31 Jan 2010

Hatrik Nor Shahrul julang Kelantan


KEPUTUSAN PENUH:
KELANTAN 3
Norshahrul Idlan Talaha (mnt-46,50,88 p)
P.PINANG 1
V.Jaganathan pada (mnt-13)

Kelantan berjaya menepati ramalan dengan menumpaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semalam.

Membariskan skuad yang hampir sama ketika menetang Johor FC dan Perak kecuali merehatkan Daudsu Kelantan bermula hambar apabila gagal menembusi benteng Pulau Pinang yang bermain secara defensive.

Separuh masa pertama perancang utama Kelantan Badri dan Shakir Shaari ternyata gagal merencanakan hantaran-hantaran menarik untuk barisan depan Kelantan yang di ketuai Indra dibantu Nor Farhan,Hairuddin serta Norshahrul.

Pulau Pinang yang bermain bertahan seolah-olah 'tidak mahu menyerang' tiba-tiba berjaya mengaibkan Kelantan pada minit ke-13 menerusi tandukan V.Jeganathan yang tidak dikawal menanduk mudah hantaran Mohamad Haslan berjaya menewaskan Halim Napi.

Tersentak dengan gol tersebut Kelantan mengandakan asakan namun 'kekebalan' benteng Pulau Pinang serta strategi yang tidak menjadi(stategi sama sahaja) menyebabkan pintu gol Pulau Pinang gagal ditembusi dengan aksi hebat penjaga gol mereka Amir Omar yang bertindak cemerlang.
Aksi Norshahrul ketika menentang Manchester United
Kelantan seharusnya berterima kasih kerana Nor Shahrul bijak memanfaatkan peluang yang diperolehi dengan menghasilkan gol penyamaan untuk Kelantan.Gol tersebut berpunca dari hantaran Indra Putra yang disambut kemas oleh Nor Shahrul dan melepaskan sepakan kencang separa pinggang menewaskan Amir Omar untuk memberikan Kelantan gol semangat diminit-minit akhir perlawanan separuh masa pertama.

Kelantan melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Halim Napi dan membawa masuk Syed Adney serta mengubah sedikit strategi perlawanan dengan membuat hantaran-hantaran pendek.Hasilnya Kelantan memperolehi gol kedua pada minit ke-50 menerusi Nor Sahrul yang sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gol Pulau Pinang.

Selepas gol kedua terhasil Kelantan terus mengasak ke kubu Pulau Pinang dan Norshahrul meledakan gol ketiga buat dirinya tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana dikatakan offsaid.

Hairuddin Omar memperolehi peluang terbaik pada minit ke-63 apabila lontaran jauh Azizi gagal ditanduk kemas dan melambung tinggi melewati palang.Hairuddin sekali lagi mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol 'tunggal' perbadinya apabila sepakan sudut yang diambil Badri singgah kekepalnya namun tandukannya sipi kekanan gol Pulau Pinang.

Kelantan melakukan dua pertukaran lagi dengan mengeluarkan Norfarhan dan mengantikan dengan S.Chanturu serta mengeluarkan Hairuddin Omar dan mengantikan dengan Zamri Ramli.

Kemasukan Chanturu sedikit sebanyak merancakkan tempo permainan pasukan Kelantan dengan larian-larian pantasnya berjaya mengucar-kacirkan petahanan Pulau Pinang yang jelas keletihan akibat diasak hebat oleh barisan penyerang Kelantan.

Nor Shahrul akhirnya mencipta hatrik untuk dirinya musim ini apabila menyempurnakan sepakan penalti yang sekaligus memberikan gol ketiga kepada Kelantan.Sepakan penalti tersebut diperolehi apabila Nor Shahrul berjaya melepasi tiga pertahanan Pulau Pinang yang mengepongnya dan berjaya meloloskan diri dan pemain Pulau pinang tiada pilihan terpaksa menjatuhkan beliau dalam kotak penalti.

Tahniah kepada Indra yang sepatutnya mengambil sepakan penalti tersebut tetapi atas semangat berpasukan beliau memberikan sepakan penalti itu kepada Nor Shahrul.

Komen yang boleh diberikan secara keseluruhan permainan malam tadi adalah gandingan penyerang-penyerang Kelantan masih lagi tidak menunjukkan prestasi yang menyakinkan dan kurang persefahaman dengan bahagian tengah yang dikemudi oleh Badri dan Shakir ternyata masih gagal mencari keserasia

Walaupun Kelantan menguasai perlawanan tetapi jentera tengah masih lagi tidak kreatif dan hanya mengharapkan skill individu terutamanya dari Badri untuk memberikan hantaran-hantaran menarik kepada penyerang.

Prestasi terbaik Nor Shahrul berjaya menyelamatkan Kelantan pada perlawanan ini yang dikira telah berjaya menyumbangkan 5 gol tetapi telah dinafikan oleh penolong pengadil yang mengatakan beliau dalam kedudukan offsaid padahal beliau menyepak bola muntah dari penjaga gol Pulau Pinang yang sebelum ini menepis sepakan jarak jauh Chanturu.

Apapun Kelantan berjaya memperolehi 3 mata berharga dan banyak lagi perlu dilakukan oleh Sathianatan jika ingin membawa Kelantan menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

Kesebelasan utama: Halim Napi (Syed Adney), Farisham, Subra, Azizi, Ropi, Shakir, Piya, Indra(kp), Farhan (Chanturu), Hairuddin (Zamri), Norshahrul.

Credit: M'yo..... Hairuddin out perfome and Air.....Air....Air......bukan gomo klate gomo...huhuhuhu...

Serupo biasa.. gambar Kelantan vs Pulau Pinang 30-01-2010













































































































30 Jan 2010

Perlawanan Kelantan vs Pulau Pinang

Separuh Masa Pertama
Kelantan 1-1 Pulau Pinang
Gol Pulau Pinang menerusi V.Jaganathan minit ke-13.
Kelantan menyamakan kedudukan pada masa tambahan oleh Norshahrul Idlan hasil hantaran Indra Putra.


Separuh Masa Kedua
Kelantan 3-1 Pulau Pinang
Kelantan membuat pertukaran dengan mengeluarkan Halim Napi dan menggantikan dengan Syed Adney.
Norshahrul Idlan meletakkan Kelantan di hadapan mendahului Pulau Pinang. 
S. Chanturu dimasukkan menggantikan Norfarhan.
Norshahrul Idlan menambahkan jaringan Kelantan melalui sepakan penalti.


Keputusan Penuh Perlawanan
Kelantan 3-1 Pulau Pinang

Kelantan mahu bangkit

KOTA BHARU – Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengharapkan pasukannya mampu mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang, hari ini selepas seri dengan pasukan ketiga tercorot, Perak pada perlawanan Liga Super, di Ipoh Selasa lalu.

Perlawanan menentang Pulau Pinang, Red Warriors perlu menumpul mata penuh bagi memastikan pendakian memburu kejuaraan tidak terbantut. Pertemuan hari ini juga, bakal dijadikan titik tolak kebangkitan semula pasukan itu, selepas hanya mengumpulkan sembilan mata daripada lima perlawanan.

Hanya kemenangan dapat membuktikan skuad tersebut telah bebas daripada masalah dalaman seperti yang dilaporkan bahawa wujud komplot untuk menjatuhkan beliau.

Pertembungan antara skuad Kijang dengan ‘Harimau Kumbang’ di laman sendiri pasti dinanti dengan penuh minat oleh penyokong setia. Menang dengan jaringan yang cukup besar di laman sendiri, pasti ditagih oleh peminat setia selepas dihampakan oleh aksi kurang menyakinkan di Perak, tempoh hari.

Tugas berat dipikul oleh semua para pemain, apabila menyedari bahawa penyokong setia Merah Putih hanya mengharapkan kemenangan pada pertemuan hari ini. Berdasarkan rekod pertemuan Liga Super yang lepas, juga perlawanan Piala Malaysia, menentang Pulau Pinang, semuanya memihak kepada Kelantan. Tampil dengan barisan bintang, percaturan di atas kertas juga dilihat lebih memihak kepada kelantan. Namun, harus diingat memandang rendah kemampuan lawan pasti mengundang padah.

Kelantan pastinya akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk merobek gawang pasukan lawan. Gandingan Hairuddin Omar dan Nor Shahrul Idlan Talhah, pasti sekali lagi menjadi pertaruhan Sathianathan. Selepas dikritik hebat oleh peminat, gandingan Hairuddin-Nor Shahrul perlu membuktikan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik. Andainya gandingan ini masih lagi gagal membuktikan sentuhan penyudah yang ampuh, tidak salah rasanya mencuba gandingan Nor Farhan dan Nor Shahrul.

Di posisi tengah, Kelantan dilihat tidak mempunyai sebarang masalah. Gandingan Indra Putra Mahayuddin, Shakir Shaari dan Badri Radzi sudah pun menampakkan keserasian. Kombinasi ini dilihat mampu menggerakan posisi tengah Kelantan yang dikatakan tenggelam ketika bertemu Perak, terutama di separuh masa pertama.

Di posisi yang tidak perlu dipertikaikan ialah pertahanan, Azizi Mat Rose berjaya membentuk gandingan yang mantap bersama S.Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin dan zairul Feetri Ishak.

Ini bermakna, Sathianathan tiada alasan untuk mencatat satu lagi keputusan seri, apatah di depan peminat sendiri hari ini.-utusan

28 Jan 2010

Benarkah wujud 'ribut' dalam skuad Kelantan?



KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim (gambar) memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan pemain yang cuba untuk menimbulkan 'kekacauan' dalam pasukan tersebut sehingga menjejaskan pretasi dan tumpuan untuk merangkul kejuaraan pada musim ini.

Amaran daripadanya itu dibuat selepas diajukan soalan mengenai timbulnya 'ura- ura' mengatakan wujudnya komplot untuk menjatuhkan ketua jurulatih, B. Sathianathan daripada menerajui pasukan yang digelar 'The Red Warriors' itu.

Beliau menegaskan, sekiranya benar wujud komplot tersebut pemain tidak seharusnya terlibat atau terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang cuba untuk mencari keuntungan peribadi. "Saya memberi amaran kepada pemain, sekiranya mereka dikenal pasti sebagai 'pembawa' masalah kepada pasukan, kita akan mengambil tindakan tegas. "Jangan sesekali cuba menimbulkan perasaan kurang senang di dalam pasukan dan mudah termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Azman meminta para pemain menunjukkan prestasi yang terbaik seperti mana yang dimiliki mereka sebelum ini. Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan ketiga tercorot Liga Perdana, Perak di Stadium Perak, Ipoh.
Prestasi pasukan Kelantan pada awal musim ini selepas melalui enam perlawanan agak merudum berbanding musim lalu dengan hanya mencatatkan dua kemenangan, tiga seri dan satu kalah dengan gol yang memalukan kepada Kedah pada 19 Januari lalu. Walaupun dibarisi pemain bintang dan berpengalaman skuad tersebut dilihat menghadapi masalah dengan ketumpulan jentera serangan.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan, komplot itu didakwa didalangi pihak yang mempunyai kepentingan dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana tidak berpuas hati dengan alasan tertentu.
Menurut sumber itu lagi, mereka yang terlibat ini dalam gerakan ini boleh diumpamakan sebagai 'gunting dalam lipatan' sehingga mempengaruhi persembahan skuad Kelantan dalam kancah Liga Super musim ini.

"Saya percaya selagi 'tangan-tangan ghaib' ini bersama KAFA, prestasi Kelantan musim ini akan jatuh mendadak. "Mereka yang menyebarkan cerita-cerita yang kurang enak didengar bertujuan untuk menghasut para pemain sehingga wujud 'puak' tertentu di dalam pasukan. "Berdasarkan prestasi semasa, ternyata para pemain Kelantan berdepan masalah hubungan di luar padang sehingga terbawa-bawa ketika dalam perlawanan," dakwanya.

Beliau mendakwa, rancangan ini dilihat hampir berjaya apabila penyokong mula mempertikaikan kredibiliti skuad Kelantan. "Dengan barisan bintang yang dimiliki, kita sepatutnya tidak berada pada kedudukan ini tetapi kumpulan ini menjadi punca kenapa kita hanya berada di sini," tegasnya.

Katanya, KAFA perlu bertindak tegas bagi memastikan para pemain bebas daripada dipengaruhi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelakkan ia menular dan menjadi barah kepada pasukan.

27 Jan 2010

Apa dah jadi???

Seri!Seri!Seri!!!

Kelantan sekali lagi memberikan keputusan seri kepada peminat-peminat setia mereka.Apa dah jadi kepada pasukan bimbingan Sathia ini?jika mereka hanya mahukan keputusan seri lebih baik bermain dalam liga Dun sahaja.

Itu adalah salah satu luahan peminat yang mengeluarkan kenyataan ekoran Kelantan seri 0-0 dengan Perak.Walaupun membariskan barisan pemain yang hampir sama semasa menentang Johor FC tempohari Kelantan gagal menjaringkan gol.

Pihak pengurusan KAFA telah melakukan pelbagai usaha bagi mengembalikan kembali prestasi pemain-pemain termasuk mengadakan solat hajat serta 'membuang setan-setan jahat dalam pemain' tapi pemain masih gagal lagi mempamerkan corak permainan.

KAFA perlu mengadakan 'post mortem' besar-besaran selepas ini dan mencari punca sebenar pemain-pemain tidak dapat menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan.

Mungkinkah ada sikap berpuak-puak diantara pemain seperti yang diwar-warkan,perkara ini perlu dipandang serius oleh KAFA.

Sesetengah pemain juga mungkin tidak berpuashati dengan 'status' gaji yang diberikan kerana mungkin terdapat jurang gaji yang besar dikalangan pemain-pemain.

KAFA juga perlu membuat penilaian tentang ketua jurulatih Kelantan B.Sathianathan yang dicemuh hebat oleh penyokong-penyokong Kelantan kerana gagal memberikan 'ramuan istimewa' untuk Kelantan tahun ini.

Jika diukur prestasi pemain-pemain liga super musim lepas lebih baik kerana banyak gol yang terhasil serta kombinasi mantap Indra dan Farhan yang dilihat amat serasi diletakkan bersama cuma barisan pertahanan yang menjadi masalah kepada Kelantan tetapi musim ini perkara sebaliknya yang berlaku....defend kemah...striker hampehh...

Penyokong-penyokong Kelantan sekarang ternyata kecewa dengan prestasi semasa pasukan the red warriors ini kerana mereka begitu mengharapkan Kelantan dapat memberikan persembahan terbaik kepada mereka tetapi selepas enam perlawanan nampaknya pemain-pemain masih terkial-kial untuk mencari  siapa diri mereka sendiri.

Keputusan perlawanan Liga Perdana 2010 (P-6)

KEPUTUSAN PENUH:

PERAK FA 0-0 KELANTAN FA

26 Jan 2010

Kelantan bernafsu besar

Kelantan akan berkunjung ke Stadium Perak Ipoh dalam perlawanan liga super menentang Perak malam ini.

Setelah membenam Johor FC di Kota Bharu sabtu lepas Kelantan dilihat bernafsu besar untuk membenam Perak dihadapan penyokong mereka.

Hajat tersebut akan tercapai jika barisan pemain-pemain Kelantan dapat mempamerkan aksi terbaik terutamanya Hairuddin Omar yang masih lagi tercari-cari gol sulung dalam saingan liga super ini.

Barisan pertahanan Kelantan perlu lebih berhati-hati kerana Perak mempunyai pemain-pemain muda yang berbahaya seperti Razali Kandasamy dan Nazri yang mempunyai larian pantas dan mampu membelah pintu gol Kelantan yang mungkin akan diisi oleh Syed Adney.

Barisan penyerang Kelantan juga perlu memecah benteng Perak yang diketuai oleh K.Nanthakumar yang terkenal dengan kekentalannya.

Apapun jika pemain-pemain dapat mempamerkan aksi terbaik tidak mustahil Kelantan mampu menewaskan Perak dengan jaringan yang besar.

Jurulatih Kelantan B.Sathianathan sekarang sudah pasti sedang berkira-kira untuk menurunkan barisan terbaik dan yang pasti kesebelasan pemain semasa menentang Johor FC tempohari perlu dikekalkan cuma perlu dibuat sedikit rombakan dengan memberi peluang kepada Akmal bermain sekurang-kurangnya sebagai 'supersub'.

Kehadiran penyokong-penyokong Kelantan ke Stadium Perak sememangnya ditagih oleh barisan pemain-pemain Kelantan bagi 'menyaingi' ribuan penyokong-penyokong Perak malam ini dan seterunya menaikkan semangat pemain-pemain Kelantan.

"Sesungguhnya penyokong Kelantan adalah penyokong terbaik di Malaysia,kemana sahaja pasukan bermain pasti akan ada penyokong Kelantan hatta ke Terengganu sekalipun"

Kelantan sedia gegar Perak


KOTA BHARU - Kapten Pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin memberitahu bahawa moral rakan sepasukannya kembali pulih menjelang pertemuan dengan Perak, malam ini.

Indra ketika dihubungi berkata, rakan-rakannya kini bersedia menggempur kubu Perak dan berharap agar pasukannya mampu membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu.

"Kami akan cuba mengekalkan rentak kemenangan pada pertemuan dengan Johor FC, Selasa lalu sebagai tonik kebangkitan semula.

"Kemenangan ini sememangnya penting dalam misi kami untuk terus memburu kedudukan terbaik dalam liga," ujarnya.
Indra menjelaskan bahawa dia dan rakan sepasukan sudah mula menampakkan keserasian terutama di bahagian serangan yang dilihat agak tumpul sebelum ini.

"Saya memohon agar penyokong bersabar dan dapat memberikan kami sedikit masa lagi untuk membentuk gandingan mantap," katanya.

Dalam pada itu, Indra mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Kelantan yang terus memberikan sokongan kepada pasukan tersebut.

"Walaupun Kelantan kalah kepada Kedah pada 19 Januari lalu, penyokong tetap datang memberikan sokongan. Ini jelas membuktikan bahawa pasukan Kelantan tidak berseorangan ketika berjuang," tegasnya.

utusan

25 Jan 2010

Penganggur dipenjara, denda bawa mercun ke stadium

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang penganggur kerana memiliki mercun sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super membabitkan Kelantan dan Johor FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, Sabtu lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad juga memerintahkan Mohd Zafizie Mohd Zawawi, 29, dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Sewaktu menjatuhkan hukuman, Nik Habri berkata tindakan Mohd Zafizie membawa mercun ke dalam stadium adalah suatu tindakan yang serius kerana boleh mengancam nyawa penonton dan juga boleh menyebabkan rusuhan.

"Ini satu perbuatan serius kerana stadium adalah tempat untuk bersukan dan bergembira dan bukannya tempat untuk melakukan keganasan.

"Hukuman yang saya jatuhkan ini boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak dan setelah mahkamah mendengar rayuan kamu, kepentingan awam mengatasi segalanya," katanya.

Tertuduh, dari Masjid Kampung Pauh, Panji di sini, didakwa memiliki lima butir mercun bola di lorong pintu masuk J stadium itu oleh anggota polis yang menahannya pada jam 9 malam.

Ketika diperiksa, semua mercun yang dibungkus dalam kertas putih, ditemui dalam poket seluarnya.

Tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah semalam, dalam rayuannya pada prosiding hari ini, meminta hukuman diringankan dan telah insaf atas kesalahan tersebut.

"Ini kesalahan pertama saya dan saya mohon diringankan hukuman kerana tidak akan melakukan lagi perbuatan ini dan juga saya tidak bekerja," katanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh bulan dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan kes itu dijalankan Pegawai Pendakwa ASP Mohd Riduan Phang Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, selain Mohd Zafizie, seorang lagi tertuduh, juvana berumur 17 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret berasingan kerana memiliki dua butir mercun di stadium itu dan mahkamah menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman. - Bernama

Anggota polis meningkatkan lagi pengawalan di Stadium Mohd IV.
Hmm..cara ini memang berkesan.. :)

Kelantan tagih khidmat Syed Adney


Setelah menunjukkan prestasi cemerlang dalam 3 perlawanan sebelum ini iaitu ketika menentang Terengganu,Perlis dan Johor reputasi penjaga gol utama Kelantan Syed Adney sedikit tercalar kerana melepaskan gol 'kurang cerdik' semasa menentang kedah.

Beliau yang sememangnya terkenal dengan sikap 'slow motionnya' perlu merubah perwatakannya jika ingin terus menyumbangkan bakti kepada pasukan Kelantan.

Syed Adney juga dilihat diatas padang kurang 'bersuara' serta beraksi bersahaja dan seperti tidak bermaya dan tegas.

Namun kehebatan beliau dalam tiga perlawanan sebelum ini mungkin tidak disedari oleh penyokong Kelantan dan terus menghukum beliau akibat melepaskan gol cuai semasa menentang Kedah tempohari.

Jika itu dijadikan ukuran kita sebenarnya bersikap tidak adil terhadap Syed Adney dan seboleh-bolehnya berilah peluang kepada beliau untuk memperbetulkan keadaan dan menunjukkan prestasi sebenar beliau dalam perlawanan akan datang.

Bagi yang menyaksikan perlawanan Kelantan bertemu Johor FC penjaga gawang veteran Kelantan Halim Napi ternyata tidak 'sesuai' untuk menjadi penjaga gol utama Kelantan kerana faktor usia serta kurang cergas akibat sudah lama tidak beraksi dipentas liga super setelah kali terakhir mewakili Kelantan pada final Piala Malaysia musim lepas.

Jika diikutkan Halim Napi ingin terus bersara tetapi apakan daya KAFA terpaksa menggunakan khidmat beliau bagi 'meredakan' kemarahan penyokong-penyokong Kelantan serta ingin menarik kembali penyokong-penyokong ke stadium,buktinya hampir 20000 penyokong setia Kelantan membanjiri stadium pada pertemuan Kelantan dengan Johor FC sabtu lepas.

Apapun diharapkan Syed Adney dapat memberikan persembahan yang lebih konsisten dan jangan mengulangi kesilapan beliau kerana sekali lagi beliau melakukan kesilapan bodoh tersebut kariernya bersama Kelantan mungkin terkubur awal.

Kepada semua penyokong-penyokong Kelantan berilah peluang kepada beliau untuk menebus 'dosa' beliau yang telah melepaskan tiga mata berharga kepada Kedah dan sokongkan peminat amat ditagih beliau bagi mengembalikan semangat yang telah hilang akibat di ejek penyokong-penyokong Kelantan.

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis.

Syed Adney tak terjejas, prestasi Halim goyah

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad BHarian


PELUANG kembali beraksi dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Johor FC malam kelmarin, bukan jaminan penjaga gawang veteran Kelantan, Halim Napi, akan kekal pada kedudukan itu.

Ini kerana, prestasinya ketika menyahut peluang yang diberikan itu, dilihat masih kurang memberangsangkan apabila gawangnya turut dibolosi lawan.

Mengakui keadaan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, berkata keringat Halim hanya akan ditagih mengikut strategi serta kesesuaian pasukan ketika menentang lawan tertentu.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa penjaga gol utama masih lagi Syed Adney Syed Husain, manakala Halim setakat ini diletakkan sebagai penjaga gol ketiga.

"Kemasukan Halim bukan bermakna kami mengetepikan Syed Adney, cuma dia direhatkan bagi memulihkan semangatnya akibat kekalahan ketika menentang Kedah Selasa lalu.

"Malah, penjaga gol kedua juga akan digunakan khidmatnya nanti. Ketika ini, Kelantan mempunyai pemain yang mampu memenuhi keperluan posisi tertentu tanpa menjejaskan prestasi pasukan," katanya.
Awal musim ini, Halim dilantik sebagai pembantu jurulatih penjaga gol Kelantan, sebelum diberi peluang kembali beraksi dalam saingan ekoran aksi kurang meyakinkan Syed Adney.

Annuar berkata, khidmat pemain simpanan Kelantan juga akan digunakan sepanjang musim ini, bagi membolehkan mereka membuktikan mampu menyumbang kepada kejayaan kepada Red Warriors.

"Kalau tidak nanti, pemain simpanan akan terus menjadi simpanan sepanjang masa dan tidak dapat menunjukkan bakat mereka. Saya akan pastikan semua pemain mempunyai peluang, tanpa menjejaskan prestasi pasukan," katanya.

Jurulatih Kelantan, B Sathiananthan, juga tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Halim ketika aksi menentang Johor FC.

24 Jan 2010

Kelantan benam Johor FC



Kesebelasan utama Kelantan

Tarikh: 23-01-10
Masa : 8.45 mlm
Venue: Stadium Sultan Muhammad IV, KB.
Tiket : RM25 GS, RM12 Open.
Pemain terbaik perlwanan: Azizi Matt Rose

Kelantan akhirnya berjaya membuktikan bahawa mereka adalah pasukan pilihan untuk liga super kali ini apabila membenam Johor FC 4-1 semalam.

Bermain di hadapan hampir 20000 penyokong sendiri, Kelantan yang melakukan sedikit perubahan pada jentera serangan dan pertahanan dengan merehatkan Akmal Rizal Rakhli serta mengantikan dengan penyerang berbisa Kelantan, Nor Farhan yang baru pulih dari kecederaan. Kelantan juga menyenaraikan pemain veteran Halim Napi sebagai penjaga gol utama dan merehatkan Syed Adney.
Gandingan Farhan-Indra-Hairuddin-Norshahrul ternyata memberikan nafas baru buat jentera serangan Kelantan di mana seawal minit ke-2, rembatan Farhan berjaya diselamatkan penjaga gawang Johor FC Jeevanathan.

Kelantan mengandakan asakan dan akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-16 apabila pemain emas sukan sea, Norshahrul melepaskan rembatan kencang menewaskan Jeevanathan. Gol tersebut berpunca daripada 'lontaran emas' pemain pertahanan Azizi yang berlaku pergelutan di depan gol dan berjaya disambar oleh Norshahrul dan seterusnya menghasilkan gol semangat untuk Kelantan.

Gol tersebut ternyata melalaikan pemain-pemain Kelantan dan peluang tersebut diambil oleh pemain-pemain Johor Fc yang melakukan serangan balas pada minit ke-19 melalui Mohd Riduwan yang melepaskan rembatan menewaskan Halim Napi menjadikan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua, Kelantan melakukan serangan awal dan berjaya memperolehi gol kedua pada minit ke-46. Gol tersebut berpunca dari sepakan sudut Badri Radzi yang di tanduk kemas oleh Azizi Matt Rose menewaskan penjaga gol Johor FC.

Indra Putra menambah duka Johor FC apabila meledakkan gol ketiga Kelantan. Gol tersebut diperolehi melalui sepakan percuma yang diambil oleh Badri Radzi yang disambut Indra dan terus melakukan rembatan kencang menewaskan Jeevanthan sekali lagi.

Kelantan melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Khairan dan Chanturu serta mengeluarkan Shakir dan Norsharul.

Kemasukan Chanturu ternyata memberikan impak yang besar kepada jentera serangan kerana larian pantasnya berjaya mengelirukan pertahanan Johor FC.

Gol keempat Kelantan juga berpunca dari hantaran lintang yang dilakukan oleh beliau yang disempurnakan oleh Norfarhan pada minit ke-70 perlawanan.

Kelantan melakukan sekali lagi pertukaran dan merehatkan Nor farhan dan memasukkan Zamri Ramli pada minit ke-75.

Pemain-pemain Kelantan ternyata berjaya meningkatkan aksi permainan semalam dan B.Sathianathan boleh tersenyum lebar dengan melihat kejayaan 'The Red Warriors' melakar kemenangan membelasah Johor FC.

Perjalanan masih jauh dan pemain-pemain diingatkan supaya mengekalkan prestasi mereka jika ingin melihat Stadium Sultan Muhammad ke-IV sentiasa penuh dan kewangan KAFA sentiasa terjamin.

Gambar-gambar sekitar perlawanan Kelantan vs Johor FC













Dari lensa ambo yang tiada pas jurugambar (",)









































































































































































Penerima anugerah permain terbaik perlawanan, Azizi Matt Ros aka Mat Rem

23 Jan 2010

Perlawanan Kelantan vs Johor FC

Keputusan Separuh Masa Pertama
Kelantan 1-1 Johor FC
Gol Kelantan dijaringkan oleh Shahrul Idlan Talha pada minit ke-18 manakala gol Johor FC dijaringkan oleh Riduan Moin pada minit ke-21

Keputusan Separuh masa Kedua
Kelantan 4-1 Johor FC
Tandukan Azizi hasil sepakan percuma Badri Radzi.
Indra dan Farhan menambahkan jaringan gol.

Keputusan Penuh Perlawanan
Kelantan 4-1 Johor FC

Kelantan hanya mahu menang


Mohd. Halim (kanan) kembali mendapat kepercayaan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.


KELANTAN tidak mempunyai pilihan kecuali menang apabila turun menentang Johor FC di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.


Kemenangan tersebut amat diperlukan oleh The Red Warriors bukan sahaja untuk menjamin kedudukan mereka di dalam liga tetapi ia juga bagi memulihkan imej pasukan dan keyakinan penyokong mereka.

Kekalahan memalukan ketika menentang Kedah, Selasa lalu akibat 'gol cuai' perlu segera ditebus ketika peminat mula mendesak supaya rombakan dilakukan termasuk pengunduran ketua jurulatihnya, B. Sathianathan.

Aksi hambar dalam empat perlawanan sebelum ini dengan hanya mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kalah tidak dapat diterima oleh peminat ketika pasukan mereka dibarisi ramai pemain berstatus bintang.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang tidak cepat melatah.

Beliau dengan yakin, percaya pemain Kelantan akan bangkit mencari kemenangan pada perlawanan seterusnya dan mampu merealisasikan impian sekurang- kurangnya mendapatkan satu piala untuk musim ini.

Ketika tekanan yang begitu memuncak, beliau mengambil keputusan memanggil semula penjaga gol berpengalaman, Halim Napi untuk menggantikan Syed Adney Syed Hussein yang masih berdepan dengan krisis hilang keyakinan.

Yang nyata, peminat Kelantan mengharapkan kehadiran semula bekas penjaga gol utama musim lalu itu mampu merubah keadaan dan menambah keyakinan pemain lain.

Sementara itu, pengendali Kelantan, B. Sathianathan tetap optimis anak-anak buahnya mampu membuktikan sesuatu ketika turun menentang Johor FC.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Kelantan tidak berdepan laluan mudah kerana dua perlawanan musim lalu memihak kepada pasukan berstatus kelab dari selatan tanah air itu.

Sathia dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, satu rombakan akan dilakukan dalam kesebelasan utama dengan membayangkan beberapa pemain utama akan direhatkan buat sementara waktu.

Apa yang pasti, peminat mahu melihat jentera serangan pasukan kesayangan mereka lebih menyengat dengan menghasilkan lebih banyak gol dan menghasilkan gerakan-gerakan menarik.

Sebelum ini, jentera hadapan Kelantan kelihatan masih terkial-kial mencari rentak dan keserasian yang ada masih belum mencapai tahap memuaskan.

Kelantan hanya berjaya menghasilkan tiga gol daripada empat perlawanan membuktikan penyerang-penyerang mereka, Hairud- din Omar, Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahayuddin, S. Chanturu dan Nurshahrul Idlan Talaha masih ketandusan idea memecah kubu lawan.-kosmo

22 Jan 2010

Halim kembali pikul tugas penjaga gol

KOTA BHARU - Kelantan membuat kejutan apabila menyenaraikan semula penjaga gol berpengalaman Halim Napi untuk menjaga gawang apabila meredah awal musim ini dengan langkah tidak menyakinkan.

Kemasukan Halim itu dilihat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran aksi 'kurang cermat' Syed Adney ketika perlawanan menentang Kedah Selasa lalu yang menyebabkan Kelantan tewas.

Ternyata pengalaman luas Halim, 39, yang dilantik sebagai jurulatih skuad Piala Presiden dalam kancah bola Malaysia masih diperlukan dan masih sukar ditandingi.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Halim yang dipanggil semula membarisi The Red Warriors dijangka turun beraksi menentang pasukan Johor FC, Sabtu ini.

"Tugasnya sebagai jurulatih akan digantikan bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 80-an iaitu Hamid Ramli yang pernah melatih skuad Melaka, ujarnya di sini, semalam.

Annuar menambah, bagi menghadapi Johor FC, beliau telah mengarahkan Ketua Jurulatih, B. Sathianathan, untuk menurunkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut.

"Kelantan dijangka turun dengan formasi yang berbeza bagi mengembalikan semula moral pasukan dan penyokong setia.

"Saya melihat pertemuan ini bukanlah satu perlawanan mudah, ini kerana Johor FC adalah pasukan yang terkuat musim ini. Rekod musim lepas membuktikan bahawa kita tewas dalam kedua-dua pertemuan dalam Liga Super," jelasnya

Annuar menjelaskan, dalam pertemuan semalam, kesemua pemain telah beriikrar akan berjuang habis habisan dan dijangka akan mempamerkan persembahan lebih mantap sabtu ini.

"Indra, Farhan, Hairuddin dan S. Chanturu dijangka turun bagi mengepalai jentera serangan kelantan yang dilihat agak tumpul sebelum ini, tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberitahu, satu solat hajat akan dilakukan di Masjid Tuan Haji Musa, Bukit Marak Bachok, Jumaat ini. - utusan

21 Jan 2010

Janji habuan RM500,000

Oleh Ismail Muhamad
bhkb@bharian.com.my

BAGI tujuan merangsang semangat juang pasukan negeri, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperkenalkan skim bonus keseluruhan sebanyak RM500,000 sepanjang musim ini sekiranya berjaya menjuarai Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia serta bonus kemenangan dalam setiap perlawanan dicapai Kelantan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah bonus keseluruhan itu, pihaknya menetapkan setiap RM100,000 akan diagihkan kepada pegawai dan pemain jika berjaya menjuarai Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia manakala RM200,000 lagi diagihkan sebagai bonus kemenangan dalam perlawanan.

“Saya sediakan pelbagai peluang dan insentif bagi menggalakkan semangat dan persembahan terbaik pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia musim 2010,” katanya.

Sementara itu, dia berkata masih terlalu awal untuk menghukum jurulatih dan barisan pemain Kelantan berikutan prestasi kurang menyengat skuad The Red Warriors itu dalam kancah Liga Super, terutama selepas tewas kepada Kedah 1-0 di laman sendiri, kelmarin.

Dia berkata Kelantan bawah bimbingan B Sathianathan masih ada masa memantapkan persembahan sekali gus mencapai sasaran merebut tiga piala musim ini.

“Saya optimis terhadap keupayaan Sathia menyusun barisan mantap di setiap posisi, terutama ketika ketika turun berdepan cabaran Johor FC di gelanggang sendiri Sabtu ini.
Apapun, dia berkata Sathia tidak terlepas daripada penilaian oleh pengurusan Kafa apabila ditetapkan dengan sasaran memenangi satu daripada tiga piala dipertandingkan musim ini sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi jurulatih Kelantan itu.

Annuar: Kekalahan tak jejas misi kami



AKMAL Rizal (tengah) masih gagal membentuk keserasian dengan penyerang skuad Kelantan yang lain.



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) percaya kekalahan pertama skuad Kelantan 0-1 kepada Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin tidak menjejaskan matlamat pasukan itu untuk menjuarai salah satu piala yang dipertandingkan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kekalahan itu dianggapkan sebagai 'pil pahit' yang harus ditelan oleh pemain bagi menghadapi 22 lagi perlawanan Liga Super selepas ini.

Menurutnya, setiap pemain tidak boleh mengambil mudah kekalahan tersebut dan sewajarnya memperkemaskan permainan masing-masing di setiap posisi bagi menghadapi cabaran lebih getir selepas ini.
Katanya, pemain-pemain dinasihatkan bermain dengan penuh semangat serta melupakan segera kekalahan kepada Kedah. "Malam tadi (kelmarin) kita kalah dengan melepaskan satu 'gol cuai' dan saya menganggap gol tersebut sebagai 'lucu'," katanya pada sidang media di Kota Bharu semalam.

Pada perlawanan tersebut, Kedah memperoleh gol tunggal selepas penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussein melakukan kesilapan sehingga memberi kesempatan kepada penyerang Kedah, Azlan Ismail menjaringkan gol pada minit ke-41.

Annuar berkata, beliau mengakui kekalahan yang mengaibkan itu juga dirasai oleh penyokong-penyokong setia Kelantan. Dalam pada itu, beliau memberitahu, KAFA telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) terhadap jurulatih dan pemain pasukan itu.
 
"Selain matlamat, jurulatih dan pemain perlu jelas dengan KPI yang ditetapkan oleh KAFA," ujarnya.
Sementara itu, pengendali Kelantan B. Satiananthan berkata, beliau masih menaruh kepercayaan kepada kredibiliti Syed Adney berdasarkan persembahannya dalam tiga perlawanan sebelum ini walaupun bekas penjaga gol kebangsaan itu melakukan kesilapan sehingga menyebabkan Kelantan tewas kepada Kedah malam kelmarin.

Menurutnya, beliau mengharapkan Syed Adney dapat menunjukkan prestasi sebenar dalam perlawanan lain selepas ini. "Kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku tetapi saya berharap dia segera melupakannya serta tampil lebih bersemangat," katanya.

Bekas jurulatih kebangsaan itu juga mengakui jentera serangan The Red Warriors masih belum serasi berdasarkan kepada empat perlawanan awal sebelum ini. "Tiga gol yang dihasilkan daripada empat perlawanan setakat ini membuktikan bahawa jentera serangannya masih belum serasi dan saya harap masalah ini akan diatasi segera," ujarnya.

20 Jan 2010

Luahan perasaan Syed Adney di Facebook

Syed Adney Saya nak minta maaf kepada semua peminat-peminat..mistake saya yang menyebabkan kami kalah..saya tahu ramai marah dengan saya.saya memang berasa kesal dan sedih dengan kekalahan ini.saya terima dan mengakui silap saya..tetapi saya dan pasukanan kelantan perlu bangkit balik daripada kekalahan ini.perlu ambik sebagai pen...gajaran dan menunjukkan kami masih berbisa.sekali lagi maafkan saya.dari hati saya saya tidak pernah terfikir nak mengecewakan penyokong setia kami..

P/S: Semua penjaga gol terkenal pernah melakukan kesilapan. Semoga Syed Adney belajar dari kesilapan dan memperbaiki mutu permainannya.

Kekalahan yang memalukan di tempat sendiri




Penjaga gol Kelantan, Syed Adney hanya mampu melihat bola membolosi gawang gol angkara kecuaian yang dilakukannya. Bola yang ditendang tertampan kaki pemain Kedah, Azlan Ismail. Kelantan gagal mengutip mata bermain di tempat sendiri apabila kalah kepada Kedah , 0 -1.


Strategi dan percaturan B. Sathianathan gagal menghasilkan keputusan yang baik.


Kedah mendahului Kelantan 1-0 pada minit ke 40.


Sebilangan penyokong Kelantan yang tidak berpuas hati mula membaling 
mercun dan melontar objek ke padang.


Pergaduhan kecil berlaku di antara pemain Kelantan dan Kedah. 
Akibatnya, Che Hisyamuddin dilayankan kad merah pada minit ke 85.

19 Jan 2010

Pahlawan Merah patah pedang di SSMIV.......

KEPUTUSAN PENUH :

KELANTAN FA 0
KEDAH FA 1
Azlan Ismail (mnt-42)
Jumlah penonton : 25,000 

P/S: Gol Kedah hasil ehsan Syed Adney......

Red Warriors perlu baham Sang Kenari


KELANTAN FA vs KEDAH FA
Tarikh: 19-01-10
Masa : 8.45 mlm
Venue: Stadium Sultan Muhammad IV, KB.
Tiket  : RM25 GS, RM12 Open.

Kelantan akan turun malam ini melayan kunjungan pasukan dari utara tanahair Kedah. Setelah diaibkan oleh Johor FC di tempat sendiri sabtu lepas, Kedah sudah pasti ingin melupakan episod malang tersebut dengan menewaskan Kelantan yang sememangnya menjadi pilihan mana-mana pasukan untuk 'menguji' kekuatan sebenar  pasukan mereka.

Kelantan yang belum tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini dengan keputusan yang cukup mengecewakan penyokong-penyokong fanatik mereka hanya mampu sekali menang serta dua kali seri dan hanya mampu berbangga masih lagi menjadi pasukan tunggal dalam liga super yang belum dibocori gawangnya.

Andai dianalisis perlawanan sebelum ini, pemain-pemain Kelantan terutamanya yang berstatus 'bintang' masih lagi tercari-cari rentak sebenar mereka dan 'gandingan lapuk' yang dilabelkan kepada mereka seharusnya dikikis dengan memberikan persembahan serta corak permainan menarik malam ini.

Penyokong-penyokong setia Red Warriors sudah pasti ingin melihat permainan menghiburkan serta menarik dan setimpal dengan harga tiket yang agak mahal musim ini serta di anggap termahal dalam liga super yang dikenakan kepada mereka iaitu RM12 untuk tempat duduk terbuka serta RM 25 untuk astaka.

Kita bukan ingin melihat pasukan Kelantan bermain seperti pasukan-pasukan ternama EPL kerana kita masih jauh dari mereka, tetapi kita ingin melihat permainan yang menarik serta berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan serta 'kesusahan' yang dihadapi semasa ingin masuk ke stadium kerana terpaksa berasak-asak kerana kurangnya kawalan keselamatan dari pihak KAFA.

Jika pemain-pemain bermain ditahap sebenar terutamanya barisan hadapan iaitu Hairuddin Omar, Akmal serta Indra Putra, Kelantan pasti mudah untuk menewaskan Kedah.

Pujian melangit seharusnya diberikan kepada barisan pertahanan iaitu Farisham, Azizi Mat Rose, Daudsu, Subramaniam serta penjaga gol Syed Adney yang ternyata cukup cemerlang setakat ini. Aksi konsisten mereka ternyata banyak membantu  Kelantan dalam mengekang asakan dari lawan.

Penyokong-penyokong Kelantan juga tertunggu-tunggu kelibat Norfarhan serta Zairul Fitree yang sudah pulih dari kecederaan dan dijangka akan diturunkan jika cergas untuk menentang Kedah malam ini.

B.Sathinatan diharapkan dapat merangka 'strategi ampuh' bagi menumbangkan Kedah malam ini. Kepakaran beliau amat ditagih oleh penyokong-penyokong Kelantan.

Diharapkan juga penyokong-penyokong setia Red Warriors akan membanjiri stadium keramat malam ini untuk memberikan sokongan padu dengan  harapan pemain-pemain dapat menterjemahkan kemenangan kepada Kelantan dengan persembahan paling menarik dan menyakinkan.

"Gomo Kelate Gomo"
"Gomo Kedoh Sapa Cawat Kote"

Keputusan perlawanan Liga Perdana 2010 (P-3)

MELAKA 2-2 PDRM
USM FC 1-4 FELDA UNITED
POS MALAYSIA 3-1 SHAHZAN MUDA
SABAH 2-3 HARIMAU MUDA
MP MUAR 0-4 TENTERA
SARAWAK 1-1 PKNS

Buktikan kemampuan - Sathianathan




BUKTIKAN anda pemain bintang dan main seperti yang peminat harapkan.
Itu tuntutan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan (gambar) yang mahu anak- anak buahnya sama ada yang berstatus bintang atau tidak mempamerkan aksi sebenar.
Menurutnya, pemain tidak boleh leka ketika semua pasukan lain kini bercita-cita untuk mengaibkan Kelantan yang dilabel sebagai pasukan pilihan musim ini.
"Tidak ada cara lain, kita kena kerja kuat. Mereka (pasukan lain) akan bagi seratus peratus komitmen ketika berdepan kita, jadi kita kena beri lebih daripada itu.
"Aksi menentang Kedah malam esok (malam ini) bukan tugas mudah, mereka tewas dua kali dan datang ke sini pastinya untuk memperbaiki rekod. Kita kena bersedia," katanya di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, Kedah memiliki ramai pemain muda yang berkaliber dan mampu mencipta kejutan.
Pertemuan dengan Kelantan malam ini adalah medan terbaik untuk mereka menebus dua kekalahan lalu.
Katanya, selepas tiga perlawanan, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi pemainnya walaupun hanya mencipta satu kemenangan dan dua keputusan seri.
"Pertemuan dengan Kedah di Kota Bharu adalah satu peluang yang tidak seha- rusnya dilepaskan oleh pemain dan saya percaya mereka akan berjuang untuk memenangi perlawanan tersebut.
"Saya gembira dengan aksi barisan pertahanan tetapi kita kena bekerja di baha- gian serangan. Mereka perlu lebih agresif dan bijak menyudahkan peluang yang terhidang," ujarnya.
Mengulas mengenai prestasi yang kurang konsisten pemainnya selepas tiga perlawanan, Sathia memberitahu: "Situasi yang sama berlaku kepada Chelsea pada awal musim, namun akhirnya mereka menemui rentak dan keserasian, sekali gus menerajui liga.
"Selagi mereka (pemain) bermain dengan baik, ikut perancangan dan mencipta peluang itu merupakan suatu yang positif. Apa yang saya lihat bukan sahaja barisan serangan, semua pemain cuba menjaringkan gol, ia sudah tentu suatu yang baik," jelasnya.
Sambil itu Sathia turut membayangkan bahawa tiada rombakan akan berlaku dalam kesebelasan utamanya pada pertemuan dengan Kedah dan dia bakal menurunkan kesebelasan yang sama ketika bertemu Perlis tempoh hari.

18 Jan 2010

Belum cukup baik


KOTA BHARU - Dua keputusan seri dan satu kemenangan yang diperoleh oleh skuad Red Warrios di awal musim Liga Super belum cukup memuaskan hati jurulatih, B Sathianathan.

Mengakui berbangga dengan prestasi barisan pertahanan yang belum melepaskan sebarang gol, namun Sathia mengambil langkah segera dengan mengejutkan anak buahnya sejurus berakhir perlawanan dengan Perlis malam kelmarin.

Bekas Jurulatih skuad Kebangsaan ini mengingatkan kepada pemainnya bahawa Kelantan tidak boleh lagi kehilangan mata dan perlu mula bermain untuk mencapai kemenangan bagi setiap perlawanan yang diharungi.

“Saya telah kata setiap perlawanan Liga Super tidak mudah, pada perlawanan dengan Perlis kelmarin saya gembira dengan barisan pertahanan tetapi kita perlu membaiki penyudah walaupun banyak mencipta ruang.

“Pemain-pemain perlu bergerak lebih pantas untuk mendapatkan bola serta bijak ketika membuat penyudah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perlawanan di Stadium utama Kangar, Kelantan yang mempunyai barisan bintang hanya mampu mencapai keputusan seri tanpa jaringan walaupun mencipta lebih banyak ruang untuk membolosi skuad Singa utara.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pertemuan dengan Kedah esok, Sathia berkata, pihaknya tidak memandang remeh kepunyaan skuad Kenari itu walaupun mereka telah kalah dalam dua perlawanan sebelumnya.

Malah, keupayaan skuad Kedah bertambah dengan kehadiran ramai pemain dan bekas skuad kebangsaan sekali gus mampu membuat kejutan sekiranya pemain Kelantan tidak berhati-hati.

“Tidak mudah untuk menentang Kedah, kita mesti menghormati mereka lebih-lebih lagi mereka adalah juara berganda dan pemain yang mengapai kejuaraan itu sebahagian besar masih menjadi skuad tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Sathia berkata, tahap kecederaan Nor Farhan Mohd kian pulih, namun beliau akan melakukan ujian kecergasan dan berharap tonggak Kelantan itu mampu untuk diturunkan malam esok.

Manakala pemain pertahanan, Zairol Fitri baru sahaja sembuh daripada kecederaan dan memerlukan masa untuk cergas sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, Sathia menasihatkan penyokong yang hadir di stadium nanti memberi sokongan penuh dan tidak melakukan tindakan negatif seperti membakar mercun dan membaling botol air bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati.

“Saya mengharap penyokong memberi semangat kepada pemain di atas padang, namun dalam masa yang sama kita tunjukkan kepada negara penyokong Kelantan adalah penyabar dan sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya. - Sinar Harian

Annuar tagih aksi konsisten



 Tan Sri Annuar Hj. Musa (Presiden KAFA)
 
“APA yang penting pasukan perlu terus konsisten, masih belum tewas dalam tiga perlawanan Liga Super, setakat ini. Jadi, satu mata dipungut ketika menentang Perlis di Kangar tidak mengecewakan saya,” kata Tan Seri Annuar Musa.

Katanya, persembahan Kelantan sedikit menurun berbanding ketika menewaskan Johor, 3-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, minggu lalu.

“Secara umumnya saya berpuas hati dan melihat pasukan bermain dengan baik dan mencipta beberapa peluang jaringan tepi tidak dapat disudahkan jentera serangan.

“Bagaimanapun, kehilangan dua mata daripada perlawanan ini sedikit merugikan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta selain terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga setakat ini,” katanya.

Beliau turut memuji persembahan barisan pertahanan dan tengah Kelantan bermain cemerlang dengan berjaya menangkis gerakan bahaya jentera penggempur tuan rumah menerusi penyerang skuad Bawah 23 kebangsaan, Ahmad Fakri Saraani, Azrul Ahmad serta Syazwan Zainol.

Beliau berharap pasukan terus konsisten menentang Kedah di gelanggang sendiri, esok.

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my



Pemain Kelantan diberi amaran


KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengeluarkan amaran keras kepada barisan bintangnya yang menerajui posisi serangan skuad Kelantan agar lebih tajam dipintu gol, atau bakal disingkirkan daripada kesebelasan utamanya.

Beliau yang kecewa dengan persembahan anak buahnya ketika menentang Perlis kelmarin menuntut barisan pemainya agar kembali ke landasan sebenar.

"Walaupun kita menguasai hampir keseluruhan pemainan, namun setiap peluang yang terhidang gagal disudahkan oleh barisan serangan.

"Saya mengingatkan kepada semua pemain, jika mahu terus berada dalam kesebelasan utama perlulah meningkatkan prestasi, jika tidak mereka akan digugurkan dari senarai itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Musim ini menyaksikan Kelantan terperksa menyediakan peruntukan yang besar bagi mendapatkan beberapa penyerang utama yang telah mencipta nama dalam kancah bola sepak tempatan, dalam usaha memenuhi impian memburu kejuaraan.

Pemain-pemain itu termasuklah Hairuddin Omar (T-Team); bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakli (KM Naza) dan Nor Shahrul Idlan, yang juga peledak sensasi skuad bawah 23 tahun negara.

Kemasukan barisan baru ini dilihat mampu menambah sengat serangan Kelantan, yang sudah memiliki penyerang terbilang seperti Indra Putra dan Che Hisamuddin Hassan.

17 Jan 2010

Seri lagi.... Satu mata adakah berbaloi buat pasukan The Red Warriors?


KEPUTUSAN PENUH:
PERLIS 0-0 KELANTAN
Vanue : Stadium Utama Kangar, Perlis.

Kelantan terpaksa berpuasahati sekadar seri 0-0 dengan Perlis dalam perlawanan liga super yang berlangsung di Kangar,Perlis.

Kelantan bermula goyah dengan aksi pemain-pemain yang masih tercari-cari rentak permainan sebenar, sehinggalah pada minit ke-7, rembatan Akmal dapat diselamatkan oleh penjaga gol Perlis, Faizal Marlias.

Bermula detik tersebut, Kelantan banyak mengatur permainan tetapi gagal membuahkan hasil kerana ketumpulan barisan hadapan yang diterajui oleh  Hairuddin Omar serta Akmal dan dibantu oleh Indraputra gagal berfungsi baik.

Kelantan yang menyandarkan harapan kepada Norshahrul Talaha juga dilihat gagal memberikan persembahan yang menarik, mungkin beliau diletakkan di tempat yang salah dan bermain bukan di posisi kegemaranya ekoran terpaksa mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Norfarhan yang masih cedera.

Separuh masa pertama ternyata menjadi milik pasukan The Red Warriors kerana menguasai hampir 70 peratus permainan dan kecemerlangan benteng Perlis serta nasib tidak menyebelahi Kelantan mungkin menjadi sebab kenapa Kelantan gagal memperolehi gol.

Kecemerlangan penjaga gol Kelantan Syed Adney juga berjaya menidakkan sekurang-kurangnya dua percubaan pemain-pemain Perlis pada minit ke-42 dan minit 45 perlawanan melalui sepakan percuma yang berjaya ditepis keluar oleh Syed Adney.

Babak separuh masa kedua bersambung, coach Kelantan iaitu B.Sathianathan membuat satu percaturan dengan mengeluarkan Norshahrul dan memasukkan S.Chanturu. Sedikit perubahan dari segi corak serangan berlaku dalam pasukan Kelantan di mana larian kencang dan kelicikkan Chanturu sedikit sebanyak mengganggu jentera pertahan Perlis. Tetapi ianya masih tidak mampu untuk merubah kedudukan atau menghasilkan gol kerana setiap serangan Kelantan berjaya dipatahkan oleh pertahanan tuan rumah.

Sathianathan akhirnya terpaksa akur dengan ketidakserasian antara Akmal Rizal dengan Hairuddin Omar yang boleh dianggap sebagai 'Gandingan Lapuk'. Beliau mengeluarkan Akmal dan menggantikannya dengan Che Hishamuddin. Dengan kemasukkan penyerang bertubuh kecil yang terkenal dengan kelicikkannya, ia seolah-olah menggambarkan harapan baru buat Kelantan dalam usaha merobek gawang pasukan Perlis. Pada minit ke-72, Kelantan mendapat sepakan percuma sedikit sebelah kiri pintu gol Perlis apabila Che Hishmuddin dijatuhkan oleh pertahan lawan. Indra mengambil sepakan tersebut kerana ia merupakan sudut kegemaran nya. Namun, sepakan Indra sedikit melewati palang gol.

Gerakan cantik Che Hishamudin sekali lagi berjaya melolosi benteng pertahan lawan, dan beliau dijatuhkan di dalam kotak penalti  oleh pertahanan lawan, namun pengadil menafikan sepakan penalti tersebut. Di minit-minit akhir permainan, gerakan cantik Badri Radzi (Piya) yang berjaya memperdayakan tiga orang pertahan Perlis dengan gerakan yang menarik melorongkan bola kepada Che Hishamudin, namun gagal disudahkan oleh Che Hishamudin yang hanya perlu menewaskan penjaga gol Perlis, Farizal Marlis. Rembatan Che Hishamudin sedikit tersasar tatkala Farizal sudah tertewas. Ia merupakan peluang yang terbaik dan terakhir diperolehi oleh pasukan Kelantan pada sisa-sisa separuh masa kedua.

Akhirnya, pengadil  menamatkan perlawanan dengan kedua-dua pasukan berpuashati dengan keputusan seri tanpa jaringan serta berkongsi satu mata.

Kesebelasan utama : Syed Adney Syed Hussien, Mohd Farisham Ismail, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose, Duadsu Jamaluddin (Zamri Ramli), Shakir Shaari, Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin (kp), Norshahrul Idlan Talaha (S.Chanturu ), Akmal Rizal Rakhli (Che Hishamuddin), Hairuddin Omar.

Credit: Syed Adney Syed Hussien, Mohd Farisham Ismail, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose, Duadsu Jamaluddin.