29 Apr 2013

Info Piala AFC 2013 : Kelantan vs Ayeyawady United

Kelantan vs Ayeyawady United
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Selasa,30 April 2013

sepak mula bermula jam 8.00 malam

Siaran Langsung di TV9 dekat dihati

*Perlawanan melibatkan Tampin Rovers menentang Selangor akan disiarkan secara langsung disaluran Astro Star Sport 813 bermula jam 7.45 7 mlm

**Tertakluk kepada sebarang perubahan

28 Apr 2013

Red Warriors temui sentuhan kemenangan

Oleh : Madzram@Sinar Harian
 
Nwakaeme meraikan jaringan pertama Red Warriors di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, malam tadi.
KOTA BHARU – Setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut, The Red Warriors (TRW) akhirnya kembali menemui sentuhan kemenangan setelah mengatasi T-Team 3-1 pada aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Tiga mata yang diimpikan Kelantan hadir tepat pada masanya malah kemenangan ke atas pasukan berstatus kelab itu sekali gus turut berjaya melunaskan dendam apabila tewas 0-1 dalam perlawanan pusingan pertama, pada 12 Januari lalu.

Kemenangan berharga itu membantu skuad kendalian Bojan Hodak mengumpul 17 mata, namun terlalu jauh untuk mengejar pendahulu liga, Lions XII yang cukup selesa menerajui takhta dengan 28 mata.

TRW benam T-Team

Bangkit bergaya selepas tewas dua kali berturut-turut

Kota Bharu: Selepas tewas dua kali berturut-turut, Kelantan kembali menceriakan peminat setia mereka apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

Kemenangan itu bagaimanapun masih belum cukup buat skuad kendalian Bojan Hodak memburu tempat dalam kelompok lima teratas apabila sekadar menghuni tangga kesembilan liga dengan 17 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

24 Apr 2013

Piala AFC 2013 : Jadual perlawanan terakhir peringkat kumpulan G


Team
P
M S
K
J
B
BG
Pts
Kelantan 5 3 1 1 11 8 +3 10
SHB Ðà Nẵng 5 3 0 2 8 11 -3 9
Maziya 5 2 1 2 12 9 +3 7
Ayeyawady Utd 5 1 0 4 8 11 -3 3


Team
AYU
Kel
Maz
SDN
Ayeyawady Utd
-
1-3
3-0
2-3
Kelantan
30 apr
-
1-1
5-0
Maziya
3-1
6-1
-
2-3
SHB Ðà Nẵng
2-1
0-1
30 apr
-

30-04-2013 17:30
 SHB DA NANG (VIE) vs MAZIYA SPORTS & RECREATION (MDV)
Venue: Chi Lang Stadium, Da Nang

30-04-2013 20:45
 KELANTAN (MAS) vs AYEYAWADY UNITED (MYA)
Venue: Sultan Mohammad IV Stadium, Kota Bharu, KELANTAN

23 Apr 2013

Piala AFC 2013 : Maziya belasah The Red Warriors!!

Pasukan dari Kepulauan Maldives,Maziya FC membelasah juara trebe Kelantan 6-1.

Kekalahan memalukan ini memberi gambaran bahawa Kelantan bukanlah pasukan yang digeruni lagi setelah kekalahan demi kekalahan terpaksa ditanggung.

Alasan pemain letih bukanlah alasan terbaik untuk menutup kepincangan yang ada pada pasukan kendalian Bojan Hodak ini.

Walaupun telah layak ke peringkat seterusnya rekod perlawanan perlu diberi perhatian kerana ianya melibatkan maruah pasukan dan negara yang diwakili.

Keputusan 6-1 tidak boleh diterima oleh penyokong-penyokong kerana ianya cukup memalukan bagi pasukan Juara seperti Kelantan

Pihak pengurusan perlu memberi perhatian yang serius andai tidak mahu Kelantan tercicir dari menjuarai sebarang kejuaraan.

Apa yang dirisaukan adalah 'yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran'...hendakkan piala tapi terpaksa 'turun' pangkat ke liga perdana musim depan...

Via Android

Info Piala AFC 2013 : Live Streaming Maziya vs Kelantan

Link yang boleh dicuba :

Link 1

Link 2 

Link 3

Kemungkinan ada siaran langsung di Saluran Astro Fox Sports 812 dan Siaran Tertunda jam 12 malam di TV9...Tapi jangan mengharap kot-kot tak ada.

*akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan

17 Apr 2013

Info Piala FA 2013 : Jadual Separuh Akhir

Semi Final Piala FA 2013:

Kelantan LWN Terengganu 25 Mei 2013 Sabtu (SSMIV KB)
Terengganu LWN Kelantan 28 Mei 2013 Selasa (SSINS KT)

Johor DT LWN Pahang 25 Mei 2013 Sabtu (STSDHH JB)
Pahang LWN Johor DT 28 Mei 2013 Selasa (SDM KUANTAN)
 Info : rakan-rakan facebook

16 Apr 2013

Info Piala FA 2013 : Pasukan layak ke separuh akhir

Pahang (2) - (0) Sime Darby

Terengganu(6) - (1) N.Sembilan

Johor Darul Takzim (2) - (2) Selangor
JDT layak melalui sepakan penalti 4-2

Kelantan (4) - (1) Sarawak

Kelantan akan menentang Terengganu manakala Johor DT akan bertemu Pahang.

*kedudukan berdasarkan agregat setelah mengharungi dua perlawanan.

Info siaran langsung Piala FA 2013 : Suku Akhir kedua 16 April 2013

Sime Darby(0) vs (0)Pahang
Live Astro Arena 801

Terengganu(3)  vs (1)Negeri Sembilan

*sepak mula jam 4.35 petang

Sarawak(1)  vs (2)Kelantan

Selangor(2)  vs (1)Johor Darul Takzim FC
Live Astro Arena 801

*Sepak mula jam 8.45 mlm

13 Apr 2013

Rekod This Is Kota Bharu lebur ditangan ATM

Keputusan penuh :

Kelantan 1-3 ATM

Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan pemain-pemain ATM apabila tewas 1-3.

Kekalahan ini menyaksikan rekod tanpa kalah Kelantan digelanggang sendiri selama dua musim lebur.

Tuah mungkin tidak menyebelahi TRW malam ini kerana banyak percubaan tidak menghasilkan gol serta keputusan pengadil yang tidak menyebelahi Kelantan.

Info Liga Super 2013 : Siaran Langsung Kelantan vs ATM

Astro Arena 801 dijangka akan menyiarkan siaran langsung malam ini melibatkan perlawanan Kelantan menentang ATM.

Perlawanan malam ini dijangka sengit kerana ATM sudah pasti ingin membalas dendam kekalahan kepada Kelantan dalam pusingan pertama lalu serta ingin memastikan rekod tanpa kalah Kelantan di SSMIV tercalar.

Ayuh penyokong-penyokong setia The Red Warriors kita berikan sokongan kepada pasukan.

Via android

11 Apr 2013

Kelantan layak ke pusingan kedua

Kelantan mengesahkan tempat ke pusingan kedua, Piala AFC selepas menewaskan wakil dari Vietnam,  SHB Da Nang FC 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium San Chi Lang.

Pada babak pertama perlawanan, SHB Da Nang FC banyak mengasak kubu Kelantan dengan memaksa pertahanan mereka bekerja keras.

Pada 10 minit sebelum berhenti rehat, Da Nang hampir-hampir menjaringkan gol apabila keadaan kelam kabut berlaku di depan pintu gol Kelantan ketika penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, Da Nang menggandakan asakan dengan banyak menguasai permainan. Da Nang mempunyai peluang terbaik apabila memiliki sepakan percuma di luar kota panalti, namun tendangan pemainnya hanya menggegarkan palang gol.

Kelantan agak tenggelam. Sedar dengan perkara itu, Bojan Hodak memasukan Indra Indra Putra Mahayuddin menggantikan Rizal Fahmi Rosid bagi mempertajamkan serangan mereka.

Walaupun Da Nang banyak mengatur serangan sepanjang perlawanan, namun mereka dikejutkan dengan jaringan pelawat apabila penyerang import Dickson Nwakaemi muncul melakukan jaringan di minit ke-72 selepas menerima hantaran jauh daripada Dimi Petratos.

Da Nang dilihat agak tertekan apabila masa semakin suntuk untuk mereka menyamakan kedudukan. Asakan demi asakan dihalakan kepada kubu Kelantan, namun pertahanan Kelantan dilihat cukup ampuh mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi. Perlawanan berkesudahan Kelantan menang 1-0.

Gosip perpindahan pemain

Johor Darul Takzim dikhabarkan turut merisik Louis Saha.
Jendela perpindahan pemain kedua Liga Malaysia 2013 telah bermula dari 8 hingga 22 April.

Ini merupakan masa terbaik dan peluang terakhir buat jurulatih serta pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain import. Sama ada pemain itu diimport dari negara lain atau berpindah dari pasukan lain, terserah kepada setiap pasukan.

Pasukan yang dikatakan paling mencuri perhatian dunia bola sepak tempatan ialah Johor Darul Takzim. Pasukan Harimau Selatan itu dikhabarkan sedang merisik beberapa pemain import ternama untuk di serap kedalam pasukan mereka. Milan Baros, David Trezeguet, Louis Saha dan Nicolas Anelka antara nama-nama yang disebut bakal melalui proses percubaan dan pemilihan.

Apa yang lebih menarik perhatian, Johor Darul Takzim juga dikhabarkan telah menawarkan kontrak RM 3.05 hingga RM 4.5 Juta setahun kepada penjaring terbanyak EURO 2004, Milan Baros. Selain dari itu, pasukan Harimau Selatan juga dikatakan telah menurunkan bekas pemain Olympiacos, Leonel Nunez pada aksi persahabatan antara Johor Darul Takzim menentang Johor FA pada selasa lalu. Desas desus menyatakan Nunez antara calon yang bakal menggantikan tempat Daniel Guiza sebagai penyerang.

Intipati mesyuarat Exco FAM

  • Mengkaji Statut 88
  • Membenarkan 3 pemain import beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula tahun hadapan dengan syarat wajib bagi seorang pemain dari Asia.
  • Menunda perlawanan Liga Malaysia yang berlangsung pada 3,4 dan 5 Mei kepada 21,23 dan 24.
  • Pengumuman perletakan Setiusaha FAM Datuk Azzudin yang akan menjawat jawatan SU AFF bermula 1 jun 2013.
  • Penswastaan Liga Malaysia
  • Bayaran pampasan kepada pasukan yang terlibat dalam siaran langsung.
  • Membida untuk menjadi hos bagi Piala Asia 2019

10 Apr 2013

Info piala afc cup 2013 : keputusan penuh SHB Da Nang vs Kelantan

SHB Da Nang 0-1 Kelantan

Gol kemenangan kelantan dijaringkan oleh pemain import kesayangan Nwakaeme

Dedikasi untuk JMF yang suka provoke penyokong Kelantan

General IP Information

IP:113.210.140.54
Decimal:1909623862
Hostname:113.210.140.54
ISP:Binariang Berhad
Organization:Maxis Broadband Sdn Bhd
Services:None detected
Type:Broadband
Assignment:Static IP
Blacklist:

Geolocation Information

Country:Malaysia my flag
State/Region:Selangor
City:Petaling Jaya
Latitude: 3.0833  (3° 4′ 59.88″ N)
Longitude: 101.65  (101° 38′ 60.00″ E)

Penamaan calon 20 April, undi 5 Mei

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.

Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.


Sinar Harian

Kelantan turun skuad kedua

KELANTAN bakal pertaruhkan skuad kedua apabila bertemu juara Liga Vietnam musim lalu, SHB Da Nang pada aksi perlawanan pertama pusingan kedua Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Chi Lang, petang ini.

Empat tonggak utama iaitu Kapten, Mohd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, Mohamad Zamri Ramli dan Mohd Daudsu Jamaluddin tidak ikut serta menyertai skuad kendalian Bojan Hodak atas alasan perlu direhatkan sebagai persediaan menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pertemuan Liga Super di Kota Bharu, Sabtu ini.

Pengurus The Red Warriors (TRW), Azman Ibrahim berkata, keputusan untuk tidak membawa empat pemain tersebut bukan bermakna pasukannya memandang mudah apabila bertemu SHB Da Nang, lawan yang ditewaskan dengan jaringan 5-0 pada aksi pusingan pertama di Kota Bharu, minggu lalu.

Info Piala AFC 2013 : Siaran langsung SHB Da Nang vs Kelantan


Live Astro 812

7 Apr 2013

Info Piala FA 2013 : Keputusan penuh suku akhir pertama

Aggr.     Kelantan     2 - 1     Sarawak
Sat     06/04/13     Kelantan     2 - 1     Sarawak        
Tue     16/04/13     Sarawak     20 : 15     Kelantan
       
Aggr.     Selangor     2 - 1     Darul Takzim
Sat     06/04/13     Darul Takzim     1 - 2     Selangor        
Tue     16/04/13     Selangor     20 : 45     Darul Takzim
       
Aggr.     Negeri Sembilan     1 - 3     Terengganu
Sat     06/04/13     Negeri Sembilan     1 - 3     Terengganu        
Tue     16/04/13     Terengganu     20 : 45     Negeri Sembilan
       
Aggr.     Pahang     0 - 0     Sime Darby
Sat     06/04/13     Pahang     0 - 0     Sime Darby        
Tue     16/04/13     Sime Darby     20 : 45     Pahang    

Info : Soccerway

6 Apr 2013

Info Piala FA 2013 : Kelantan vs Sarawak

Keputusan penuh :

Kelantan 2 - 1 Sarawak

Gol-gol hasil jaringan Faiz Subri minit ke 7 dan Khairul Izuan minit ke 19.

Gol Sarawak dijaringkan oleh Joseph Kalang separuh masa kedua

5 Apr 2013

Info siaran langsung Piala FA 2013 : Kelantan vs Sarawak

Update Suku Akhir 1 :

Kelantan vs Sarawak
Stadium Sultan Muhammad ke IV
Sabtu,6 April
8.45 mlm

Siaran langsung Astro Arena 802

Sime Darby vs Pahang

Live RTM1

johor DT vs Selangor

Live astro arena 801

3 Apr 2013

Kelantan berpesta gol

Kota Bharu: Kelantan menerajui Kumpulan G selepas berpesta gol ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak musim lalu selain meleburkan SHB Da Nang yang tidak pernah tewas selepas tiga perlawanan sejak saingan AFC bermula.

Seawal minit pertama, pertahanan tuan rumah sudah diuji menerusi rembatan penyerang import SHB Da Nang, Merlo Sebastian Gaston selepas menerima lorongan Giang Tran Quach Tan namun ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamat keadaan.
Tersentak asakan awal pelawat, anak didik skuad kendalian Bojan Hodak mula mengatur gerakan pada minit kedua menerusi penyerang import bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme yang melakukan hantaran lintang sebelum pemain veteran, Indraputra Mahayuddin melakukan rembatan namun melepasi palang gol.

Dua minit berselang, Nwakaeme membuka tirai jaringan menerusi percubaan luar kotak penalti selepas menerima hantaran pemain sayap, Mohd Faiz Subri yang mempamer kelincahan melepasi tiga pemain lawan.

2 Apr 2013

AFC Cup 2013 : Kelantan belasah SHB Da Nang

Keputusan penuh :

Kelantan 5-0 SHB Da Nang

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Nwakaeme,Faiz Subri,Indra Putra,Petratos dan Badri Radzi.

1 Apr 2013

TRW tolak stadium baru

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menggunakan stadium kerajaan negeri di Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, bagi tujuan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors (TRW).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dipetik menerusi laman sosialnya berkata, demi keselesaan penyokong, TRW akan terus menyewa Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebagai gelanggang rasmi sehingga mempunyai stadium sendiri diuruskan oleh mereka.

 “Yang pasti Kafa dan TRW tidak akan menyewa di sana jika siap dibina sekali pun. Ramai yang minta saya komen tapi saya tidak mahu komen. Itu hak kerajaan negeri hendak buat atau janji apa-apa. Kafa tidak terlibat, tidak pernah dilibatkan, malah tidak tahu menahu (perkara ini).

“Kita hanya dengar (pembinaan stadium itu) menerusi akhbar dan iklan. Difahamkan ia sebuah stadium pelbagai guna bagi tujuan aktiviti sukan, ceramah dan lain-lain,” katanya.

 Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pecah tanah projek membina stadium bernilai RM320 juta di Bukit Merbau.

Difahamkan stadium berkenaan, apabila siap, mempunyai kemudahan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China.