12 Jun 2012

Keputusan perlawanan persahabatan 2012 Malaysia vs Singapura

Malaysia 2 - 0 Singapura

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Shakir Ali pada separuh masa pertama melalui tandukan cantik hasil hantaran Norshahrul.

Pemain yang cukup kreatif dan bertenaga malam ini adalah Shafiq Rahim yang berjaya melakukan jaringan cantik melalui sepakan percuma yang diperolehi setelah Norshahrul di jatuhkan pemain Singapura.

Kemenangan ini amat bermakna kerana misi untuk membalas dendam kekalahan 3-5 kepada Singapura tahun lepas terbalas.

Tahniah buat Skuad negara kerana berjaya membenam Singapura dan Tahniah juga buat pengadil dari Thailand yang berjaya mengadili perlawanan ini dengan baik tanpa memihak kepada mana-mana pasukan.



Tiada ulasan: