkan perancangan Kelantan untuk meneruskan tekanan ke atas pendahulu liga, Selangor.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, hasrat itu mampu dicapai sekiranya para pemain memberikan tumpuan penuh pada perlawanan tersebut.
Menurut Sathianathan, pihaknya tidak berhadapan masalah untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketiga-tiga pemain tersebut.
"Kelantan ada banyak pilihan pemain, walaupun tanpa Nor Shahrul, S. Canturu dan Khairul Fahmi, pemain lain masih boleh diturunkan kerana pasukan kita mempunyai Akmal Rizal, Hairuddin, Nizab, Ramzul dan Syed Adey.
"Saya yakin mereka mampu mempamerkan permainan terbaik. Jika perancangan tidak menjadi mungkin saya akan meletakkan Indra Putra untuk mengetuai barisan serangan pada perlawanan malam esok (malam ini),'' katanya.
Tambahnya, baki dua perlawanan ini harus digunakan sebaik mungkin jika tidak mahu pasukan lain mencabar kedudukan di tempat kedua.
"Bagaimana pun, saya mengingatkan para pemain jangan ambil mudah perlawanan ini kerana KL Plus mempunyai pemain yang banyak pengalaman dan setaraf dengan pemain Kelantan.
"Nasib tidak menyebelahi mereka apabila aksi kurang menyakinkan dipamerkan pada perlawanan peringkat awal. Namun, untuk saingan Piala Malaysia pasukan KL Plus perlu diberikan perhatian kerana mereka mampu mencabar berdasarkan pemain yang ada," ujarnya.
Berdasarkan rekod, katanya, pertemuan menentang KL Plus sering memihak kepada Kelantan, namun pemain tidak boleh leka kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.
Sementara itu, jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris, pula berazam mahu meneruskan rekod kecemerlangan skuad itu yang masih belum tewas dalam empat perlawanan terakhir.
''Para pemain semakin menunjukkan peningkatan namun berdepan dengan Kelantan di tempat mereka, pasti akan memberikan cabaran getir buat pasukan KL Plus.
''Kami mahu memperbaiki kedudukan kerana tempat Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah masih mampu dikejar dan saya harap mereka boleh memberikan kejutan ke atas Kelantan esok, '' katanya.
Namun, KL Plus terpaksa bermain tanpa Es Liszuan yang digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning dan Nizarudin Yusof kerana kecederaan.

25 Jul 2010

Keputusan P'lwnan Persahabatan

KELANTAN 9 VS 0 PRACHINBURI

Senarai Penjaring:

Indra Putra (m-12, 27), Akmal Rizal (m-32), Ramzul Zahini (m-35),

Zamri Ramli (m-45), Izuan Solahuddin (m-49, 66), Nizad Ayub (m-74), Rizal Fahmi (m-89 pen).

22 Jul 2010

Perlawanan Persahabatan


P/S: Ihsan TRWC

Tarikan Aktiviti Sepanjang 5 Hari Karnival

Dipetik dari laman web TRW
 
Antara Aktiviti yang disediakan kepada pengunjung:
  1. Peraduan Mewarna TRW
  2. Pertandingan Gambar seiras ibu dan anak
  3. Pertandingan gubahan TRW
  4. Pencarian "Badang TRW"
  5. Malam puisi pejuang (Warriors)
  6. Pertandingan masakan resipi Kelantan
  7. Pertunjukan bakat kanak-kanak TRW
  8. Pertandingan dikir barat TRW antara sekolah
  9. Persembahan hiburan keluarga oleh artis jemputan
  10. Perlancaran produk-produk baru jenama Warriors
  11. Jualan hebat akhir karnival/pra ramadhan
  12. kemunculan mascot TRW, A&W dan badut karnival
  13. Promosi mari makan buah-buahan bersama FAMA - "Bayar RM 1 Gomogi sampai jelira"
  14. Lelongan bola dan baju bertandatangan pemain TRW
  15. Mesra bersama pemain TRW @ gerai KAFA/gerai foto
  16. Cabutan pengunjung bertuah TRW anjuran Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih
  17. Pelbagai permainan berasaskan bola
  18. Persembahan dikir barat TRW bersama Pendikir Ternama Kelantan
  19. Pencarian Red Warrior dan Red Princess - Orang merah Karnival
  20. Menonton pemain-pemain TRW berlatih@ stadium
  21. Perlawanan bola sepak lagenda Kelantan vs lagenda Selangor
  22. Mesra bersama artis jemputan
  23. Surau @ karnival disediakan - azan mengingatkan waktu solat sepanjang karnival berlangsung
  24. promosi/"product sampling" dari syarikat ternama
KARNIVAL THE RED WARRIORS 2010

CADANGAN ATURCARA PROGRAM *

TARIKH / MASA
PENGISIAN AKTIVITI CATATAN
Khamis (22 Julai 2010)
Tengahari
  • Punggahan masuk barang ke booth masing-masing

Jumaat (23 Julai 2010)
8.30 – 12.00 pagi
  • Peraduan Mewarna dengan tajaan Mc Donalds, Syarikat Muda Osman dan Blackmoores
  • Pertandingan Gambar Seiras Ibu dan Anak dengan tajaan RHB Bank, Nestle & Sha’s House Beauty
  • Promosi Mari Makan Buah @ Karnival anjuran FAMA – ’Bayar RM1 Gomogi Sampai Jelira’

12.30 – 2.30
  • Sembahyang Jumaat

5.00 – 7.00 petang
  • Perasmian Karnival The Red Warriors 2010 oleh YB Exco Modal Insan, Belia Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan
  • Pencarian “Badang” Kelantan bersama Sinar Harian dan Era Bayam Kota Sdn Bhd & Power Root Marketing

9.00 – 12.00 malam
  • Malam Puisi Pejuang (Warrior) @ Karnival dianjurkan oleh  Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka, Permata Hijrah Sdn Bhd, Yayasan Harmoni dan TRW Station @ KTC
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

Sabtu (24 Julai 2010)
8.30 pagi – 2.00 petang
  • Pertandingan Masakan Resipi Kelantan @ Karnival anjuran Vantage Kota Bharu dengan kerjasama Majalah RASA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat
  • Pertandingan Gubahan dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia, Syarikat Giffarine dan Suthart Enterprise
  • Pertunjukan Bakat Kanak-Kanak dengan tajaan Syarikat Nordin Batik dan Marrybrown
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

2.30 – 6.30 petang
  • Pertandingan Dikir Barat antara sekolah anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dengan kerjasama Sinar Harian dan Syarikat Mamee-Double Decker (M) Bhd
- (Tema : The Red Warriors)
  • Lelongan Bola, Baju bertandatangan Pemain TRW

8.30 – 11.00 malam
  • Perlawanan Bolasepak Liga Super Pasukan Kelantan lwn KL Plus di dalam Stadium Sultan Mohammad ke IV

Ahad (25 Julai 2010)
10.30 pagi – 1.30 tgh.
  • Mesra Bersama Pemain Pasukan TRW @ Booth KAFA / Photo Booth

1.00– 2.00 petang
  • Cabutan Bertuah bersama Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih

3.00 – 7.00 petang
  • Permainan Berasaskan Bola dengan diuruskan oleh Kelab Penyokong TRW, kelate.net, JBS & MSN
  • Jualan Barangan Perlu dengan kerjasama PPDNKK Bersempena Sambutan Ramadhan (Jualan gula, tepong gandum, minyak masak)

4.30 – 7.00 petang
  • Pemain Pasukan TRW berlatih di dalam Stadium dan kemudian berada di Booth KAFA / Photo Booth

9.00 – 12.00 malam
  • Persembahan Dikit Barat bersama Pendikir-pendikir ternama di Kelantan
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

Isnin (26 Julai 2010)
8.30 – 10.30 pagi
  • Pemain berlatih di dalam Stadium Sultan Mohammad ke IV

1.00– 2.00 petang
  • Cabutan Bertuah bersama Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih

1.30 petang
  • Majlis melepaskan pemain-pemain TRW yang akan menentang pasukan Kuala Lumpur

3.00 – 7.00 petang
  • Permainan Berasaskan Bola dengan diuruskan oleh Kelab Penyokong TRW, Kelantan.net, JBS & MSN
  • Jualan Barangan Perlu dengan kerjasama PPDNKK Bersempena Sambutan Ramadhan (Jualan gula, tepong gandum, minyak masak)
  • Mesra bersama Pemain Lagenda Kelantan dan Selangor
  • Promosi Produk Keluaran Nestle” & Power Root

9.00 – 11.00 malam
  • Perlawanan Bolasepak Lagenda Kelantan vs Lagenda Selangor dengan kerjasama Sinar Harian, Kelab Penyokong TRW, Sani United, KTC dan Warriors (KAFA Official Merchandise) di Stadium Sultan Mohammad ke IV
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

Selasa (27 Julai 2010)
8.30 – 12.00 tengahari
  • Permainan Berasaskan Bola dengan kerjasama Kelab Penyokong TRW, kelate.net, JBS & MSN

12 .00– 2.00 petang
  • Cabutan Bertuah bersama Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih

4.00 – 6.00 Petang
  • Sound Check
  • Mesra Bersama Artis Jemputan

  • Promosi Produk Keluaran “Nestle” dan Power Root

9.00 – 12.00 malam
  • Persembahan Keluarga oleh artis jemputan di Tapak Karnival

  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

  • Jualan Hebat Akhir Karnival


* Tertakluk kepada pindaan berdasarkan kesesuaian masa dan perbincangan lanjut dengan penganjur dan penaja.
Daya Penarik Lain
  • Kemunculan Mascot TRW, A&W, Mc Donalds dan Badut Karnival di tapak Karnival.
  • Aktiviti Menunggang Kuda untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Pencarian ’Red Warrior’ dan ’Red princess’ – orang merah sepanjang Karnival yang akan diberi hadiah misteri
  • Gerai-gerai kecil seperti penjual belon, penjual ais krim, penjual kacang, penjual gula-gula akan diperbanyakkan.
  • Promosi Mari Makan Buah-Buahan anjuran FAMA – ”Bayar RM 1 – Gomogi Sampai Jelira”
  • Wakil ’Malaysia Book of Records’ akan dijemput – Persatuan BolaSepak Pertama menganjurkan Karnival / Merchandise Barangan.
  • YB Menteri Belia dan Sukan dijemput untuk Majlis Khas.
  • Pelancaran produk-produk baru TRW : Air, kerepek dan sebagainya.

21 Jul 2010

Janji Annuar

KUALA LUMPUR - Salah seorang calon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar) menggariskan tiga agenda utama, sekiranya beliau dipilih menjawat posisi tersebut pada Kongres FAM Ke-47 pada 31 Julai ini.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, tiga agenda utama yang perlu diperkemaskan FAM ialah menyusun semula program pembangunan skuad kebangsaan, penelitian terhadap penganjuran bola sepak tempatan dan yang paling penting adalah membina lebih keyakinan di kalangan penaja untuk terlibat dalam Liga Malaysia.
"Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diperbaiki secepat mungkin dalam FAM, terutamanya perkara yang membabitkan tiga agenda tersebut," katanya, semalam.
Annuar berkata, sebenarnya bukanlah menjadi hasrat utama beliau untuk bersaing atau mencabar mana-mana calon dengan mengutarakan idea tersebut, sebaliknya beliau percaya setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri yang mampu disumbangkan kepada FAM.
"Kalau FAM lemah kita juga akan turut terjejas secara langsung... Kalau FAM tidak punyai hubungan baik dengan badan gabungan, tiada perancangan yang baik, tiada dana dan sebagainya ianya akan memberi kesan negatif kepada kita juga akhirnya.
"Kita tidak boleh hanya duduk sahaja sebaliknya perlu bersedia untuk tawarkan diri bagi membantu FAM," katanya.
Beliau menyindir sikap sesetengah pihak yang cenderung mengkritik struktur pentadbiran FAM, namun tidak mahu bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan tersebut.
"FAM dan ahli gabungan saling memerlukan antara satu sama lain dalam memperjuangkan pembangunan bola sepak negara," katanya.
Annuar adalah salah seorang daripada enam calon yang tersenarai bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010-2015.
Lima lagi nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad. - Bernama

19 Jul 2010

Kelantan belum putus asa


MOHD. BADRI (dua dari kiri) meledakkan gol kedua Kelantan pada aksi Liga Supar menentang Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras kelmarin.


KELANTAN tetap mengharapkan keajaiban dalam usaha memintas Selangor ketika saingan Liga Super sudah hampir menutup tirai.
Masih ada tiga perlawanan lagi untuk diharungi dan skuad The Red Warriors itu tidak rela kehilangan mata sambil mengharapkan Selangor mengalami kekalahan.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim tetap yakin bahawa pasukannya masih mampu untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim ini daripada Selangor biarpun dibezakan dengan lima mata.
Menurutnya, baki tiga perlawanan yang ada mesti digunakan sebaik mungkin oleh pasukannya untuk terus memberikan tekanan ke atas pendahulu liga itu yang terpaksa menentang pasukan elit pada penghujung saingan.
"Bagi saya, peluang masih lagi terbuka, walaupun berbaki tiga perlawanan, kelebihan tampak berpihak kepada Kelantan iaitu beraksi dua kali di tempat sendiri dan menentang Johor FC di gelanggang lawan.
"Kita akan lebih berpuas hati berada di tempat kedua sekiranya semangat melawan pasukan hingga ke perlawanan terakhir dan bukannya menyerahkan mahkota kejuaraan begitu sahaja," katanya ketika dihubungi semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai aksi anak-anak buahnya ketika bertemu Kuala Lumpur malam kelmarin, Azman memberitahu, beliau berpuas hati dengan mutu persembahan yang di tunjukkan para pemainnya.
Katanya, kemenangan pada perlawanan itu begitu berharga buat pasukan dalam usaha merapatkan jurang mata.
Dalam pada itu, Azman turut menghamburkan pujian buat penyokong setia yang terus memberikan sokongan padu buat Kelantan.
"Walaupun kita bermain di tempat lawan, penyokong tetap datang memberikan sokongan padu. Saya ucapkan terima kasih buat penyokong atas sokongan yang diberikan setiap kali kita beraksi," ujarnya.
Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan terus menghimpit pendahulu Liga Super, Selangor selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras.
Kelantan membuka tirai jaringan menerusi Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-29 selepas menanduk masuk bola hantaran Nor Shahrul Idlan Talhah untuk menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.
Mohd. Badri Razi menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-62, sekali lagi melalui tandukan. -kosmo

Kelantan tetap hambat Selangor


Mohd. Badhri Mohd. Radzi (tengah) cuba melepasi tiga pemain Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium KLFA, Cheras, kelmarin.


KOTA BHARU - Meskipun ketinggalan dengan lima mata pada ketika saingan berbaki tiga perlawanan, Kelantan masih yakin peluang untuk menghambat Selangor dan merangkul gelaran Liga Super masih terbuka.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim menegaskan, pemain hanya perlu memberi tumpuan kepada baki saingan kerana peluang masih terbuka dan apa saja boleh berlaku menuju ke penghujung musim.

"Pada saya peluang masih lagi terbuka walaupun hanya berbaki tiga perlawanan. Kelebihan berpihak kepada kami kerana akan mengharungi dua perlawanan di tempat sendiri dan satu di gelanggang Johor FC.

Dalam bola sepak apa saja boleh terjadi. Jurang lima mata masih boleh dirapatkan, yang penting kita terus memberi tentangan sengit hingga ke perlawanan terakhir," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Azman berkata, beliau berpuas dengan persembahan yang dipamer anak-anak buahnya ketika mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium KLFA, Cheras kelmarin.

Katanya, kemenangan itu begitu berharga buat pasukan dalam usaha merapatkan jurang mata.
Dalam pada itu, Azman turut menghamburkan pujian buat penyokong setia Red Warriors yang terus memberi sokongan padu buat Kelantan.

"Walaupun kita bermain di tempat lawan, peminat tetap memberi sokongan padu. Saya ucapkan terima kasih sokongan yang tidak berbelah bagi itu.

"Sokongan sebegini memang diperlukan oleh pasukan dan saya harap mereka dapat meneruskan apa yang telah ditunjukkan pada musim ini," katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, Kelantan membuka tirai jaringan menerusi Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-29, yang menanduk bola hantaran Nor. Shahrul Idlan Talhah untuk menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.

Mohd. Badri Razi menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-62, juga menerusi tandukan.

Dengan kemenangan itu, Kelantan masih belum mengangkat bendera putih dalam usaha untuk memburu kejuaraan Liga Super musim ini.

18 Jul 2010

Kelantan belum mengalah hambat Selangor


PEMAIN Kelantan, Mohd. Shakir Shaari (kanan) berebut bola dengan pemain Kuala Lumpur, Muhamad Syafiq Johari pada perlawanan Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, semalam. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR - Kelantan belum mahu mengalah dalam misi menghambat pendahulu Liga Super, Selangor apabila terus menambah tiga mata selepas menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras semalam.
Mohd. Nor Farhan Muhammad menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke-29 melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.
Ketika Kuala Lumpur leka mengasak, Mohd. Badri Razi menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-62, selepas menerima hantaran lintang Hairuddin Omar.
Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim yakin skuadnya masih berpeluang muncul juara walaupun hanya tinggal tiga perlawanan.
''Pada baki tiga perlawanan, kami akan beraksi dua kali di tempat sendiri dan satu pertemuan di gelanggang lawan menentang Johor FC.
''Oleh itu, kami akan cuba sedaya upaya mengejar kedudukan Selangor. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku walaupun Selangor selesa dengan kelebihan lima mata, '' katanya.
Selangor pula cemas di awal permainan sebelum meraih kemenangan selesa ke atas pasukan di tangga tercorot, Pulau Pinang 3-0 di Stadium Shah Alam.
Ketiga-tiga gol diperolehi pada separuh masa kedua melalui Mohd Nasriq Baharom pada minit ke-75, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-80 dan Safee Sali minit ke-85.
Sementara itu, Kedah gagal mengatasi KL Plus apabila sekadar seri 1-1 di Stadium MBPJ Kelana Jaya.
KL Plus mendahului melalui Rosli Shamsudin pada minit ketujuh, sebelum pemain muda, Faizal Abu Bakar menyamakan kedudukan pada minit ke-23.
Terengganu mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga apabila menundukkan Johor 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menerusi jaringan Joseph Klang Tie (m-72) dan Mohd. Zubir Azmi (m-75).
Pahang pula mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Perlis di Stadium Darul Makmur untuk kekal di tangga kelapan.
Di Stadium Paroi, Seremban, juara Piala FA, Negeri Sembilan sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak.
Di Stadium J-Corp, Johor FC hampa selepas diikat 2-2 dengan T-Team, walaupun pasukan tuan rumah dua kali mendahului pasukan pelawat. -utusan

14 Jul 2010

Kafa dijangka senarai 3 calon


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka mencalonkan tiga pemimpinnya untuk merebut jawatan pada pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 31 Julai ini.
Mereka ialah Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, yang dijangka bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden; Naib Presiden Rosmadi Ismail sebagai Ahli Majlis FAM, manakala Datuk Affandi Hamzah yang juga Naib Presiden Kafa, mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden FAM.
Ketiga-tiga mereka dikatakan telah bersedia untuk bertanding jawatan tersebut, termasuk Affandi bagi mempertahankan jawatan yang disandangnya untuk penggal kedua.
Pencalonan itu dibuat atas keyakinan banyak pihak terhadap kredibiliti Annuar untuk membantu Sultan Ahmad Shah membawa bola sepak negara pada kedudukan yang lebih baik.
Menurut sumber dalaman Kafa, ketiga-tiga mereka mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam membangunkan bola sepak di Kelantan, selepas sekian lama negeri itu terperosok dalam saingan liga bola sepak tempatan.
“Kami yakin terhadap kepimpinan Annuar dengan dibantu Rosmadi kerana mereka telah membuktikannya dengan membawa kejayaan demi kejayaan kepada pasukan Kelantan.
‘‘Malah, The Red Warriors (TRW) kini menjadi fenomena di Kelantan, rata-rata rakyat negeri ini bercakap tentang pasukan ini.
“Anuar berjaya memberi suntikan baru kepada bola sepak negeri ini dan menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang kian berkembang dengan mewujudkan barangan cenderahati rasmi serta kafe atas jenama TRW,” kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia, semalam.
Kelantan menunjukkan prestasi yang amat mengagumkan pada saingan Liga Super dan Piala Malaysia, sejak dua musim lalu.
Pemilihan kepimpinan tertinggi FAM untuk penggal 2010/2014 menarik perhatian banyak pihak apabila Timbalan Presiden, Khairy Jamaluddin dilaporkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut.
Annuar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau masih memikirkan sama ada untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM.
Beliau juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan awal berhubung pendiriannya, dikhuatiri boleh menimbulkan andaian atau kontroversi.
Selain beliau, lima nama lain disebut-sebut untuk mengisi jawatan itu termasuk seorang lagi penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad; bekas penyandang jawatan itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad.
Bagaimanapun, semalam Shahidan mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding manakala Tengku Abdullah menyatakan kesediaan untuk kembali ke dalam kepimpinan tertinggi bola sepak negara.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, sebanyak 12 pencalonan diterima dan ini bakal menyaksikan perebutan paling sengit untuk jawatan tersebut.
Menurut sumber itu lagi, dalam tempoh tiga tahun, pasukan Kelantan di bawah pimpinan Annuar bersama barisan ahli majlis yang lain telah mencipta kejayaan memberangsangkan apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan Piala FA.
“Kesemua ini dilakukan dalam masa yang singkat tanpa bantuan kerajaan negeri dan kemudahan prasarana yang baik seperti negeri-negeri lain.
‘‘Malah, pengurusan Kafa berada dalam keadaan terbaik pada masa kini.
“Kini TRW berada pada kedudukan kedua Liga Super dan yakin mampu untuk mencabar kedudukan Selangor sebagai pendahulu,” katanya.

12 Jul 2010

Kelantan masih berpeluang - Sathia


PEMAIN Kelantan Azizi Matt Rose (kiri) mengasak penyerang Selangor, Mohd. Amri Yahyah pada pertemuan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.– Utusan/Nooradzrene Mohd. Noor


KOTA BHARU - Sama kuat dan sama hebat, itulah di sebalik cerita pertemuan dua jaguh bola sepak tempatan, Kelantan dan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam yang berkesudahan terikat 1-1.

Ibarat pentas akhir, kedua-dua pasukan bagaikan dirasuk apabila mempamer aksi bertenaga dengan berbalas-balas serangan seolah mampu menjulang kejuaraan Liga Super biar pun masih berbaki empat perlawanan.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, beliau terpegun dengan semangat juang pemainnya yang mempamer aksi mantap untuk bangkit walaupun dikejutkan dengan jaringan awal tuan rumah.

Katanya, walaupun gagal mendapatkan tiga mata pada perlawanan itu, persembahan yang dipamer oleh anak-anak buahnya cukup membanggakan dan peluang Kelantan untuk memburu kejuaraan masih terbuka.

"Saya percaya kita boleh bermain lebih baik lagi dalam perlawanan malam semalam. Namun begitu, benteng pertahanan kita pula tidak berfungsi dengan baik dan terlalu banyak memberi ruang kepada pasukan lawan.

"Baki rehat yang ada ini akan digunakan sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan yang ada sebelum menentang Kuala Lumpur di Cheras Sabtu ini. Selepas ini, kita tidak lagi boleh kehilangan mata dalam setiap baki perlawanan yang bakal di tempuh," katanya ketika dihubungi semalam.

Sathianathan menambah, perlawanan kelmarin ibarat final kerana beliau percaya kedua-dua penyokong pasukan pasti berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

"Boleh kena sakit jantung juga dibuatnya apabila melihat aksi malam semalam. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bahkan tempo permainan yang laju begitu menghiburkan penonton yang berada di stadium," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menghamburkan pujian terhadap sokongan peminat setia Kelantan pada perlawanan itu.

"Mereka tidak putus-putus memberi sokongan biarpun kita ketinggalan pada satu ketika. Sudah pasti saya berbangga kerana mempunyai penyokong seperti ini," ujarnya.

Pada perlawanan kelmarin, Selangor terlebih dahulu berada di depan menerusi Mohd. Amirul Hadi Zainal pada minit ke-59 selepas hasil rembatan padu menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd. Khairul Fahmi.

Gol penyamaan Kelantan hadir pada minit ke-64 menerusi ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin selepas menanduk masuk hantaran silang Nor Farhan Muhammad dari sebelah kanan.

Keputusan seri ini menyaksikan Kelantan terus menghambat pendahulu liga super Selangor yang hanya dibezakan dengan lima mata.

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

Sepanyol dinobatkan sebagai juara Piala Dunia dengan menewaskan Belanda 1-0 hasil jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.
 Andres Iniesta meraikan jaringan 'emasnya' yang menjulang Sepanyol menjuarai Piala Dunia.

Diego Forlan diumumkan sebagai pemain terbaik FIFA dengan memenangi anugerah 'Adidas Golden Ball'.

Manakala anugerah 'Golden Boot' atau kasut emas dikongsi tiga pemain iaitu David Villa(Spain)Thomas Mueller(Germany) dan Wesley Sneidjer(Netherland).

Iker Casillas pula dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dengan memenangi anugerah 'Adidas Golden Glove'.

Bagi Anugerah 'hyundai Best Young Player'  dimenangi oleh Thomas Muller dari Jerman.
 Paul memilih Sepanyol untuk menjulang Piala Dunia 2010

Ramalan ahli nujum si sotong yang diberi nama Paul dari Jerman juga tepat berbanding pesaingnya burung kakak tua dari Singapura.Apapun itu hanya ramalan dan semua ketentuan adalah dari Illahi.

11 Jul 2010

The Red Warriors TerHebat...

Itulah ungkapan yang lahir dibibir peminat-peminat Kelantan setelah tamatnya perlawanan melibatkan Kelantan dan Selangor di stadium Shah Alam semalam.

Perlawanan tersebut juga dipancarkan melalui siaran langsung yang dibawakan oleh pihak Astro dan disaksikan oleh jutaan rakyat malaysia.

Pertembungan musuh tradisi ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana saingan merebut gelaran liga super semakin hangat dan hanya berbaki empat perlawanan lagi sebelum salah satu pasukan dinobatkan selaku juara liga super 2010.

Kelantan yang turun dengan kesebelasan utama ternyata tidak menghampakan peminat-peminat setia yang sanggup memenuhi sebahagian stadium Shah Alam menenggelamkan sorakan peminat merah kuning seolah-olah Stadium Shah Alam Kelantan yang punya.

Aksi berbalas serangan serta corak permainan pantas ternyata menghiburkan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan dan aksi sebegini jarang kita lihat dalam kancah liga kita sekarang yang semakin hari semakin hambar dek penangan FAM yang tidak mendengar rintihan dan suara dari peminat-peminat yang mahukan perubahan drastik dalam liga negara serta lebih konsisten dalam membuat apa jua keputusan.

Sekali lagi keputusan pengadil dilihat berat sebelah,insiden Badri Radzi yang dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Khairul Anuar Baharom pada minit ke-15 tetapi pengadil sekadar meneruskan perlawanan padahal secara terang-terang kesalahan itu berlaku tidak jauh dari pengadil.

Ini menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Kelantan tidak kiralah di dalam stadium mahupun yang menonton melalui internet atau televisyen.Ulang tayang sememangnya Khairul sengaja membentes kaki Badri tetapi pengadil telah dibutakan mata dan hati serta kealpaannya mengesan kesalahan tersebut menyebabkan Kelantan terlepas peluang mendapatkan sepakan penalti.

Kehebatan pemain-pemain Kelantan pada perlawanan ini terserlah dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan walaupun Selangor kerap melancarkan serangan berbahaya ke pintu gol Kelantan yang dikawal kemas oleh Khairul Fahmi.

Beliau cukup cemerlang semalam dengan menafikan banyak percubaan dari pemain-pemain Kelantan dan pujian melangit seharusnya diberikan kerana tanpa beliau Kelantan mungkin sudah menjadi belasahan pemain-pemain Selangor yang mengamalkan corak permainan pantas.

Pujian juga harus diberikan kepada barisan pertahanan yang berhempas pulas menahan asakan dan mengagalkan serangan dari pemaiin-pemain Selangor terutamanya Amri Yahyah dan Safee Sali.

Apa yang merungsingkan prestasi kapten Kelantan Indra Putra seolah-olah 'tenggelam' dalam perlawanan tersebut,mujurlah beliau dapat memberikan sumbangan berharga kepada Kelantan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62,Gol tersebut berpunca dari Hantaran silang Nor farhan yang ditanduk kemas Indra kesebelah kanan pintu gol Selangor menewaskan Hamsani.

Walaupun Kelantan gagal meraih kemenangan kita telah mendapat kemenangan moral, serta semangat luarbiasa daripada Kelab-kelab penyokong  terutama dari aspek teknikal yang melibatkan penyiaran siaran langsung melalui internet kerana usaha padu dari penyokong-penyokong setia Kelantan telah membuktikan penyokong Kelantan adalah yang terbaik di Malaysia dan mendahului dari segenap aspek berbanding kelab-kelab penyokong yang ada di negara kita...Sekalung Tahniah!!!

'Berpanas Berhujan Kami Tetap Bersama The Red Warriors selamanya'

Kredit:-Khairul Fahmi dan semua pemain

Kelantan terus tekan Selangor

KUALA LUMPUR - Hasrat Selangor untuk kembali menjarakkan diri dari Kelantan dalam saingan Liga Super tidak kesampaian apabila diikat pasukan pantai timur itu 1-1 di gelanggang sendiri, semalam.

Bagaimanapun, Selangor memberi bayangan awal mereka mampu melakukan sesuatu dalam perlawanan penting itu apabila memperoleh jaringan pendahuluan hasil rembatan voli kencang Amirulhadi Zainal pada minit ke-59.

Tersentak dengan jaringan tersebut Kelantan berusaha keras untuk mencari gol penyamaan dan mereka memperolehinya pada minit ke-64 selepas Indra Putra Mahayuddin menanduk masuk hantaran silang Nor Farhan Muhammad dari sebelah kanan.

Keputusan itu menyaksikan Selangor mengumpul 54 mata manakala Kelantan mengekori di tempat kedua kurang lima mata.

Sementara itu, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pasukan pelawat, Perak berjaya mengikat T-Team 1-1 selepas mendahului pada minit ke-30 melalui jaringan Isma Alif Mohd. Salim dan Abdul Hadi Yahya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Di Stadium Bola Sepak Kula Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur berkongsi mata dengan Perlis selepas mencatat keputusan seri 1-1.

Azwan Abdul Malek membuka jaringan pada minit ke-35 sebelum pemain Singa Utara, Ahmad Aminuddin Shaharuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-74.

Keputusan lain menyaksikan Negeri Sembilan menang tipis 2-1 ke atas Kedah manakala KL Plus menewaskan Johor 4-0.

Pahang dibelasah Terengganu 5-0 dan Johor FC mengalahkan Pulau Pinang juga dengan jaringan 5-0.

8 Jul 2010

Sathianathan puas hati persembahan skuad Kelantan

KOTA BHARU - Tempoh rehat lima minggu ternyata tidak merencat rentak persembahan pasukan Kelantan apabila berjaya membenam cabaran Negeri Sembilan 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhamad IV, kelmarin.
Begitupun, bagi jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, tempoh rehat tanpa sebarang perlawanan kompetitif tampak memberikan sedikit kesan kepada corak persembahan anak-anak buahnya pada perlawanan tersebut.
Menurutnya, para pemain mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan tempo permainan sehingga memberikan ruang buat pasukan pelawat untuk melancarkan serangan bertali arus pada 20 minit pertama.
"Separuh masa kedua barulah kita menemui sentuhan yang dicari. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan corak persembahan mereka.
"Para pemain tidak mudah berputus asa dan sentiasa fokus sehingga kita memperoleh jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-74," katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi sebelum berkunjung ke Shah Alam, Sabtu ini untuk bertemu pendahulu Liga Super, Selangor.
Menurut Sathianathan, pemain Kelantan telah memberikan komitmen 100 peratus dan mereka berhak untuk keluar sebagai pemenang mutlak dalam perlawanan tersebut.
"Semua pemain memainkan pemain penting termasuk pemain penyerang Akmal Rizal yang menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan itu.
"Mereka (pemain) berupaya kembali mengimbangi rentak permainan biarpun pada suatu ketika pasukan pelawat dilihat lebih mendominasi permainan," katanya.
Dalam pada itu, Sathianathan turut membayangkan The Red Warriors bakal kehilangan khidmat penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada pertemuan menentang Selangor hujung minggu ini kerana mengalami kecederaan serius.
"Norshahrul (Idlan Talaha) mengalami kecederaan serius pada lutut kirinya. Saya perlu merujuk kepada pegawai perubatan pasukan bagi mengetahui perkembangan terkini beliau.
"Beliau mungkin direhatkan pada perlawanan tersebut (menentang Selangor) sekiranya kecederaan beliau tidak sempat sembuh sebelum Sabtu ini," ujarnya.
Pada perlawanan itu, penyerang gantian Akmal Rizal muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74.
Kemenangan itu membolehkan Kelantan terus memberi tekanan buat pendahulu Liga Super Selangor yang hanya dibezakan dengan lima mata. Utusan

7 Jul 2010

Kelantan gah...Selangor tersungkur


Kelantan berjaya memanfaatkan peluang dengan mengutip mata penuh keatas pasukan penuh tipu muslihat iaitu Negeri Sembilan dengan kemenangan tipis 1-0.

Kemenangan tersebut membolehkan Kelantan merapatkan jurang perbezaan mata menjadikan lima mata berbanding pendahulu liga Selangor yang tersungkur di tangan pasukan Perak.

Gol emas Kelantan dijaringkan oleh pemain gantian Akmal Rizal Rakhli yang ternyata telah menemui sentuhan berbisa beliau.

Keseluruhan permainan aksi pemain-pemain Kelantan dilihat semakin menunjukkan peningkatan cuma barisan pertahanan dan tengah yang tidak berfungsi dengan baik semalam.

Farisham yang diturunkan bergandingan dengan Subra,Rizal Fahmi dan Daudsu ternyata gagal menyaingi kepantasan penyerang Negeri Sembilan terutamanya Zaquan dan Shahrul ain yang ternyata kerap kali melepasi halangan beliau.

Mujurlah ketangkasan penjaga gawang Khairul Fahmi menafikan setiap percubaan berbahaya dari pemain-pemain Negeri Sembilan.

Badri Radzi juga dilihat sedikit tenggelam terutamanya pada babak kedua yang menyaksikan bahagian tengah Kelantan tidak berfungsi dan memberi impak yang besar kepada barisan serangan yang diketuai oleh Nor Shahrul sehinggakan beliau terpaksa turun kebawah untuk mendapatkan bola.

Kemasukan Hairuddin dan Akmal Rizal ternyata memberikan impak kepada pasukan Kelantan kerana Akmal telah membuktikan bahawa beliau masih mempunyai penyudah berbisa dengan menjaringkan gol tunggal Kelantan.Akmal yang menerima hantaran dari Badri tidak mempersiakan peluang tersebut dengan merembat kencang kesebelah kanan gawang menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan.

Perlawanan semalam juga menyaksikan keputusan pengadil yang dilihat berat sebelah dan menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Banyak keputusan pengadil yang boleh dipersoalkan terutamanya pada separuh masa pertama yang menyakasikan Nor Shahrul dijatuhkan didalam kota penalti tetapi pengadil tidak memberikan sepakan penalti.

Ekoran keputusan pengadil yang idak profesional ini Nor Shahrul yang sering dijatuhkan oleh pertahanan Negeri Sembilan mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Akmal Rizal.

Kesebelasan utama : Khairul Fahmi,S,subramaniam,Rizal Fahmi,daudsu,Farisham,Shakir,Badri(Khairan),Indra Putra,Nor Farhan,NorShahrul(Akmal rizal)S.Chanturu(Hai-O)

Kredit : Khairul Fahmi,S.Subramaniam,Daudsu,Rizal Fahmi,Akmal Rizal

Kelantan vs Negeri Sembilan

Kelantan 1 - 0 Negeri Sembilan 
Akmal Rizal (m-73)

6 Jul 2010

Kelantan sedia ledak


PEMAIN Kelantan menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Negeri Sembilan di Kota Bharu, malam ini.


KOTA BHARU - Selepas berehat hampir lima minggu untuk memberi laluan kepada Piala Dunia, saingan Liga Super kembali menemui peminat bola sepak tanah air, malam ini. 

Perlawanan tumpuan pastinya Kelantan yang akan melayan kunjungan juara Piala FA dan Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV. Skuad Red Warrios itu mahu terus memberi tekanan keatas pendahulu liga, Selangor yang dipisahkan dengan perbezaan lapan mata.

Berdasarkan rekod pertemuan lepas di laman sendiri, ia lebih memihak kepada Negeri Sembilan apabila menang dalam kedua-dua perlawanan iaitu dalam saingan Liga Super dan separuh akhir pertama Piala FA.

Tanpa berselindung, Kelantan tetap mengimpikan tiga mata menjadi milik mereka, walaupun mengetahui lawannya bukan mudah untuk ditundukkan. 

Namun begitu, berdasarkan beberapa siri perlawanan persahabatan sepanjang tempoh rehat menampakkan sedikit keyakinan di kalangan peminat setia mereka, ditambah dengan kejayaan menewaskan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Paroi lalu.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, tempoh rehat yang panjang digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki beberapa kelemahan, selain anak-anak buahnya terus bersemangat untuk mencabar pendahulu takhta liga.

Menurutnya, tiga perlawanan persahabatan yang diharungi dengan keputusan yang agak positif menunjukkan Kelantan terus bersedia untuk mengharungi baki liga walaupun ketinggalan agak jauh di tempat kedua.

Tambahnya, Kelantan tetap berwaspada dengan ancaman Negeri Sembilan kerana sedar skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu pastinya sudah menemui kembali 'ramuan' untuk bangkit memberi cabaran.

Katanya, lawan mereka sebelum ini juga bukan pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Super namun berjaya buktikan kejaguhan selepas menjuarai Piala Malaysia 2009 dan Piala FA 2010.

"Kami kehilangan Azizi (Mat Rose) selepas digantung perlawanan kerana mendapat tiga kad kuning tetapi masih memiliki ramai pemain yang mahu beraksi untuk pasukan. 

"Saya memiliki empat penyerang yang bersedia untuk diturunkan bila-bila masa. Akmal (Rizal Rakhli) antara yang sudah mendapat kembali sentuhan dan saya akan putuskan siapa yang bakal diturunkan dalam sesi latihan petang ini (semalam)," jelas Sathianathan ketika ditemui semalam.

5 Jul 2010

Peluang Kelantan himpit Selangor



KOTA BHARU – Walaupun kempen Piala Dunia belum berakhir, tumpuan peminat bola sepak Kelantan tetap terarah kepada perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam esok.

Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Noordin Awang berkata, tiga perlawanan persahabatan yang diharungi sewaktu berada di ibu negara baru-baru ini menjadi kayu pengukur kepada keupayaan ketika menentang Negeri Sembilan malam esok.

“Melihat kepada prestasi terkini pasukan Kelantan melalui tiga perlawanan itu, saya percaya Kelantan tidak menghadapi masalah untuk mencipta kemenangan pada perlawanan malam esok,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

“Sehubungan itu, saya berharap penyokong setia Kelantan dapat memenuhi stadium bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita.

“Namun begitu, komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pemain Kelantan di samping suntikan semangat daripada ribuan penyokong Kelantan bakal menjadi penentu kepada kemenangan pasukan Kelantan.

Mohamad Noordin berkata, beliau berharap penyokong Kelantan terus mengekalkan tahap disiplin yang terbaik sewaktu menyaksikan perlawanan malam esok.

“Kafa berharap penyokong terus memberikan kerjasama yang baik, sebagaimana perlawanan yang terdahulu. Kita mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan para penyokong selama ini yang tidak lagi membaling sebarang objek terlarang termasuk membakar mercun dalam stadium.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, Mohamad Noordin berkata, biarpun tanpa kelibat ‘kereta kebal’ Azizi Matt Rose, persiapan pasukan Kelantan tidak terjejas walaupun beliau tidak akan turun beraksi.

“Azizi (Matt Rose) digantung satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning. Walau bagaimanapun, saya percaya B Sathianathan mempunyai perancangan yang tersendiri untuk mencari pengganti beliau.

“Sudah pasti kemenangan malam esok mengukuhkan kedudukan kita di persada liga di samping terus memberi tekanan kepada Selangor yang akan menentang barisan pemain muda Perak di Ipoh.

“Kita berharap kemenangan malam esok mampu menyuntik semangat pemain Kelantan sebelum ke Shah Alam Jumaat ini bagi membuat perhitungan dengan Gergasi Lembah Kelang itu,” katanya. -Sinar Harian

World Cup 2010 Semifinal