8 Jul 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012...Hatrik dari Indra

Keputusan Penuh : 

Kelantan 6 - 0 Perak
 
Kelantan akhirnya menamatkan teka-teki penyokong setia mereka apabila merealisasikan impian untuk bergelar juara Liga Super 2012 dengan kemenangan bergaya 6-0 mengatasi Perak di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Indra Putra Mahyuddin menutup mulut pengkritik malam ini apabila meledak hatrik manakala tiga gol lagi dijaringkan oleh Ghaddar,Nurul dan Badri Radzi.


Kemenangan besar ini meranapkan impian Lions XII untuk merangkul kejuaraan ini dengan penampilan pertama mereka dalam kancah Liga Super musim ini.Kejayaan Kelantan ini juga boleh diibaratkan sebagai kejayaan seluruh peminat bola sepak Malaysia kerana Kelantan berjaya menjadi penyelamat apabila berjaya menghalang Piala Liga dari dibawa merentasi Tambak Johor.

Tahniah buat semua pemain yang telah memberikan permaianan luar biasa dan dikategorikan sebagai 'Gred A' malam ini terutamanya pada separuh masa pertama yang berjaya mendahului Perak 5-0.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nie brulh Kelantan FA..ranking trbaru kelab2 dunia, Kelantan FA (156)

usri berkata...

parok kena boh...