21 Dis 2011

Perlawanan persahabatan : Ayeyawady United tumpaskan City Malaysia

Kelab dari Myanmar,Ayeyawady United berjaya mengalahkan 'Manchester City Malaysia' ATM 2-1 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada 20 Disember.

Ayeyawady United yang berada satu kumpulan dengan Kelantan sudah menunjukkan taring mereka dengan mengalahkan ATM dan ini memberikan amaran awal kepada Kelantan agar lebih bersedia untuk menghadapi pasukan mereka.

Mungkin ini adalah strategi dari pihak KAFA yang meminta B.Sathianathan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Myanmar ini bagi melihat 'kekuatan' sebenar pasukan lawan kerana umum tahu bahawa jurulatih ATM itu cukup sinonim dengan pasukan Kelantan.

Tiada ulasan: