Memaparkan catatan dengan label final piala fa 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label final piala fa 2015. Papar semua catatan

23 Mei 2015

Final Piala FA 2015... Kelantan kecundang

Keputusan penuh :

Kelantan 1-3 Kelantan

Piala FA akhirnya menyeberangi tambak Johor untuk pertama kalinya.

Adat permainan bolasepak...yang banyak menyerang dan mencipta peluang belum tentu menang...begitulah sebaliknya yang jarang-jarang menyerang mendapat peluang terus menghasilkan gol.
.kejam sukan bolasepak inikan...

Tahniah buat LIONS XII kerana berjaya menjuarai Piala FA 2015.Kelantan tidak bernasib baik dan menghampakan ribuan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lupakan kekalahan ini...episod Liga M masih panjang lagi.
.perjuangan harus diteruskan...

21 Mei 2015

'Pok Ya Rambo' nazar berlari dari Bukit Jalil ke Kota Bharu

Seorang peminat fanatik pasukan Kelantan bernazar mahu berlari dari Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke Kota Bharu jika skuad bergelar The Red Warriors itu berjaya menjulang Piala FA, Sabtu ini.

Zakaria Yusof, 65, datuk kepada 13 cucu itu, berkata sekiranya pasukan Kelantan menang, misinya itu akan bermula pada pukul 8 pagi, hari berikutnya. 

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Pok Ya Rambo' berkata idea itu timbul apabila melihat seorang peminat Pahang, Abdul Majid Abdul Hamid, 58, atau Pak Majid menunaikan nazarnya dengan berjalan kaki secara solo sejauh 280 kilometer dari Kuantan ke Stadium Shah Alam, tahun lalu.

20 Mei 2015

Tiket Final Piala FA 2015 di Mudah.my?

Tiket final Piala FA 2015 yang dijual di laman sesawang mudah.my lebih mahal RM20 berbanding harga asal RM40 sahaja.Ulat tiket memang susah dilupakan dari final Piala FA ini.

16 Mei 2015

Piala Fa 2015:Kelantan ke final

Keputusan penuh :

Kelantan 3-1 Pahang

Kelantan berjaya melangkah ke final Piala FA 2015 apabila berjaya menyingkirkan juara bertahan Pahang dengan agregat 3-2.

Kejayaan ini bukan datang dengan mudah,pemain-pemain Kelantan terpaksa bekerja keras untuk memenangi perlawanan ini dan berjaya mengambil kesempatan Pahang yang kehilangan Azimuddin Akil yang dibuang padang gara-gara menyiku Wan zack.

Wira sebenar Kelantan malam ini adalah Iwuji Amutu yang berjaya membalas kepercayaan Azrai dengan menjaringkan dua gol setelah dimasukkan pada lewat separuh masa kedua.

Sebelum itu gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Kecik yang menerima hantaran cantik Wan Zack.

Tahniah kepada kepada semua pemain yang berjuang bermati-matian demi membawa penyokong The Red Warriors ke final sekali lagi...

Kelantan bakal bertemu LIONS XII yang berjaya mengatasi Terengganu dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Perlawanan akhir yang pasti akan menarik kerana Kelantan bakal mewakili Malaysia manakala Lions xii mewakili pasukan Singapura yang bakal menentukan juara Piala FA 2015.

Ayuh Malaysia kita halang Piala Fa dari menyeberangi tambak Johor..
.