2 Feb 2015

Bila 'Sultan Melaka' berbicara...


Beta sangat berdukacita dengan tifo bapa anjing untuk FAM dan tifo anak anjing untuk negeri Pahang. Kalau nak ikutkan beta sendiri pun tidak sukakan FAM. Tapi tak ada la sampai melampau-lampau nak samakan mereka dengan binatang. lagi teruk samakan mereka dengan anjing. Tifo ini memberi gambaran jelas senaknya otak sesetengah rakyat JDT. bangangnya pemikiran mereka. saikainya ideologi mereka dah sama taraf penyokong zoo negara tempat binatang berteduh. Sehingga mendapat murka dari Tengku Puan Pahang yg juga anak jati Istana Diraja Johor Darul Takzim.

Jika ikutkan perpepsi penyokong JDT, mereka mendakwa mereka sering menjadi mangsa FAM. Tahukah kamu sebelum ini pasukan Kelantan juga berfikiran sama seperti kalian malah mereka lagi teruk di 'buli' oleh Fam. lagipun Presiden negeri mereka bukan dari golongan kerabat, bukan dari golongan 'anak beranak'. Bukan dari golongan bangsawan. Mereka lagi mudah untuk ditekan. Tiada kuasa untuk menentang balik. Sekurang-kurangnya kamu ada 'Penasihat FAM' yg boleh 'menghentam' secara terbuka badan induk tersebut tanpa rasa takut. Tapi Seteruk-teruk penyokong TRW dulu tak ada sampai membodohkan diri dengan banner anjing dalam stadium cam ni. Hanya binatang saja yg gemar gelarkan orang lain binatang.

Yang paling beta tak faham ada sesetengah penyokongnya berbangga dengan banner cam ni. Apakah zaman kecil dulu banyak makan semut.? Banyak sangat makan kari kepala ikan..? Sehingga tak mampu nak fikir yg mana baik yg mana buruk. Beta ingatkan IJF dah tak ada mereka lebih bertamadun menjadi penyokong yg baik rupanya jangkaan beta salah. ada lagi rupanya sakai yg tak bertamadun dibenarkan masuk dalam stadium berada bersama org awam.

Walaupun hanya setengah antara kamu yg membuat kerosakkan ini. Ada juga yg tidak menyokong perkara ini. beta ucapkan terima kasih kepada penyokong yg matang. tapi kerana perkara inilah mewujudkan perpepsi negatif kepada seluruh negara bahawa betapa teruknya rakyat negeri kamu. Mencalarkan reputasi TMJ sebagai Presiden PBNJ.

Janganlah kita melampau2 membenci pihak lain kelak nanti org juga membenci kita. Jika ada rakyat negeri lain yg benci kamu selepas ini, jangan kamu tanya kenapa. Soalan dah ada jawapan juga dah ada. Matlamat singkirkan fam dah betul. Caranya saja yg salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Ibarat kata pepatah kerana sperma setitik rosak satu negeri.

p/s:ada ke Sultan Melaka?

Tiada ulasan: