17 Jun 2012

Menang dalam 'kenalin'

Keputusan Penuh :  
 
Kelantan 2 - 1 Kedah

Itulah rasanya ungkapan yang boleh dilontarkan gara-gara persembahan longlai barisan pertahanan Kelantan disaat-saat akhir perlawanan yang menyaksikan Kedah menjaringkan gol melalui Khyril Muhymeen pada minit ke 86.Gol tersebut berpunca dari hantaran kurang kemas Rizal Fahmi yang disambar pemain kedah yang seterusnya melorongkan kepada Muhymeen dan beliau memanfaatkan peluang tersebut untuk menjaringkan gol pertama Kedah.
Sebahagian dari penyokong Kelantan yan menyaksikan perlawanan menentang Kedah

Terdahulu Kelantan cukup selesa mendahului Kedah 2 - 0 melalui gol Fazliata Talib yang tertampan kegawang sendiri hasil sepakan lintang Ghaddar di minit-minit akhir separuh masa pertama.Ghaddar sekali lagi membuktikan bisa sebenar beliau apabila meledak gol kedua hasil rembatan kencang setelah menerima hantaran dari Norfarhan.
Khairul Fahmi menyelematkan sepakan penalti Safi


Khairul Fahmi menjadi wira Kelantan apabila berjaya menyelematkan sepakan penalti pemain import Kedah,Abdulfatah Safi.Kelantan cukup bernasib baik malam ini apabila berjaya memperolehi tiga mata kerana pada masa tambahan pemain Kedah melakukan rembatan deras yang sudah menewaskan Khairul Fahmi namun palang gol menjadi penyelamat.
Mahalnya tiket astaka

Kesebelasan Utama : 

Khairul Fahmi, S.Subramaniam, Rizal Fahmi, Daudsu, Zamri Ramli(Azim), Shakir, Badri, Indra, Norfarhan(Ramzul), Nurul(S.Chanturu), M.Ghaddar

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syukur alhamdulillah...smg mjadi pengajaran kpd semua pemain agar sentiasa fokus sehingga tiupan wisel penamat...jom pakat2 doa smg piala liga super akan dpt dibawa ke serambi mekah lg tahun ini....

Tanpa Nama berkata...

Kawe tngk sek kelate nie maen bola 80 minit jh bukan 90 minit..dlm 10 minit nie mcam2 boleh jd..nasib baek kelate mene td..nasib jh kitow td..hrp2 jgn ulang lr prangai ''puas hati''