16 Mei 2015

Piala Fa 2015:Kelantan ke final

Keputusan penuh :

Kelantan 3-1 Pahang

Kelantan berjaya melangkah ke final Piala FA 2015 apabila berjaya menyingkirkan juara bertahan Pahang dengan agregat 3-2.

Kejayaan ini bukan datang dengan mudah,pemain-pemain Kelantan terpaksa bekerja keras untuk memenangi perlawanan ini dan berjaya mengambil kesempatan Pahang yang kehilangan Azimuddin Akil yang dibuang padang gara-gara menyiku Wan zack.

Wira sebenar Kelantan malam ini adalah Iwuji Amutu yang berjaya membalas kepercayaan Azrai dengan menjaringkan dua gol setelah dimasukkan pada lewat separuh masa kedua.

Sebelum itu gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Kecik yang menerima hantaran cantik Wan Zack.

Tahniah kepada kepada semua pemain yang berjuang bermati-matian demi membawa penyokong The Red Warriors ke final sekali lagi...

Kelantan bakal bertemu LIONS XII yang berjaya mengatasi Terengganu dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Perlawanan akhir yang pasti akan menarik kerana Kelantan bakal mewakili Malaysia manakala Lions xii mewakili pasukan Singapura yang bakal menentukan juara Piala FA 2015.

Ayuh Malaysia kita halang Piala Fa dari menyeberangi tambak Johor..
.

Tiada ulasan: