7 Jul 2010

Kelantan gah...Selangor tersungkur


Kelantan berjaya memanfaatkan peluang dengan mengutip mata penuh keatas pasukan penuh tipu muslihat iaitu Negeri Sembilan dengan kemenangan tipis 1-0.

Kemenangan tersebut membolehkan Kelantan merapatkan jurang perbezaan mata menjadikan lima mata berbanding pendahulu liga Selangor yang tersungkur di tangan pasukan Perak.

Gol emas Kelantan dijaringkan oleh pemain gantian Akmal Rizal Rakhli yang ternyata telah menemui sentuhan berbisa beliau.

Keseluruhan permainan aksi pemain-pemain Kelantan dilihat semakin menunjukkan peningkatan cuma barisan pertahanan dan tengah yang tidak berfungsi dengan baik semalam.

Farisham yang diturunkan bergandingan dengan Subra,Rizal Fahmi dan Daudsu ternyata gagal menyaingi kepantasan penyerang Negeri Sembilan terutamanya Zaquan dan Shahrul ain yang ternyata kerap kali melepasi halangan beliau.

Mujurlah ketangkasan penjaga gawang Khairul Fahmi menafikan setiap percubaan berbahaya dari pemain-pemain Negeri Sembilan.

Badri Radzi juga dilihat sedikit tenggelam terutamanya pada babak kedua yang menyaksikan bahagian tengah Kelantan tidak berfungsi dan memberi impak yang besar kepada barisan serangan yang diketuai oleh Nor Shahrul sehinggakan beliau terpaksa turun kebawah untuk mendapatkan bola.

Kemasukan Hairuddin dan Akmal Rizal ternyata memberikan impak kepada pasukan Kelantan kerana Akmal telah membuktikan bahawa beliau masih mempunyai penyudah berbisa dengan menjaringkan gol tunggal Kelantan.Akmal yang menerima hantaran dari Badri tidak mempersiakan peluang tersebut dengan merembat kencang kesebelah kanan gawang menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan.

Perlawanan semalam juga menyaksikan keputusan pengadil yang dilihat berat sebelah dan menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Banyak keputusan pengadil yang boleh dipersoalkan terutamanya pada separuh masa pertama yang menyakasikan Nor Shahrul dijatuhkan didalam kota penalti tetapi pengadil tidak memberikan sepakan penalti.

Ekoran keputusan pengadil yang idak profesional ini Nor Shahrul yang sering dijatuhkan oleh pertahanan Negeri Sembilan mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Akmal Rizal.

Kesebelasan utama : Khairul Fahmi,S,subramaniam,Rizal Fahmi,daudsu,Farisham,Shakir,Badri(Khairan),Indra Putra,Nor Farhan,NorShahrul(Akmal rizal)S.Chanturu(Hai-O)

Kredit : Khairul Fahmi,S.Subramaniam,Daudsu,Rizal Fahmi,Akmal Rizal

Tiada ulasan: