16 Mei 2012

Kelantan bakal Juara Liga Super 2012?

Keputusan Liga Super semalam menyaksikan Lions XII diikat 0-0 oleh skuad warga kota Kuala Lumpur.Dari perbincangan rakan-rakan di kotak laungan blog ini Kelantan semakin menghampiri juara Liga andai sekurang-kurangnya memperolehi lima kemenangan dan lima kali seri sahaja lagi untuk muncul juara dengan mengumpul 57 mata.Ini kerana mata maksima Lions XII andai mereka menang kesemua bagi lima perlawanan adalah 56 mata.

Agak sukar untuk Lions XII memungut mata maksima dalam baki lima perlawanan nanti kerana lawan yang bakal mereka tentang adalah Sarawak,Sabah,Terengganu,T.Team dan Johor FC.

Jika ingin mengekalkan kejuaraan Liga Super ini pemain-pemain perlu mengekalkan prestasi terbaik yang mereka miliki sekarang sehingga penghujung perlawanan nanti.Sebelum itu tumpukan perhatian pada final 19 mei ini yang bakal menentukan siapa yang berhak menjulang Piala FA yang baru.

7 ulasan:

Schu haDa berkata...

Insya Allah Kelate bakal joro taon neh (>.<)

Tanpa Nama berkata...

Mesti doh

Tanpa Nama berkata...

Kito penyokong kelate xpayoh rusing..kelate wajib mene Liga Super thun nih..kito bleh ambik semuo pialo tahun nie..piala sumbangsih hok xleh tu bia lh, nk wk ganow sebab peter butler jurulatih tu gk..bojan hodak nie hebat, kito bleh bnyk pialo thun nih, InsyaAllah..Piala FA esok kito mene, KELANTAN 4-0 Sime Darby..GOMO KELATE GOMO!!!!

Tanpa Nama berkata...

mestilah,ko guano?

tengok final piala fa malaysia 2012

di

http://tontonkelantanvssimedarbyonline.blogspot.com/.

Tanpa Nama berkata...

Mesti doh..stakat sime darby tu, kelate maen sbeloh kaki pom bleh mene..:p

Unknown berkata...

Live Streaming final piala fa 2012 kelantan vs sime darby malam ini di >> http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html

Tanpa Nama berkata...

kelate mene, tggu lh male nie xcayo gk..(abe ghaddar hatrik lr sero mlam nih)