28 Jan 2010

Benarkah wujud 'ribut' dalam skuad Kelantan?



KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim (gambar) memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan pemain yang cuba untuk menimbulkan 'kekacauan' dalam pasukan tersebut sehingga menjejaskan pretasi dan tumpuan untuk merangkul kejuaraan pada musim ini.

Amaran daripadanya itu dibuat selepas diajukan soalan mengenai timbulnya 'ura- ura' mengatakan wujudnya komplot untuk menjatuhkan ketua jurulatih, B. Sathianathan daripada menerajui pasukan yang digelar 'The Red Warriors' itu.

Beliau menegaskan, sekiranya benar wujud komplot tersebut pemain tidak seharusnya terlibat atau terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang cuba untuk mencari keuntungan peribadi. "Saya memberi amaran kepada pemain, sekiranya mereka dikenal pasti sebagai 'pembawa' masalah kepada pasukan, kita akan mengambil tindakan tegas. "Jangan sesekali cuba menimbulkan perasaan kurang senang di dalam pasukan dan mudah termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Azman meminta para pemain menunjukkan prestasi yang terbaik seperti mana yang dimiliki mereka sebelum ini. Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan ketiga tercorot Liga Perdana, Perak di Stadium Perak, Ipoh.
Prestasi pasukan Kelantan pada awal musim ini selepas melalui enam perlawanan agak merudum berbanding musim lalu dengan hanya mencatatkan dua kemenangan, tiga seri dan satu kalah dengan gol yang memalukan kepada Kedah pada 19 Januari lalu. Walaupun dibarisi pemain bintang dan berpengalaman skuad tersebut dilihat menghadapi masalah dengan ketumpulan jentera serangan.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan, komplot itu didakwa didalangi pihak yang mempunyai kepentingan dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana tidak berpuas hati dengan alasan tertentu.
Menurut sumber itu lagi, mereka yang terlibat ini dalam gerakan ini boleh diumpamakan sebagai 'gunting dalam lipatan' sehingga mempengaruhi persembahan skuad Kelantan dalam kancah Liga Super musim ini.

"Saya percaya selagi 'tangan-tangan ghaib' ini bersama KAFA, prestasi Kelantan musim ini akan jatuh mendadak. "Mereka yang menyebarkan cerita-cerita yang kurang enak didengar bertujuan untuk menghasut para pemain sehingga wujud 'puak' tertentu di dalam pasukan. "Berdasarkan prestasi semasa, ternyata para pemain Kelantan berdepan masalah hubungan di luar padang sehingga terbawa-bawa ketika dalam perlawanan," dakwanya.

Beliau mendakwa, rancangan ini dilihat hampir berjaya apabila penyokong mula mempertikaikan kredibiliti skuad Kelantan. "Dengan barisan bintang yang dimiliki, kita sepatutnya tidak berada pada kedudukan ini tetapi kumpulan ini menjadi punca kenapa kita hanya berada di sini," tegasnya.

Katanya, KAFA perlu bertindak tegas bagi memastikan para pemain bebas daripada dipengaruhi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelakkan ia menular dan menjadi barah kepada pasukan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kena hantar gi motivasi.. buat ice breaking.. sesi kaunseling...

Tanpa Nama berkata...

dalam utusan malaysia hari nie...sathia kata ada org dalam hendak menjatuhkan nya...org itu ialah org yang bercita2 nak jadi jurulatih ,tapi tak layak sebab tak ada sijil kelayakkan...adakah sathia tudh hasyim mustafa yang nak menjatuhkannya....kesian kat hasyim kerana dikamping hitamkan oleh satia

Tanpa Nama berkata...

Jangan tuduh2 kalau tak tau cerita sebenar... belum tentu sathia tuduh hasyim mustafa.

Jgn buat cerita nanti jadi fitnah.. lagi berdosa besar sama seperti dosa membunuh.. nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

bukan tuduh,,,,kan ada perkataan ADAKAH? kat atas tuu...baca biar faham betul2

awak nie sapa....org sathia ker?