Keputusan Penuh :
Kelantan 1 - 0 Selangor
(M.Ghaddar m25)
Kelantan akhirnya berjaya membenam ego Selangor dengan mengalahkan jaguh lembah klang tersebut dengan 1-0.Walaupun ianya hanyalah kemenangan tipis ianya tetapi cukup berharga buat Kelantan kerana berjaya merampas takhta liga super dari pendahulu Lions XII.
![]() |
| Kelantan akhirnya berada dipuncak liga selepas sekian lama diterajui Lions XII |
Mohammad Ghaddar sekali lagi membuktikan bahawa beliau membawa 'tuah' kepada pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol berharga buat Kelantan hasil tandukan cantik dari sepakan sudut.
Malam ini juga menyaksikan pemain-pemain Selangor 'naik angin' terhadap Ghaddar,Beliau sering dikasari namun pengadil perlawanan cukup lembut hati malam ini.





