TERENGGANU dipalit duka selepas dipotong tiga mata gara-gara tindakan menurunkan Mohd Zubir Mohd Azmir dalam perlawanan Liga Super menentang Johor FC pada 6 Julai lalu. Ia membawa padah kerana pemain itu tidak layak diturunkan selepas beraksi 24 jam sebelumnya untuk aksi pasukan Piala Presiden.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh mengakui kesilapan membenarkan pertahanan itu diturunkan kerana beranggapan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam yang ditetapkan sebelum bermain perlawanan seterusnya.
Kami mendaftar Mohd Zubir Mohd Azmir sebab kekosongan di bahagian pertahanan ekoran seorang pemain kami yang dilanda demam. Saya menyangkakan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam tetapi perkiraan saya silap. Ketika ditanya sama ada Terengganu akan membuat rayuan, Abdullah berkata pihaknya masih belum lagi tiba ke arah keputusan itu. -BHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan