13 Mei 2012

Terima kasih Kedah..Kelantan makin hampiri Lions XII

Terima kasih buat kedah kerana berjaya menambat Lions XII 3-3 di Stadium Jalan Besar tadi.Siapa sangka skuad Wan Jamak yang ketinggalan 2-1 berjaya memperolehi dua gol yang amat bermakna buat Kedah.
Pemain-pemain TRW meraikan kemenanga keatas PKNS(Gambar dari Facebook Norfarhan)

Keputusan seri diantara Lions XII dan Kedah dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Bojan Hodak apabila Norshahrul,Obinna serta Ghaddar berjaya memberikan tiga mata penting buat Kelantan setelah membenam PKNS Selangor 3-0.

Mengumpul 37 mata dari 16 perlawanan menyaksikan Kelantan semakin memberikan tekanan buat Lions XII yang mengumpul 40 mata tetapi sudah bermain 20 perlawanan.

Tahniah buat The Red Warriors yang semakin bersemangat untuk memburu dua kejuaraan penting iaitu Piala FA dan Liga Super.Kami penyokong-penyokong TRW sentiasa berada dibelakang anda untuk menjadi pemain yang ke-12.

Keputusan Liga Super :

Perak 2-0 Selangor
Lions xii 3-3 Kedah
Sarawak 1-0 Sabah
PKNS 0-3 Kelantan
N.Sembilan 2-1 Johor FC
Felda Utd 2-1 Terengganu

Tiada ulasan: