30 Jun 2012

Kelantan benam Selangor...Rampas takhta liga

Keputusan Penuh : 

Kelantan 1 - 0 Selangor
 (M.Ghaddar m25)

Kelantan akhirnya berjaya membenam ego Selangor dengan mengalahkan jaguh lembah klang tersebut dengan 1-0.Walaupun ianya hanyalah kemenangan tipis ianya tetapi cukup berharga buat Kelantan kerana berjaya merampas takhta liga super dari pendahulu Lions XII.
Kelantan akhirnya berada dipuncak liga selepas sekian lama diterajui Lions XII

Mohammad Ghaddar sekali lagi membuktikan bahawa beliau membawa 'tuah' kepada pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol berharga buat Kelantan hasil tandukan cantik dari sepakan sudut.

Malam ini juga menyaksikan pemain-pemain Selangor 'naik angin' terhadap Ghaddar,Beliau sering dikasari namun pengadil perlawanan cukup lembut hati malam ini.

Tindakan Amri Yahyah yang terang-terang menumbuk perut kemaluan Ghaddar dipersoalkan.Selepas itu beliau ditumbuk dikepala oleh Bunyanmin,tidak cukup dengan itu diakhir perlawanan beliau dilibas oleh Nasriq dimukanya namun pemain tersebut bernasib baik hanya diberikan kad kuning.Sepatutnya tindakan tersebut boleh dikenakan kad merah kerana sengaja melakukan kekakasaran tersebut.

Pengadil malam ini ternyata gagal mengadili perlawanan malam ini terutamanya pada separuh masa kedua yang menyaksikan suasana panas memperngaruhi perjalanan perlawanan.Andai ini pengadil yang FAM ada maka malapetakalah bagi pasukan liga Malaysia kerana ianya boleh mendatangkan kecederaan serius kepada pemain dan boleh menyebabkan situasi perlawanan menjadi tegang.

Apapun tahniah buat The Red Warriors apabila berjaya mengutip tiga mata penuh.Selangor bukanlah lawan yang hebat seperti yang disangka kerana mereka gagal menembusi barisan pertahanan Kelantan.Selangor hanyalah hebat pada nama tetapi kualiti permainan tidak seperti yang diharapkan dan sering bermain psikologi bagi membangkitkan kemarahan pasukan lawan.

Kelantan hanya memerlukan dua kemenangan lagi bagi mengesahkan untuk bergelar juara Liga Super 2012.Baki empat perlawanan lagi perlu dimanfaatkan oleh Kelantan sepenuhnya andai tidak mahu Piala Liga terlepas ketangan Lions XII.

Kesebelasan Utama :

Apek, Rizal, Daudsu, Obinna, Shahrul Azim(Zamri),Piya(Ghaddar), Shakir, Indra, Nurul Azwan, Norfarhan, Norshahrul(Ramzul),

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengadil estet lagiiiiiiiiiiiiiii. Tak taulah FAM buat apa. Asyik dok fikir macam mana nok perabis duit jah sampai development pemain terabai. Kalu komen player & coach tok bagus marah. Itulah nasib TSAM. Loni tengok pengadil pulak terjangkit lepas nii tukang urut sampai tukang buat air pun jadi tiada kualiti out. Kenapa jadi begini kerana boss asyik nok membuncit perut dan mengabaikan tanggung jawab develop player. Coach. Pengagil. Tukang urut. Tukang buat air dan lain lain........ Hancuuuuuuuur lah malaysia kalu set niiii ada dalam FAM. Bila revolusi akan berlaku?????????

Tanpa Nama berkata...

Player selangor tak.pto. Pengadil 4 orang semuanya buta dan tidur. Blogger sila masukan video amri pukul kemaluan ghaddar dan bunyamin tumbuk muka ghaddar supaya satu malaysia tengok inilah rupa player selangor. Inilah ajaran irfan bakti dan inilah pengadil pengadil buta yg ada dalam FAM. Kalu FAM dok diam saje tak peee ..... Tapi satu malaysia kena faham rupa rupa player selangor. Coach selangor & pengadil kitoooooooooooop.

Jojo berkata...

Player Slangok x jmpa pn2 gol Klate, itula psl smua player klate nk disondolnya. Yg plg truk Ghaddar la....kna uli atas bwah. Ref pulak yg buta ati, buta mata....agaknya dapat lesen bli kot!!!!

Tanpa Nama berkata...

FAM sengajo jh latih pengadil2 di malaysia nie jd mcam tu supaya bola sepak di malaysia nie xleh gi mano2 n xprofesional..pengadil2 di malaysia nie ibarat beruk2 yg dijaga oleh 'tuan' (FAM) dye yg buncit, tua hodoh, pemalas, bodoh dan gila kuasa..sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Amri dah tok syok ke org perempuan malaysia. Dia nok tuksr selera dgn jantan lebanon.sebab tulah dia nak test ghaddar punya best ke tidak. Nafsu dia dah bertukar ke lelaki asing sebab org malaysia doh tak best dah. TanPa segan dan malu dia nak try ghaddar dlm stadium biar satu malaysia namPak selera dia ke ghaddar dah tak boleh tahaaaaan. So player import harus hati hati dgn amri kerana dia akan sondol kemaluan anda tanpa segan silu lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kita nak tengok apa tindakan FAM terhadap refree yg teramat-amat lemah berat sebelah tak professional dan juga pemain-pemain selangor yg tumbuk bahagian sulit gaddar dan sepak kepala gaddar. Kalau tak ada tindakan, maknanya FAM pun sama kelas lah dengan mereka-mereka tu dan bolasepak Malaysia buleh bungkus lah lagi baik.

Dunia Baru berkata...

nate brok pengadil malam tu.....muko pun mace budak sekolah.....sapo nama? gaya mcm askar jah rambut...

molek doh wat saing ngan izuddin askar pencen.