23 Mac 2009

Usah pertikaikan keagungan Reds

ENGLAND - Andai ada yang menganggap kemenangan besar Liverpool ke atas Manchester United di Old Trafford minggu lalu sebagai nasib, ia adalah tanggapan yang silap.

Ia bukan nasib, sebaliknya ia dicapai berdasarkan prestasi cemerlang dan memang layak kelab dari Anfield itu membelasah musuh tradisi mereka dengan jaringan yang besar.

Begitu juga dengan kemenangan 4-0 ke atas Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, dan ia dicapai ekoran prestasi mereka yang sedang berada di puncak.

Jika ada di antara peminat bola sepak tempatan mahukan bukti kehebatan Liverpool, The Reds sudah menjelaskannya di gelanggang perlawanan.

Satu demi satu lawan dibelasah dan terbaru ialah Aston Villa.

Semalam, Liverpool terus tampil bergaya apabila memusnahkan Villa 5-0.

Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam liga dan kini hanya dipisahkan dengan perbezaan satu mata daripada pendahulu, United yang sudah mengumpul 65 mata.

Begitupun, United masih ada kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool.

Apa yang dibuktikan Liverpool memang sungguh menakjubkan kerana telah menghasilkan 13 gol dalam tiga perlawanan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lembik gak, behe tukat ali laa.....