30 Mac 2009

Menjunjung Kasih Tuanku al-Sultan Kelantan

KESETIAAN DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG

Daulat Tuanku. Selamat Ulangtahun Hari Keputeraan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-59 Tahun 2009 pada 30 & 31 Mac 2009.

kelatefc: Ya Tuhanku, lanjutkan usia al-Sultan dan Raja Perempuan kami.

29 Mac 2009

Kelantan perlu waspada

Peter Butler-Inspirasi The Red Warriors

Di sebalik keyakinan membuak serta rekod bersih di gelanggang sendiri Kelantan tidak seharusnya terlalu optimis dapat menundukan negeri sembilan menjelang pertembungan dalam liga super selasa ini.Pastinya jurulatih negeri sembilan wan jamak wan hassan memiliki ramuan ampuh untuk memastikan rekod tanpa kalah kelantan di gelanggang sendiri lebur.

Ini berdasarkan keyakinan dan telahan beliau yang yakin anak buahnya mampu menumbangkan the red warriors walaupun mengetahui hakikat sebenar bahawa kelantan mempunyai banyak kelebihan berbanding pasukanya.

Tugas berat menanti Jurulatih Kelantan bagi memastikan setiap percaturan dan taktikal dari negeri sembilan dapat dibaca serta diterjemahkan kepada pemain bagi memastikan kemenangan dalam gengaman,hanya kemenangan yang di tagih kerana ruang untuk menghuni kedudukan teratas liga super terbentang luas kerana selangor menghadapi tugas berat berkunjung ke Terengganu.

Nama-nama seperti Zaquan adha,Rezal Zambry yahya,Idris karim dan aidil zafuan perlu diberi perhatian seandainya kelantan tidak mahu berputih mata.Wan jamak sudah pasti akan menggunakan taktik bertahan dan melakukan counter attack kerana beliau sedar itulah kelemahan kelantan dan eksperimen tersebut telah dilakukan oleh selangor di shah alam tempoh hari.

Walaupun barisan pertahanan kelantan di lihat lemah tetapi dengan kehadiran semula bek kental iaitu farisham serta peningkatan prestasi sarudy daud serta kehadiran semula Khairan dalam skuad kelantan amat dinantikan.Di bahagian depan kelantan sememangnya tidak perlu diragui kerana telah dibuktikan dengan menghasilkan  25 gol dan tidak bergantung kepada seorang pemain sahaja.

Wan Jamak mungkin pening kepala kerana Peter Butler berjaya menggunakan pemain-pemain yang ada serta berani melakukan perubahan-perubahan taktikal dan ini adalah salah satu faktor kejayaan kelantan musim ini.

Jika Wan jamak mempunyai senjata rahsia sudah pasti jurulatih kelahiran West Ham United,Peter Butler mepunyai ramuan untuk menghalang negeri sembilan dari memperolehi kemenangan.

Sama-sama kita lihat taktikal siapa yang berjaya...


Jang intai peluang terajui takhta liga

NEGERI Sembilan melaungkan keyakinan untuk terus mencabar kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super, sebaik turun menentang Kelantan, Selasa depan, dalam usaha meletakkan kembali pasukan di puncak saingan berprestij itu.

Ketika ini Negeri Sembilan hanya ketinggalan dua mata daripada tiga pasukan teratas carta iaitu Selangor, Kelantan dan Perlis selepas mengharungi lapan perlawanan.Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata keyakinannya bersandarkan kepada peningkatan prestasi pemain Negeri Sembilan termasuk pemain muda yang kini sudah membuktikan persembahan cemerlang hingga mampu meletakkan skuad berkenaan pada posisi meyakinkan.

Menurutnya, pihaknya menarik nafas lega kerana persefahaman anak buahnya semakin kukuh untuk menyerlahkan keputusan lebih baik selepas ini, malah persembahan pemain seperti S Kunalan, Shahurain Abu Samah, Mohd Rahman Zabul dan Mohd Afendy Adimel dilihat terus meningkat.

“Selain itu, gandingan kembar, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Abdul Radzak bersama pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya, Mohd Shukor Adan, Idris Karim (gambar) serta Ching Hong Aik, yang terus menjadi tonggak utama pasukan.

“Saya yakin Negeri Sembilan berpeluang mencipta kejayaan yang lebih baik musim ini berbanding naib juara Liga Super musim lalu dan sememangnya itu menjadi matlamat utama kita,” katanya semalam.Beliau berharap supaya pemain tidak leka sebaliknya sentiasa fokus kepada tugas yang disandarkan kerana perjuangan belum selesai dan banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi bagi memastikan kejayaan pasukan.

Katanya, tumpuan kini terarah kepada misi melenyapkan cabaran Kelantan pada Selasa depan dan beliau mungkin akan melakukan perubahan taktikal bagi menjamin kemenangan.

Hmetro

The Red Warriors said:koya parok wan jamak...kalu blh ari2 nok suruh wartawan interview...hok sebenarnya dia kecut perut nok jupo kelate selasa ni...taktik dio blh baco doh main mcm kelate lwn selangor...bertahan dan buat counter attack...jangan harap lah kelate loni tok serupo mulo...

27 Mac 2009

Sambutan Earth Hour, tutup lampu selama sejam

28 mac 2009, jam 8.30 malam, seluruh malaysia dijangka akan bergelap. Bukan kerana disebabkan terputusnya bekalan elektrik, tapi pada waktu itu, World Wide Fund (WWF) akan menganjurkan sebuah acara yang dinamakan Earth Hour.

Pada masa ini,disarankan penghuni untuk memadam semua lampu selama sejam. Ia dibuat kerana masalah pemanasan global yang dihadapi oleh dunia pada masa sekarang.

Kempen earth hour ini telah dilancarkan pertama kalinya pada tahun 2007 di Sydney dan pada tahun ini, kempen ini telah membesar sehingga mencakupi hampir keseluruh dunia. Sama-samalh kita menutup suis lampu dalam masa sejam ini, bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam 28 mac 2009.

kelatefc: jange plak time lampu2 gelap nie, mudo-mudi kito buat benda-benda x molek...

26 Mac 2009

Keputusan Perlawanan Persahabatan

25/03/2009 8:45mlm SSMIV
Kelantan 1-0 Narathiwat FC
(Score by-Che Hishamudin)

24 Mac 2009

Jaguh tomoi dunia di Kota Bharu

PERSATUAN Boksing Negeri Kelantan dan Boxx Event dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan Kejohanan TM-Tomoi Antarabangsa Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu pada 27 hingga 29 Mac ini.


Kejohanan tersebut menampilkan beberapa jaguh dunia selain dijadikan platform untuk memilih peserta ke kejohanan dunia pada Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peminat sukan tomoi tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh sukan seni mempertahankan diri pada kejohanan yang cukup berprestij itu kelak.

"Pada kejohanan tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM) ini, sebanyak 42 peninju dari dalam dan luar negara akan bertarung dalam beberapa kategori bagi merebut Piala Menteri Besar.

"Terdapat dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu Super Fight dan Super Four melibatkan berat badan di bawah 57.5 kilogram (kg), bawah 61.5kg dan bawah 63.5kg," katanya pada sidang media di Kota Bharu semalam.

Katanya, antara jaguh tempatan yang akan menyertai kejohanan ini ialah Saiful M150 yang merupakan juara Persekutuan Muay Thai Dunia bagi kategori lightweight.

Menurut Takiyuddin, kejohanan itu merupakan salah satu kejohanan terbesar pernah dianjurkan di negara ini.

Jelasnya, antara negara yang menghantar peserta ialah Thailand, Perancis, Sweden, Uzbekistan, Iran, Afghanistan, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan, Tunisia, England dan Turki.

"Kami menjemput semua peminat seni mempertahankan diri ini supaya datang beramai-ramai dan memberi sokongan kepada peserta-peserta yang bertanding.

"Semua perlawanan akan diadakan bermula pukul 8 malam manakala tiket pula boleh dibeli di pekarangan stadium bermula pukul 3 petang setiap hari," ujarnya.

Kosmo

23 Mac 2009

Usah pertikaikan keagungan Reds

ENGLAND - Andai ada yang menganggap kemenangan besar Liverpool ke atas Manchester United di Old Trafford minggu lalu sebagai nasib, ia adalah tanggapan yang silap.

Ia bukan nasib, sebaliknya ia dicapai berdasarkan prestasi cemerlang dan memang layak kelab dari Anfield itu membelasah musuh tradisi mereka dengan jaringan yang besar.

Begitu juga dengan kemenangan 4-0 ke atas Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, dan ia dicapai ekoran prestasi mereka yang sedang berada di puncak.

Jika ada di antara peminat bola sepak tempatan mahukan bukti kehebatan Liverpool, The Reds sudah menjelaskannya di gelanggang perlawanan.

Satu demi satu lawan dibelasah dan terbaru ialah Aston Villa.

Semalam, Liverpool terus tampil bergaya apabila memusnahkan Villa 5-0.

Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam liga dan kini hanya dipisahkan dengan perbezaan satu mata daripada pendahulu, United yang sudah mengumpul 65 mata.

Begitupun, United masih ada kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool.

Apa yang dibuktikan Liverpool memang sungguh menakjubkan kerana telah menghasilkan 13 gol dalam tiga perlawanan.

Pesta gol Liverpool berterusan

LONDON: Hatrik Steven Gerrard menunjangi aksi memukau Liverpool yang membenam Aston Villa 5-0 di Anfield untuk mencantas kelebihan Manchester United di persada Liga Perdana Inggeris kepada hanya satu mata, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Rafa Benitez itu nyata menenggelamkan langsung tentangan lawan untuk kini memiliki 64 mata selepas 30 perlawanan. United, dengan 65 mata, bagaimanapun masih punya baki satu perlawanan tambahan.

Apa yang pasti, rentetan aksi hebat Liverpool - bermula dengan kemenangan 4-0 ke atas Real Madrid sebelum dituruti kejayaan 4-1 menundukkan United, minggu lalu - berterusan apabila gawang Villa sudah dibolosi selepas hanya enam minit aksi.

Dirk Kuyt berada di posisi terbaik untuk mengutip lantunan bola sepakan percuma Steven Gerrard yang terkena palang sebelum meledakkan volley deras yang sama sekali menggamamkan penjaga gol Villa, Brad Friedel.

Friedel sekali lagi terpedaya, pada minit ke-33, apabila umpanan jauh Pepe Reina terus ke arah Alberto Reira yang meluru dan menyungkit bola melepasinya untuk gol kedua tuan rumah.

Riera kemudiannya berwatak pencipta gol ketiga apabila dijatuhkan dalam kawasan penalti untuk Gerrard menyempurnakan anugerah itu dengan rembatan tepat ke sasaran pada minit ke-39.

Villa terus ditimpa malang, lima minit selepas rehat, apabila sepakan percuma leret Gerrard di luar kawasan penalti melepasi jangkauan Friedel untuk Liverpool berkelebihan 4-0.

Igauan ngeri penjaga gol dari Amerika Syarikat itu lengkap apabila Friedel dibuang padang pada minit ke-63 selepas menjatuhkan Fernando Torres untuk Gerrard menyempurnakan penalti buat melengkapkan hatriknya.

Sementara itu, aksi awal semalam menyaksikan Wigan mencerahkan harapan beraksi di Eropah apabila gol lewat Ben Watson menjamin kemenangan 1-0 ke atas Hull City untuk naik ke tangga ketujuh liga.

Manchester City turut merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Sunderland, hasil gol jaringan Micah Richards pada minit ke-56 untuk kini di tangga ke-10. - Agensi

22 Mac 2009

IE8 telah dikeluarkan

IE 8 secara official nya telah dikeluarkan pada beberapa hari yang lepas setelah lama dalam peringkat beta. Dengan tagline 'making your web even better...faster,easier,safer', micro$oft telah memperkenalkan beberapa features pada IE8.

Antara features yang diperkenalkan ialah SmartScreen Filter versi terbaru yang mana ia boleh menghalang malware @ malicious software yang boleh menceroboh data-data pengguna.

Satu lagi yang ingin dihighlight ialah bilamana terdapat satu tab yang crash, ia akan secara automatik reload dan akan kembali kepada sebelum ianya crash.

Untuk mengetahui lebih lagi ciri-ciri baru yang diperkenalkan, boleh layari ke website microsoft. Boleh download IE8 dari website tersebut.

Red Warriors ulangi kejayaan The Reds

Stadium SMIV semalam menyaksikan ulangan kepada kejayaan Liverpool vs MU bilamana skuad Kelantan menang ke atas skuad Pulau Pinang 4-1.

Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-22, menerusi jaringan Norfarhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran Ramzul Zahini Adnan.

Kelantan kemudian menambah gol menerusi Ramzul (m-36), Norfarhan (m-56) dan Mohd Badri (m-65) sebelum Mohd Norhaslan (m-90) mendapatkan gol sagu hati pelawat.

Kelantan sekarang berada di tangga ke 2 di bawah pandahulu liga super, Selangor dengan hanya perbezaan gol.

Keputusan Liga Super

Kalah lagi, United malap, trofi mungkin lesap

WAJAH sedih dua bintang Manchester United, Wayne Rooney (kiri) dan Cristiano Ronaldo ketika pasukan itu tewas kepada Fulham 0-2 di Craven Cottage semalam.

LONDON - Selepas Liverpool, kali ini giliran Fulham memalukan pendahulu Liga Perdana England, Manchester United yang mungkin kehilangan peluang untuk memenangi dengan mudah kejuaraan liga itu.

Beraksi di laman sendiri, Craven Cottage, Fulham ternyata menampilkan aksi cukup bertenaga untuk mencatatkan kemenangan bergaya 2-0.

Bibit-bibit kekalahan United mula terjelma apabila pemain tengahnya, Paul Scholes dilayangkan kad merah pada minit ke-18.

Ia ekoran tindakan Scholes yang sengaja menampan bola dalam kotak penalti bagi menghalang tandukan penyerang Fulham, Bobby Zamora.

Kapten Fulham, Danny Murphy yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti tersebut mudah menolak masuk bola ke gawang United yang dikemudi Edwin van der Sar.

Babak kedua bersambung menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu gol.

Bagaimanapun, United harus menyalahkan diri sendiri kerana beberapa percubaan daripada ayam tambatan mereka, Wayne Rooney serta Cristiano Ronaldo gagal disudahkan dengan baik.

Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan dengan jaringan tunggal Murphy, Zoltan Gera terus menceriakan penyokong tuan rumah dengan gol kedua pasukannya pada minit ke-87.

Dua minit kemudian, United terus tersentak apabila Rooney menerima kad kuning kedua, sekali gus menyaksikan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil Phil Dowd. - Agensi

Selangor kekal pendahulu, Kelantan terus ekori rapat

PENYERANG Kelantan, Norfarhan Mohamad (tengah) menjaringkan gol pertama pada perlawanan Liga Super bertemu Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohd ke-1V, malam tadi.

SELANGOR mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza 2-1 di Stadium Darulaman biarpun diikuti rapat oleh Kelantan yang menjinakkan Pulau Pinang 4-1, semalam.

Skuad Merah Kuning lebih banyak mengatur serangan pada babak pertama dengan peluang awal hadir seawal minit keempat apabila bek kanan, Razman Roslan meledakkan rembatan kencang dari jarak 25 meter yang terkena palang gol KM Naza.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali kerap menggugat benteng tuan rumah sepanjang babak pertama, namun dia gagal melakukan penyudah baik walaupun beberapa kali melepasi benteng lawan.

Pelawat terus mengasak pada babak kedua dan usaha mendapatkan gol pertama akhirnya berjaya pada minit ke-69 menerusi Rudie Ramli, selepas pantas melakukan tindakan susulan daripada bola muntah rembatan Safee yang dihalang benteng lawan.

KM Naza cuba mengimbangi perlawanan dengan memasukkan bekas penyerang utama kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua.

Namun Selangor mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua yang dijaringkan Azrul Hafiq Amran pada minit ke-80 sebelum KM Naza merapatkan kedudukan tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti Akmal selepas bola terkena tangan Khairul Anuar Baharom.

Di Kota Bharu, Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-22, menerusi jaringan Norfarhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran Ramzul Zahini Adnan.

Kelantan kemudian menambah gol menerusi Ramzul (m-36), Norfarhan (m-56) dan Mohd Badri (m-65) sebelum Mohd Norhaslan (m-90) mendapatkan gol sagu hati pelawat.

Dalam perlawanan lain, Polis tewas 0-2 kepada Kedah, Perlis seri 0-0 dengan Perak, KL Plus tewas 0-1 kepada Johor FC, MyTeam seri 1-1 dengan Negeri Sembilan manakala Terengganu menjinakkan Pahang 3-0.

19 Mac 2009

Farisham Di Jangka Beraksi

Setelah hampir 3 bulan direhatkan akibat kecederaan hamstring, akhirnya Farisham Ismail disahkan cergas untuk beraksi. Dia dijangka akan diturunkan menentang skuad Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di Stadium SMIV pada sabtu ini.

Dengan kembalinya Farishan dalam tonggak pertahanan, diharapkan dapat memperkuatkan barisan pertahanan skuad red warriors yang dilihat sedikit longgar ketika ini.

Dengan kemungkinan akan digandingkan semula dengan Rizal dan Daudsu, moga-moga kali ini tiada peluang buat pihak lawan untuk terus membolosi gol skuad kelantan.

Ayuh sama-sama kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada skuad Red Warriors.

18 Mac 2009

USB Pendrive limit setakat 4GB

Beberapa minggu yang lepas, aku dapat pendrive berkapasiti 16GB (gambar). Try copy satu file yang agak besar bersaiz 4.7Gb, tapi bila sampai pada saiz 4Gb, dikatakan disk sudah penuh, padahal belum ada apa-apa file lagi dalam pendrive. Kiranya pendrive nie suci bersih lagi. Bila di google dan cari apa puncanya kes ni terjadi, maka didapati ianya disebabkan kerana file pada pendrive ini ialah fat32, dimana file fat32 hanya support setakat 4Gb sahaja untuk satu-satu file.

Jadi, untuk membolehkannya menampung saiz yang berkapasiti besar, ianya perlu di tukar ke file NTFS. Sekiranya tidak menggunakan sebarang software, ianya boleh dilakukan di Window$ Vista, right klik di pendrive, pilih format dan file NTFS. DoNE.

Bila dah ditukar ke file NTFS, file yang berkapasiti lebih dari 4Gb sudah boleh ditransfer ke dalam pendrive ini.

15 Mac 2009

Pemburuan takhta kembali terbuka

KAPTEN Steven Gerrard menjaringkan gol kedua Liverpool
menerusi sepakan penalti pada aksi di Old Trafford semalam.


MANCHESTER - Pemburuan takhta Liga Perdana England kembali terbuka selepas Liverpool berjaya membelasah Manchester United 4-1 di Old Trafford semalam.

Kemenangan yang dilakar Liverpool itu sekali gus memecah rekod tanpa kalah United di gelanggang sendiri musim ini.

Ia juga merupakan kekalahan kedua United kepada Liverpool musim ini selepas skuad Red Devils itu tewas 1-2 di Anfield pada 13 September lalu.

"Saya sukar menerima kekalahan ini kerana pasukan kami berada pada prestasi baik. Saya anggap ini merupakan hari malang buat kami," kata pengurus United, Alex Ferguson.

Sebelum perlawanan bermula, United begitu gah dengan kelebihan tujuh mata tetapi kekalahan kepada Liverpool telah menyebabkan kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan empat mata.

Bintang United, Cristiano Ronaldo menggembirakan peminat tuan rumah apabila meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-23.

Sepakan penalti itu berpunca apabila Park Ji-sung dijatuhkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina dalam kotak penalti.

Bagaimanapun penyerang Liverpool, Fernando Torres dan kapten Steven Ger- rard masing-masing menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama.

Ketinggalan satu gol, United terus menggandakan asakan sebaik separuh masa kedua bermula tetapi mereka tetap gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan Liverpool.

Ferguson membuat tiga pertukaran serentak pada minit ke-74 dengan memasukkan Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan Paul Scholes menggantikan Michael Carrick, Ji-sung dan Anderson.

Namun, percaturan itu memakan diri apabila pertahanan, Nemanja Vidic yang dilayangkan kad merah dua minit kemu- dian selepas menjatuhkan Gerrard di luar kotak penalti.

Hasilnya, Liverpool berjaya menambah gol ketiga menerusi sepakan percuma yang diambil Fabio Aurelio seminit kemu- dian.

Pemain pertahanan, Andrea Dossena melengkapkan malam derita United apabila menjaringkan gol keempat Liverpool pada lewat perlawanan babak kedua.

MU terjerat di kandang sendiri

AKSI pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic (kanan) cuba menyekat asakan Torres yang bagaimanapun lepas untuk menyamakan kedudukan 1-1 saingan EPL di Old Trafford, malam tadi. - AFP

MANCHESTER: Liverpool menghidupkan kembali saingan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bangkit untuk melengkapkan kemenangan 4-1 ke atas Manchester United disaksikan penonton di Old Trafford yang tidak mempercayainya.

"Ia memang sukar ditelan, terutama kerana saya rasa kami adalah pasukan yang lebih baik.

"Kami perlu terima hakikat ini adalah hari malang dari segi jumlah gol yang kami lepaskan, tetapi saya tidak boleh terlalu merungut mengenai apa yang dipersembahkan pemain," kata pengurus United, Sir Alex Ferguson, malam tadi.

Turun dengan kepercayaan bahawa kemenangan akan mengesahkan gelaran liga ketiga berturut-turut, United awalnya tampak berada di landasan tepat apabila Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pendahuluan.

Tetapi kesilapan Nemanja Vidic, hari malangnya berakhir dengan layangan kad merah 15 minit sebelum tamat, membolehkan Fernando Torres menjelmakan gol pendahuluan.

Rembatan penalti Steven Gerrard membolehkan Liverpool mendahului ketika rehat dan sepakan percuma cantik Fabio Aurelio, selepas Vidic dibuang padang kerana menjatuhkan Gerrard, mengesahkan kemenangan Liverpool.

Pemain gantian, Andrea Dossena kemudian menambah derita United pada waktu kecederaan, apabila mengutip umpanan jauh sebelum menyungkit bola tinggi melepasi Edwin van der Sar dan terus menerjah jaring.

Ia adalah kemenangan pertama Liverpool dalam tempoh lima tahun di Old Trafford. Ia juga adalah kekalahan terbesar ditanggung United buat kali pertama sejak 1992 di gelanggang berkenaan.

Aib itu juga adalah kekalahan pertama United dalam liga di Old Trafford sejak Februari 2008 dan membolehkan Liverpool mencatat dua kemenangan liga dalam satu musim buat julung kalinya selepas tujuh tahun menanti.

Namun United masih mendahului persada liga dengan himpunan 65 mata selepas 28 aksi, empat mata mengatasi Liverpool yang sudah pun beraksi sebanyak 29 perlawanan.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Man Utd 1-4 Liverpool
Arsenal 4-0 Blackburn
Bolton 1-3 Fulham
Everton 3-1 Stoke
Hull City 1-1 Newcastle
M'brough 1-1 P'mouth
Sunderland 1-2 Wigan

12 Mac 2009

The Red Warriors Jadi Topik Bualan

Ketika rakyat di negeri Pakatan lain termasuk Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah sibuk dengan isu pilihan raya, rasuah dan perebutan jawatan menteri besar namun masyarakat Kelantan kecoh dengan kehebatan pasukan bola sepak The Red Warriors. Tidak kira di mana baik di kedai kopi, restoran atau di kalangan peminat bola sepak kehebatan pemain Kelantan mula menjadi topik hangat setiap hari. Ada yang menyatakan Kelantan tidak mampu merangkul apa jua kejuaraan ekoran jual beli permainan yang berlaku setiap bukan dalam kalangan pemain tetapi dalam kalangan pengurusan KAFA.

Tetapi ramai juga memberitahu Kelantan mempunyai harapan untuk membawa pulang tiga kejuaraan iaitu juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selepas Piala Emas Raja-Raja sah menjadi milik skuad kijang. Kita tunggu dan lihat apakah telahan serta cakap-cakap orang menjadi kenyataan atau sebaliknya yang berlaku.

Kelantan sebelum ini dilabel sebagai pasukan yang teruk dan permainan ‘jahat’ namun semua itu hanya tinggal sejarah. Selepas Tan Sri Annuar Musa mengambil alih tampuk pengurusan persatuan Bola Sepak Kelantan dua tahun lalu, skuad Cik Siti Wan Kembang mula berubah wajah termasuk imej dan mentaliti pemain.

Bermula dengan kehebatan Norizan Bakar atau yang dikenali Cikgu Jan, pasukan itu muncul pemenang tempat ketiga Liga Perdana dan sebelum bermula liga mendapat ehsan PDRM untuk beraksi di Liga Super.

Pasukan yang langsung tidak diberi harapan muncul antara pencabar terkuat pada saingan Liga Malaysia termasuk Liga Super dan Piala FA selepas mendapat sentuhan ajaib ketua jurulatih Peter James Butler, selain kehadiran beberapa pemain bintang termasuk Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus dan Nor Farhan Mohamad.

Dilihat pada prestasi terkini Kelantan yang menghuni di tangga kedua Liga Super, berkongsi mata dengan Selangor iaitu 18 mata dan mara ke separuh akhir Piala FA buat pertama kali membuktikan ia adalah musim terbaik untuk merangkul kesemua kejuaraan musim ini.

Tidak dinafikan perjalanan musim masih panjang dan seribu kemungkinan boleh berlaku, namun jika dilihat kesungguhan dan kombinasi mantap pemain ia bukan misi mustahil. Kelantan menyenaraikan 29 pemain bagi musim ini, malah tidak mempunyai masalah jika beberapa tonggak dilanda kecederaan atau penggantungan kerana prestasi mereka dianggap seimbang.

Kelantan bakal mengharungi perlawanan di gelanggang sendiri yang menjadi igauan buruk kepada pasukan pelawat setiap kali bertandang iaitu dengan Pulau Pinang (21 Mac) dan Negeri Sembilan (31 Mac) sebelum pertemuan separuh akhir pertama dengan Negeri Sembilan (7 April).

Sinar harian

'Tunggu giliran anda, United'

LIVERPOOL: Rafael Benitez percaya kejayaan Liverpool memalukan Real Madrid dalam kancah bola sepak Liga Juara-Juara mengatur pentas dengan sempurna untuk pasukannya bagi menjinakkan Manchester United dalam pertarungan penentu nasib dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Benitez mengakui Liverpool perlu menang di Old Trafford atau melupakan untuk mengejar pencabar mereka dalam perlumbaan kejuaraan domestik, dan kemenangan 4-0 yang dirangsang Fernando Torres ke atas Real adalah persediaan yang cukup baik untuk pasukannya.

"Apabila anda berdepan perlawanan penting, jika pemain beraksi cemerlang dan menjaringkan empat gol menentang pasukan terbaik seperti Real Madrid, anda tentu puas hati," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu. "Sebagai pengurus mungkin ini cara terbaik untuk menghadapi perlawanan besar."

Kepulangan Torres daripada kecederaan membantu merangsang kemungkinan persembahan terbaik Liverpool musim ini, walaupun penyokongnya pasti berasa bersalah seandainya memikirkan bahawa pertahanan United juga akan memberikan peluang yang sama banyak seperti dilakukan kuartet benteng Real kelmarin.

Torres membuka jaringan selepas 15 minit permainan, penalti oleh Steven Gerrard memusnahkan cabaran lawan dan gol kedua kapten Liverpool itu serta jaringan lewat permainan oleh pemain gantian, Andrea Dossena menjulang anak buah Benitez ke suku akhir buat kali keempat dalam lima tahun di bawah pengurusannya.

Mengambil pendekatan berani, Benitez sekali lagi membuktikan kepintaran taktikal dalam saingan Eropah tatkala Real terperangkap dengan asakan bertali arus Liverpool, selain gagal untuk menangani kepintaran dan kepantasan Torres.

"Kami tahu mungkin mereka menjangkakan kami akan lebih banyak bertahan dan cuba untuk bermain corak serangan pantas," kata Benitez.

"Pada permulaannya kami cuba mengasak mereka dan menguasai permainan sejak mula hingga akhir. Mereka mendapati sukar untuk berdepan dengan tempo kami."

Bagi pengurus Real, Juande Ramos, kekalahan itu yang bermakna Real gagal mara melepasi peringkat ini sejak 2004, adalah satu tamparan kepada peluangnya untuk meneruskan dengan tugasan sehingga selepas akhir musim ini. - Berita Harian

p/s : berlagok benar staro tuh..



Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Manchester United 2 (Vidic 4, Ronaldo 49) Inter Milan 0 (agg 2-0)

Barcelona 5 (Henry 25, 27, Messi 40, Eto'o 43, Keita 90+ 5) Lyon 2 (Makoun 44, Juninho 48) (agg 6-3)

Porto FC 0 Atletico Madrid 0 (agg 2-2, Porto layak gol tempat lwn)

AS Roma 1 (juan 9) vs Arsenal 0 (agg 1-1, Arsenal layak pen:7-6)

11 Mac 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Liverpool 4 (Torres 16, Gerrard 28 (pen), 47, Dossena 88) - Real Madrid 0 (agg 5-0);

Juventus 2 (Iaquinta 19, Del Piero 74(pen) - Chelsea 2 (Essien 46, Drogba 83) (agg 2-3);

Panathinaikos FC 1 (Mantzios, 55) - Villarreal CF 2 (Ariel Ibagaza, 49, Joseba Llorente 70) (agg 2-3);

8 Mac 2009

Kelantan Mara Ke Separuh Akhir

BADRI (kiri) meraikan jaringannya pada pertemuan
menentang UPB-MyTeam di Stadium Muhammad ke-IV malam tadi.

-------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang diduga, skuad Kelantan berjaya melangkah ke separuh akhir dengan langkah bergaya apabila berjaya menundukkan UPB Myteam 3-1 dan menjadikan kemenangan agregat 4-2.

Namun, pada awal permainan, Kelantan ketinggalan 1 gol pada minit ke-9 apabila penyerang UPM-My Team, Norsharul Idlan Talaaha berjaya membolosi gawang Kelantan. Tersentak dengan keputusan ini, Kelantan melancarkan serangan dan pada minit ke 26, pemain sayap, Zamri Ramli meledak gol penyamaan. Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tiada lagi sebarang gol dihasilkan dan menyebabkan keputusan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan menggandakan serangan dan pada minit ke-53, tandukan Nor Farhan Mohamad berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Syed Adney Syed Hussin. 5 minit kemudian, penyokong Kelantan berpesta lagi bila sepakan percuma Badri melangkaui penjaga gol menjadikan keputusan penuh perlawanan, 3-1. Menanti Kelantan pada perlawanan separuh akhir ialah Negeri Sembilan yang menang dengan T Team dengan agregat 1-0.

Rujukan : Kosmo

7 Mac 2009

Red Warriors Sedia Mengganas

BUTLER memberi arahan kepada anak buahnya pada sesi latihan semalam menjelang pertemuan menentang UPB-MyTeam malam ini.
-------------------------------------------------------------------------------
Berbekalkan jaringan 1-1, Kelantan kini bersedia untuk meleburkan hasrat lawannya
untuk ke peringkat seterusnya Piala F.A apabila menerima kunjungan UPB MyTeams. Dengan kelebihan bermain di tempat sendiri dan dengan sokongan yang melimpah dari peminat-peminat,pasti membangkitkan semangat juang pemain-pemain Kelantan untuk membaham pasukan lawan di Stadium Sultan Muhamad IV, stadium keramat Red Warriors.

Tapi pasukan Kelantan sedikit 'tempang' bilamana penjaga gol utamanya, Halim Napi dan pemain pertahanan, Ahmad Azlan Zainal tidak dapat beraksi kerana dilayangkan kad merah dalam perlawanan terdahulu. Tetapi ketempangan ini tidak akan menjadi penghalang untuk kelantan menunjukkan bisanya kerana pemain simpanan juga mempunyai kredibiliti seimbang, seperti kata pepatah "Patah Sayap Bertongkatkan Paruh".

Sentuhan penyudah Khalid Jamlus dan Indra Putra Mahayuddin selain Badri Radzi yang
bertindak merencanakan serangan ke atas pihak lawan sudah pastinya ditagih Kelantan. Gandingan mereka diharapkan dapat menewaskan pertahanan pihak lawan selain penjaga gol mereka, Syed Adney.

Sejarah mungkin akan terlakar sekali lagi di Stadium Sultan Muhammad IV, sama-samalah kita semua memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada skuad Kelantan.

Rujukan :Kosmo,

6 Mac 2009

Skuad Kelantan dijanji 'hadiah' ke Old Trafford

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my


ANNUAR (kanan) dan jurulatih Kelantan, Peter James Butler menyaksikan pemain menjalani latihan di Stadium Mohammad Ke-IV semalam.
---------------------------------------------------------------------------------------

PIALA FA ke Kelantan, pemain ke Old Trafford.

Itu janji Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kepada barisannya jika mereka berjaya membawa pulang Piala FA ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Menurutnya, Kelantan berada pada landasan yang baik untuk mencapai kejayaan tersebut.

"Ini merupakan peluang untuk kita mencipta sejarah iaitu layak ke separuh akhir dan kita mahu terus melangkah sehingga ke perlawanan akhir.

"Janji saya, jika kita menang Piala FA, pemain akan dibawa melawat ke Old Trafford di mana sebuah kelab gergasi dunia, Manchester United beraksi untuk melihat sendiri perkembangan bola sepak mereka," katanya semalam.

Tambahnya, masalah kecederaan dan penggantungan tidak sedikit pun mengganggu fokus pasukan Kelantan dan kelebihan beraksi di tempat sendiri akan digunakan sebaik mungkin.

"Para pemain terpaksa berdepan tujuh perlawanan yang mencabar iaitu menentang pasukan elit seperti Sela- ngor dan Kedah dalam tempoh 50 hari sama ada dalam saingan Liga Super mahupun Piala FA.

"Saya harap para pemain mampu mengharunginya dan mempersiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran tersebut," ujarnya.

Jelasnya, ketiadaan Halim Napi dan Ahmad Azlan Zainal dalam kesebela- san utama pada aksi kedua saingan suku akhir Piala FA malam esok tidak akan merencatkan permainan kerana Kelantan mempunyai ramai pemain yang berkaliber di bangku simpanan.

"Kelantan mempunyai 29 pemain yang disenaraikan dan kita percaya semua mereka mempunyai kualiti masing-masing dan perlu diberi peluang.

"Kita yakin Shahrizan (Ismail) yang akan diturunkan menggantikan Halim (Napi) mampu beraksi cemerlang kerana dia merupakan seorang pemain yang baik," jelasnya.

Annuar juga berharap agar para penyokong dapat membanjiri stadium dengan memakai baju berwarna merah dan membawa bendera negeri atau pasukan sebagai tanda sokongan.

Sumber : Kosmo

5 Mac 2009

Kelantan Selangkah ke separuh akhir


PEMAIN Kelantan, Ahmad Azlan Zainal (kiri) berebut bola dengan pemain UPB MyTeam pada saingan Piala FA di Stadium Petaling Jaya, kelmarin. Gambar kecil Peter Butler-gambar dari bharian

Impian Kelantan untuk menjuarai piala FA musim ini mungkin tercapai andai dapat menumbangkan UPB MyTeam di Kota Bharu Sabtu ini.Inilah masanya untuk kita buktikan yang kita bukanlah skuad 'ehsan' FAM setelah dinaikkan pangkat beraksi dalam liga super musim ini.

Berbekalkan semangat yang kuat serta moral yang tinggi setelah berjaya mengikat MyTeam di Kelana Jaya tempohari walaupun diheret untuk bermain dengan 10 orang.Semangat pemain berada tahap tertinggi sekarang dan berharap dapat melangkah ke perlawanan akhir dan misi balas dendam mungkin terlerai dengan pertemuan perlawanan akhir berkemungkinan bertemu dengan Selangor,pasukan yang memalukan kelantan 3-0 di shah alam minggu lepas.

Selangkah keseparuh akhir sudah di dalam gengaman dan pertembungan di kota bharu menjadi bukti bahawa Kelantan adalah pasukan pilihan untuk menjuarai piala FA musim ini.Sokongan padu dari peminat setia kijang amat diharapkan dan mnejadi tonik semangat unutk membenam cabaran MyTeam yang di bimbing Bojan Hodak dari Croatia.Sudah pasti Bojan akan merangka strategi paling ampuh untuk menewaskan The Red Warriors di gelangang sendiri yang ternyata memang Kelantan liat untuk ditewaskan.

Di sinilah khidmat dan percaturan Peter Butler di tagih untuk memastikan kubu kelantan tidak dibolosi oleh pemain MyTeam.Disamping itu juga kelantan perlu memperkemaskan benteng pertahanan yang longgar serta barisan hadapan perlu dimantapkan lagi bagi mencari formula menewaskan penjaga gol kental MyTeam iaitu Syed Adney.

The Red Warriors dilandasan sebenar untuk mencipta sejarah menjuarai Piala FA dan tidak mustahil Piala Malaysia serta juara liga super juga mungkin menjadi milik kita.Oleh itu sokongan peminat serta penyokong setia tidak kira dimana berada amat ditagih.Ayuh kita bersama memberikan sokongan kepada Kelantan dan penuhi stadium Sultan Muhammad ke IV sabtu ini.Kita pastikan UPB MyTeam berkubur di Kota Bharu...

4 Mac 2009

KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi
akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian
oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan
dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk
endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak
di tangan Allah,''katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada
Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang
di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai
penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif
dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan
isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami
dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk
isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta
persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu
pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung
untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Keputusan seri memadai buat Kelantan

Keputusan seri 1-1 perlawanan melibatkan Kelantan menentang UPB MyTeam semalam melegakan kerana Kelantan bukan berada pada tahap terbaik sekarang ekoran kehilangan pemain-pemain utama yang tercedera dan di gantung perlawanan kerana menerima kad merah.

Kelantan memperoleh jaringan tunggal pada minit ke 12 menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Indra Putra gagal di selamatkan oleh penjaga Gol MyTeam Syed Adney.Kegembiraan kelantan hanya seketika apabila Aslam Njmudeen bijak menyambut hantaranfazrul azli dan melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol kedua Kelantan Shahrizan.

Kelantan patut berterima kasih kepada Azlan walaupun beliau menerima kad merah kerana menjatuhkan Stanley Bernard yang sudah dapat melepasi kesemua benteng pertahanan Kelantan dan berupaya menjaringkan gol kemenangan MyTeam.

Pujian seharusnya diberikan kepada pemain-pemain kerana mampu menahan asakan bertali arus Myteam walapun bermain dengan 10 orang.Keputusan seri ini memadai untuk kelantan menanti kunjungan Myteam.

3 Mac 2009

Kelantan perlu bangkit

Pertembungan suku akhir di antara Kelantan dan UPB MyTeam mlm ini pasti sengit dengan buruan piala FA menjanjikan aksi menarik antara kedu-dua pasukan.MyTeam yang di tewaskan Perlis minggu lepas sudah pasti akan menjadikan Kelantan mangsa pertama untuk menaikkan kembali moral pemain-pemain mereka.

Nama-nama seperti Shakir dan Ridhuan perlu diberi perhatian oleh Kelantan jika mahu memastikan tiket ke separuh akhir Piala FA terjamin.Kelantan pula menerima khabar kurang gembira apabila terpaksa merehatkan ramai pemain-pemain utama seperti
Daudsu,khairan,norfarhan,Farisyam serta penjaga gol utama yang dilayangkan kad merah ketika bertemu Selangor tempoh hari.

Percaturan bijak Peter Butler sekali lagi di tagih oleh penyokong-penyokong Kelantan unutk menghadapi UPB MyTeam,di atas kertas memang kita adalah pilihan untuk mara kerana dalam saingan liga kita pernah menewaskan mereka dengan jumlah gol yang agak besar tetapi segalanya boleh berubah.

Apa yang amat merungsingkan adalah pertahanan kita yang agak goyah dan mudah melepaskan gol dalam setiap perlawanan.Masalah ini perlu diatasi segera jika ingin melihat Kelantan mara lebih jauh lagi pada musim ini.

Walauapapun masalah yang dihadapi,kami sebagai penyokong berdiri teguh dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.Ayuh The Red Warriors kita bangkit segera dan pastikan Myteam berkubur di gelanggang mereka sendiri.

2 Mac 2009

Butler puas hati


PEMAIN Selangor, Sanjos Sundawat (kiri) cuba mengasak pemain Kelantan, Mohd. Zamri Ramli dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. - UTUSAN/Mohd. Naim Aziz


















SHAH ALAM - Tewas 3-0 ke atas Selangor dalam pertembungan Liga Super kelmarin sedikit pun tidak melemahkan semangat jurulatih Kelantan, Peter Butler untuk terus memuji persembahan yang disajikan oleh anak buahnya.

Saingan yang panas dengan beberapa insiden seperti membaling mercun, botol air dan kerusi antara kedua-dua penyokong di Stadium Shah Alam itu menyaksikan jaringan R.Surendren pada minit keempat, D.Surendren minit ke-69 dan C.Premnath minit ke-90.

Butler berkata, pujian harus diberikan kepada pemainnya yang dilihat beraksi dengan baik dan berjaya mengawal perlawanan walaupun tewas.

"Saya bangga dengan pemain, mereka mengawal permainan dan pengawalan bola juga memihak kepada kami cuma serangan balas yang dilakukan oleh pasukan lawan menghukum kealpaan kami," katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Jelasnya, perjalanan jauh yang ditempuhi pemain dan semangat yang dimiliki membuatkan dia berasa bangga dengan pasukannya.

"Kalau boleh kami mahu meneruskan rentak kemenangan tetapi apa boleh buat ini adalah bola sepak, saya harap kekalahan ini akan memberi pengajaran berguna buat pemain," katanya.

Kata jurulatih yang fasih berbahasa Melayu itu, jaringan gol pihak lawan juga ternyata berkualiti, terutama sepakan percuma yang diambil D. Surendren.

"Permainan malam ini (kelmarin) juga ternyata berkualiti dan jika pemerhati bola sepak datang juga mereka tentu bersetuju, saya tidak kisah jika ada yang mengatakan perlawanan ini seperti 10 tahun lalu.

"Saya juga tidak ada masalah dengan pengadil, segala keputusan yang diberikannya adalah benar dan dia sudah bekerja keras hari ini, sukar baginya untuk mengawal perlawanan besar seperti ini," katanya.

Tambahnya, layangan kad merah kepada penjaga gol Kelantan, Halim Napi pada minit ke-77 juga dianggap satu keputusan yang benar selepas penjaga gol itu melempar bola kepada Premnath.

Kekalahan tersebut merupakan yang pertama buat Kelantan jika diikut dari perlawanan di atas padang apabila kekalahan kedua diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pasukan itu gagal menyediakan gelanggang yang sempurna menentang KL PLUS 3 Januari lalu, sekali gus memberikan kemenangan percuma 3-0 untuk pasukan Lembah Klang itu.

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Suasana 'panas' di Shah Alam


PERGADUHAN tercetus antara penyokong Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam kelmarin sehingga menyebabkan campur tangan pihak polis.


MEMANG 'panas' aksi antara Kelantan dengan selangor di Stadium Shah Alam kelmarin.

Yang panasnya penyokong kerana tidak dapat mengawal emosi dengan apa yang berlaku di tengah padang.

Silap siapa?

Ramai berpendapat ia silap pengadil yang kadang-kadang membuat keputusan tak tepat.

Suasana dilihat agak tegang apabila penyokong Kelantan naik angin' selepas penjaga gol mereka, Halim Napi dilayangkan kad merah pada minit ke-77 kerana dikatakan sengaja membaling bola ke arah pemain Selangor, C. Premnath.

Lantas baki 13 minit perlawanan itu telah menjadi sesuatu yang amat tidak selesa buat petugas-petugas media yang hadir membuat liputan perlawanan tersebut.

Petugas media terpaksa melindungi kepala dan juga komputer riba masing-masing daripada terkena balingan objek-objek termasuk botol air mineral, kerusi, kayu dan batu daripada penyokong-penyokong Kelantan.

Kekecohan itu turut mengakibatkan tempat duduk VIP dibaling dengan objek-objek yang keras.

Walaupun cuba ditenangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang turut berada di tempat duduk VIP itu, segelintir penyokong Kelantan itu tidak menghiraukannya langsung.

Selain itu, beberapa mercun juga dilihat dibaling ke arah padang.

Tidak cukup dengan itu, terdapat segelintir penyokong kedua-dua pasukan 'bertempur' di luar padang apabila mereka dilihat saling berkejaran mencabar satu sama lain.

Episod panas itu tidak berakhir di dalam stadium apabila kekecohan terus berlaku ketika penyokong kedua-dua pasukan beredar keluar stadium selepas perlawanan berakhir.

credit:Kosmo

Piala Liga milik Manchester United




WEMBLEY – Piala Liga milik Manchester United.
Begitupun, usaha mereka untuk menjulang gelaran juara tidak dicapai dengan mudah kerana terpaksa berjuang sehingga ke masa tambahan selepas seri tanpa jaringan sebaik masa perlawanan sebenar tamat.

Pada masa tambahan, skuad bimbingan Alex Ferguson itu tetap sukar untuk meloloskan diri kerana tidak diberi ruang oleh pemain Spurs.

Kemenangan hanya ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan United menang 4-1.

Wira perlawanan akhir itu sudah pastinya penjaga gol United, Ben Foster apabila menyelamatkan sepakan penalti pertama Spurs menerusi Jamie O’Hara.

David Bentley pula gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Spurs sebelum Anderson memastikan kemenangan bergaya buat United.

Sebelum itu, Ryan Giggs, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo juga menyempurnakan tugas mereka bagi mengesahkan kemenangan mereka pada perlawanan akhir itu.

Ini merupakan kejayaan ketiga United pada Piala Liga dan kali terakhir melakukannya ialah pada tahun 1992 dan 2006.

Dengan kejayaan itu, United kini telah mendakap dua kejuaraan musim ini selepas menjuarai Kejohanan Kelab Piala Dunia, Disember tahun lalu.

Bagi Spurs, kekalahan itu bermakna mereka gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan akhir. – Agensi

Spurs suffer Wembley woe


The Carling Cup final was decided on penalties as Manchester United and Tottenham played out a goalless draw at Wembley. Ben Foster saved from Jamie O'Hara and David Bentley shot wide to give United the first domestic trophy of the season.

Manchester United emerged triumphant in a penalty shoot-out once again to lift a major trophy as they beat Tottenham 4-1 on penalties to win the Carling Cup after a 0-0 draw in extra-time.

Semoga dengan kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat 'The Red Worriors'.
Buke meroh sajo-sajo, tapi meroh bekeng....

1 Mac 2009

7 Kalimah ALLAH:

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut”
7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu..
2. Mengucap ” Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap ” Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah ” sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. .. mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Malam Mendukacitakan Buat Skuad Kijang

Pertembungan antara Red Giant dan Red Warriors yang berlangsung di Stadium Shah Alam menyaksikan tuan rumah merampas kedudukan teratas liga apabila tuan rumah menang ke atas pelawat dengan keputusan 3-0.

Gol tuan rumah dihasilkan oleh R Surendran pada minit ke-5, D Surendran pada minit ke-69 dan sekali lagi menjarakkan jurang gol pada minit ke-90.

Dengan kekalahan ini, menyaksikan skuad kijang mengalami kekalahan pertama pada musim ini selain kekalahan percuma menentang KL Plus dan masih tidak dapat menamatkan kemarau kemenangan di stadium keramat skuad merah kuning ini.

Credit : Berita Harian