24 Mei 2012

AFC Cup 2012 : Kelantan mara ke suku akhir Piala AFC

Keputusan penuh : 

Kelantan 3 - 2 Terengganu
Kelantan menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Piala AFC apabila berjaya menundukkan juara Piala FA 2011 Terengganu.

Kejayaan ini membuka satu lagi sejarah buat pasukan The Red Warriors apabila pertama kali dapat menjejak kaki ke Suku Akhir Piala AFC yang rasanya belum pernah dikecapi oleh mana-mana pasukan di Malaysia.(pembetulan-Selangor,Perak dan Kedah pernah mara ke suku akhir Piala AFC).

Walaupun bermula cemerlang pada separuh masa pertama dengan mendahului 3-0 melalui dua gol Norfarhan dan satu gol dari Rizal Fahmi,pasukan Kelantan yang seolah-olah sudah berpuas hati dengan keputusan tersebut mengendurkan asakan ke pintu gol Terengganu.

Ini membuka peluang kepada lawan untuk mencipta gol dan dua gol yang berjaya diperolehi memberikan tekanan kepada Kelantan namun nasib masih menyebelahi apabila Kelantan akhirnya berjaya mengalahkan Terengganu.

'Penyakit' puashati dikalangan pemain-pemain perlu dikikis andai mahu pergi jauh dalam saingan AFC ini kerana lawan yang bakal ditempuhi adalah lebih kuat dari kalangan kelab-kelab gergasi bolasepak Asia.

Lapan pasukan telah mengesahkan tempat ke suku akhir iaitu Arema Indonesia,Chonburi-Thailand, Arbil-Iraq, Al-Ettifaq- Arab Saudi, Al-Shorta-Syria,Al-Kuwait,Kazma-Kuwait dan Kelantan.Undian akan dijalankan pada 14 jun nanti manakala perlawanan suku akhir akan diadakan secara timbal balik pada 18 dan 25 September ini.

Tahniah buat The Red Warriors kerana berjaya melangkah ke Suku Akhir Piala AFC dengan mempamerkan aksi-aksi menarik dan seterusnya memadamkan hasrat Peter Butler untuk meraikan kejayaan dengan penampilan pertama beliau sebagai jurulatih Terengganu.

Apapun penyokong-penyokong Kelantan adalah yang terbaik kerana sanggup bersama pasukan tidak kira dalam apa situasi sekalipun.

Kesebelasan Utama : 

Khairul Fahmi, Rizal Fahmi, Farisham, Obinna(Kad Marah), Daudsu, Shakir, Badhri, Nurul Azwan(S.Chanturu), Norfarhan, Antwi(S.Subramaniam), Nwoha(Indra Putra)

Ralat : Selangor pernah mara ke suku akhir Piala FA pada 2006


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cukup2 la ngan sikap puas hati..kawe betul2 x puah aty male

nik

zaza berkata...

Kedah ngn perak pn prnah msk suku akir piala AFC iaitu thn 2004(Perak) dan thn 2008(Kedah). Mrh demo 2 klu menafikan kemaraan mereka ke suku akhir.

kelatefc berkata...

tq atas informasi....

Tanpa Nama berkata...

jangan eksen sangat
kekgi kaloh
jangan cepat puas hati
nanti putih mata
so,
good luck!!!

Tanpa Nama berkata...

Xpuah hati sgguh male..3-0 sparuh masa prtama..sparuh masa ke-dua ingt kow bleh tmbh gol jd 5-0 tapi gk sbalik nyer sebab pemain cepat raso puah hati..sikap nie xspatut nyer ado dlm pemain pasukan yg digelar KELANTAN FA..kow ganow blakow sek2 kitow???? Tapi tetap puah hati lh sebab mene male..Tahniah TRW!!!! Buang lh sikap cepat puah hati 2 demi pasukan KELANTAN..

Rizal berkata...

Pasukan Malaysia yg pernah layak ke Suku Akhir AFC CUP
Perak (2004 & 2008)
Selangor (2006)
Kedah (2008)
Kelantan (2012)